Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Jalan2 @ i-City

Malam minggu... sempena cuti sekolah... bawaklah anak2 gi jalan2.. tengok suasana malam.. tempat yang dituju adalah i-City kat Shah Alam..

Mula2 cerita ngan Amiera.. memang dia tak faham.. i-City tu menda.. puas aku dok menerangkan gambaran i-City tu.. dia macam tak excited jerk..

Kami memang tak familiar sekitar shah alam ni.. so, perjalanan kami berdasarkan signboard dan cerita rakan2.. tiada info yang jelas.. kami pergi pun tanpa di rancang.. so, memang tak sempat nak survey dulu kat internet.. anggaplah kami pelancong yang datang dari kampung luar negeri Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya.. hehehehhe..

Melalui signboard.. kami masuk tol Batu 3 Shah Alam.. lepas tol.. takde signboard ke i-City.. kami belok ke kanan.. jalan.. jalan... langsung takde signboard.. last2 kami sampai berhampiran Stadium Shah Alam.. pun tak de signboard.. camna ni??? en hubby teringat yang member dia ada bagitahu kalau melalui Federal Highway akan nampak i-City.. so, kami patah balik.. kebetulan sebelum sampai ke Stadium memang ada laluan ke Federal Highway.. masuk jer kami ke Federal Highway.. barulah nampak signboard ke I-City.. itu nasib baik ada kawan yang bagitau.. kalau kami tak tahu langsung.. rasanya memang kami patah balik jerk.. so, aku harap pihak MBSA dapat menyediakan signboard ke I-City untuk semua yang melalui jalan dari Tol Batu 3 Shah Alam.. kalau dah ada tu.. kami minta maaf banyak2 kalau kami tak nampak sebab waktu malam kan..

Sepanjang perjalanan nak ke i-City melalui Federal Highway.. jalan memang tak hengat!! aku ingatkan ada accident ke.. rupa2nya.. JEM giler babas.. nak2 pulak laluan ke kiri.. sah2.. laluan tu adalah untuk ke i-City.. giler.. ramai siot malam2 ni nak ke i-City.. jam dah menunjukkan pukul 9.40... kami singgah berhenti makan.. ntah pukul berapa sampai ke i-City dalam keadaan jem macam tu.. baik isi perut yg tengah kosong dulu..

slow jer kereta bergerak..

Lebih kurang 45 minit kemudian.. kami gerak ke i-City.. jalan totap jem lagi.. aiiittt.. ramai sungguh nak ke i-City ni.. best sangat ker??? hampir jam 11 kami dah tiba di perkarangan luar i-City.. nampak cam menarik ngan lampu2 yang macam2 color ada.. hujan turun rintik2.. caj RM10 dikenakan untuk parking.. mahal siot.. dalam resit asal.. hanya RM2 sajork.. haiiii.. manusia nak cepat untung... korang bayangkan lah yerk.. dalam satu malam tu.. katakan ada 1000 pengunjung.. berapa keuntungan yang diorang dapat??? itu baru satu malam?? kalau sebulan?? setahun??

Lepas parking.. kami cari jalan kuar.. keluar2 jer.. dah macam suasana Fun-Fair.. banyak mainan2 yang bertoken tu.. satu token RM2.. diorang ni kan.. nak untung jerk.. aku rasa toksah main lah.. membazir jerk (walaupun dalam hati tu geram jerk nengok patung2 mainan yg ditayangkan).. diorang ni cerdik.. pastu banyak jualan2 kelip2.. macam2 ada.. semuanya nak menarik minat anak2.. untung lagi.. kita tengok hebat sangat ke i-City ni.. asyik nak untung jerk.. service???


pintu masuk ke i-City..

sampai2 snap pics dulu..

permainan yang disediakan untuk anak2.. yg ni aku tak sure kena bayar ke tak.. tapi aku rasa cam kena bayar jugaks ni..

colourfull.. tempat ni jerk yg menarik.. penuh ngan cahaya..

muka masam sebab tak dapat yang diidamkan... hehehehe..



  
jom tengok apa yg ada dalam snow-walk ni..

yang ni pun cantik gaks..

sekitar pemandangan yg tak berapa luas..

menara i-City kot..

barulah senyum lepas dapat apa yang diidamkan.. kelip2 atas kepala..

nak masuk tempat2 yang khusus macam tempat salji ni.. kena bayar.. kami tak masuk sebab takut anak2 semput.. nak2 pulak tengah2 malam camni.. 

Overall.. aku rasa i-City ni biasa2 jerk.. hmmmm... sebelum ni aku tengok gambar member2 yang pernah pergi.. aku bayangkan tempat tu luas.. penuh ngan lampu kelip2 yang pelbagai bentuk.. tapi aku kaciwa.. pasni kalau kami sekeluarga nak pergi suka2 hati tu memang takkan lagi lah.. dahlah orang ramai.. sesak!! panas!! jalan jem!! bayar mahal!! melainkan ada yang nak mintak tolong kami bawakkan.. InsyaAllah..kami tak akan hampakan..

So, kalau korang berminat.. bolehlah ajak anak2 pergi.. dapat bergambar untuk kenangan.. at least uols pernah pergi kan.. selamat bercuti...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah