Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru Kelas

Salam semua...

Rasa cam lama jerk cuti. .walhal 3 hari jerk.. kepala ni pun masih bengong lagi ni.. sib baik coding2 tak hilang dari kepala.. cuma kadang2 tu terlupa sket ja..

Jumaat lepas.. supposed aku pi keje.. tapi hari Khamis petang tu.. Amiera bagi surat dari sekolah.. mintak mak ayah datang ke sekolah utk semak prestasi anak masing2..

Aku jadi serba salah.. nak keje ke tak?? takkan aku nak kuar masuk opis.. coz belah petang memang aku dah kena pi ke Lumut.. jadi tak tenteram.. last2 decide.. ambik EL jerk.. lagi senang.. tak yah nak nyusahkan diri dan jadi bualan mulut orang..

Hampir kul 9.. baru kami gerak ke sekolah.. tengok dah ramai parents nunggu giliran.. aku risau gak ler sebab kat rumah masih tak settle lagi..sebab kalau boleh balik hari Ahad nanti.. aku tak nak kelam kabut nak membasuh, mengemas dan mengiron bagai.. tunggu punya tunggu.. hampir sejam lebih.. baru dapat jumpa guru kelas Amiera.. overall.. prestasi Amiera bolehlah.. masih di tahap sederhana.. dan ianya tidak mengecewakan aku sangat.. peratus keseluruhan Amiera melepasi 80%.. oh ya.. pencapaian murid2 tidak lagi diukur melalui kedudukan nombor di dalam kelas tetapi lebih kepada pencapaian di dalam mata pelajaran.. dari segi subjek pulak.. Amiera masih lemah dalam Math.. cuma 50% lebih jerk.. nasib baik lulus.. markah Math paling tinggi pun 60% lebih.. oklah tu.. yg lain2 aku tak ingat.. aku tak terfikir nak salin markah2 yg dia dapat..

Daripada 30 lebih pelajar, hanya 15 orang jerk yang peratus keseluruhan melebihi 80%.. alhamdulillah.. tak sia2 aku latih dia.. at least ada peningkatan cuma tang Math ni.. camna nak bagi dia faham logik ni..

Cikgu pun ada bagitau UPSR dah tak de dah.. murid2 akan dinilai seperti mana tahap U.. aku pun tak berapa sure.. mungkin ada cikgu cikgi yang boleh explain detail kot..

Oklah.. aku harap Amiera akan berusaha lebih pada exam yg akan datang.. InsyaAllah.. peranan ibu bapa pun penting dalam memastikan kejayaan anak2.. kerana tak semua anak2 tu dilahirkan bijak pandai..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah