ShopPINK & RED @ Sogo!

Haaaa... baca tajuk dulu.. itu matlamat kali ni aku terjah SOGO.. kalau tak jadi macam taun lepas.. main ambik jerk.. tup2 nak bayar.. haaa... ko!! nganga... hehehhe.. padan muka sendiri...

Semalam.. orang pi keje.. aku pi kerja gaks pe.. tapi keje cari baju & handbag.. keje yang paling best dalam hidup ni... SHOPPING!!!

Hujan masih renyai2.. kami bertolak dari rumah dalam kul 9.30 am.. hantar Fateh dulu.. tak mau bawak dia.. kesian kalau bawak budak2 kecik ni.. tak bernafas diorang karang kat Sogo tu.. nasib baik Fateh tak nangis.. kesian gak ninggalkan dia.. tapi nak wat camna.. ada misi kat KL ni.. hehehhehehe...

ni bukan orbs yer.. tapi hujan membasahi cermin kereta..
Dahlah hujan masih tak berenti.. jalan jem tak hengat punya.. redah sana redah jalan sini.. semata2 nak ngelak jem... fuhhh.. akhirnya sampai jua...

 kami ikut highway Mex terus ke Jalan Tun Razak.. kalau ikut Sg Besi memang jem giler..

pemandangan KL tatkala mendung melanda..

  
 perjalanan yang agak perlahan di lorong jalan Run Razak..

Kami park kat Maju Junction.. tempat yang tak berapa ramai orang.. cuma nak kena jalan sket ke Sogo.. tak kisahlah.. daripada tak dapat parking langsung kat Sogo.. kan.. kan.. kan.. dah lah sampai lewat.. confirm2 penuh!!

Sampai kat Sogo.. nasib baik tak beratur panjang.. boleh terus masuk jerk.. set ngan en hubby.. dia ke level atas utk survey baju2 lelaki.. aku ngan Amiera.. misi mencari handbag aku.. aku malas nak round banyak tempat.. nanti rambang mata.. aku cuma fokus ke area Bonia, Sembonia dan Carlo Rino.. tu pun dah pening.. tengok Bonia.. kalau berkenan pun.. mahal nak mampos!! kat Sembonia ada gaks.. cuma besar sangat lah pulaks.. masih tak memenuhi citarasa aku.. pi kat Carlo Rino (walhal nak beli brand ni sebenarnya.. macam2 alasan bagi.. hehehhe)... punyalah ramai yang berkerumun kat area sales 50% tu.. aku nak mencelah pun tak boleh.. pada asalnya aku nak cari color Merah.. tapi color Merah yang tengah sales tu agak kureng pada aku.. dan agak besar.. pusing punya pusing naik penat Amiera follow aku.. cari jugak satu design yg kawan alam siber aku dah beli.. huhuhuhu.. nan ado lah.. last2 nampak satu design ni.. cantik gaks.. harga pun cantik gaks.. mau pokai aku kali ni.. less 30% jerk.. pusing lagi2.. ada satu design ni.. tapi putih sangat lah pulaks.. (walhal hati dah meronta2 nak yang hat tadi.. hhuhuu)..

Dah tak tahu nak decide.. aku call en hubby.. suh dia turun utk bagi pendapat.. en hubby pun sokong design yg aku tunjuk tu.. hehehhehe.. harga yg display lebih rm300.. berpeluh2 gak ler kalau nak membayar ni.. tapi dah berkenan punya pasal.. ambik gak ler.. suh salesgirl tu ambik yang baru.. bila dah bagi.. dia tunjuk harga sebenar... ohhhh.. ok... kurang rm300.. sib baik.. mungkin harga yang dipaparkan bukannya less 30%..

Yang paling tak best kat Sogo ni masa nak beratur membayar.. punyalah panjang.. sambil aku beratur tu.. terserempak ngan sorang bos kat opis aku.. hehehhee.. dia pun kaki shopping kat Sogo.. dia ingat tak de orang yang kenal dia.. hehehhee... punyalah banyak dia memborong.. takpe aaaa.. gaji masyuk.. setakat aku yg hat kuli ni.. sedang2 jerlah.. huhuhuhu... bila dah lama sangat.. aku suh en hubby tunggu kat McD.. order apa yg patut.. settle aku membayar.. terus turun bawah.. lunch dulu.. nanti ada misi lain kat tingkat atas laks..

di ruangan pakaian kanak2.. ramai siot..

Habis lunch terus pi kat tingkat 4.. pakaian kanak2.. punyalah ramai.. aku nak start dari mana pun tak tau.. aku suh hubby ngan Amiera tunggu kat mana2 ruang yang kosong.. aku pi terjah sorang2.. kalau tak memang susah.. berhimpit2.. mula2 cari pakaian Ameira.. terjah kat Barbie.. kaut jerk mana yang sesuai dulu.. jumpa beberapa helai T-Shirt.. hat Seluar takde yang sesuai.. sambil2 tu aku jalan2 gak kat ruang lain.. kot2 jumpa baju Fateh.. pun takde yang berkenan.. pastu ajak diorang kat belah hujung kiri.. sebab kalau tahun lepas dan tahun2 sebelumnya.. memang banyak pakaian baby.. cari punya cari.. dah banyak yang berubah.. area kasut pun dah bertukar tempat.. cam biasa.. aku sorang2 pi cari.. tak jumpa jugak T-Shirt color Merah..apatah lagi seluar.. aku pun hairan awat tak banyak.. dan kebanyakannya size budak 3 tahun ke atas.. kaki dah letih ni..

Aku cari pulaks kasut budak2 ni.. bawak contoh2 yang ada.. tunjuk kat en hubby dan Amiera.. bila dah berkenan aku mintak saiz yang sesuai.. ada yang takde saiz.. frust tul lah.. sementara menunggu, aku suh en hubby cari T-Shirt fateh.. jumpa lah jugaks.. tapi harga tak hengat mahalnya.. kalau less pun mungkin 10% jerk.. Lepas dapat kasut.. cari pulaks seluar Fateh.. kami pergi pulak belah kanan.. aku tinggalkan diorang kat satu tempat.. cari punya cari.. rupa2nya side baby ngan kanak2 bawah 3 tahun banyak kat belah kanan tu.. ceh!! buat letih jerk aku mencari kat belah kiri.. ni lah padahnya tak bertanya kat staff situ.. tapi aku takut nak nanya.. muka masing2 muka tension.. huhuhuhu..

kat mana sudut.. penuh ngan orang..

Kat belah kanan tu banyak sangat pakaian budak2 bawah 3 tahun.. tapi mahal gak ler.. nak cari color Merah punya pasal.. sanggup!! habis mencari.. cari tempat beratur nak membayar laks.. cari yang bayaran cash!! cofirm tak ramai yang beratur.. sambil en hubby beratur.. aku round lagi tempat tadi.. tak puas hati sebab byk masa dihabiskan kat belah kiri.. jumpa Barbie area.. cantik2.. mungkin design baru.. less pun tak banyak.. berkenan ngan seluar panjang untuk Amiera.. cuma mahal sket dari yg kami ambik tadi.. en hubby pun setuju sebab lebih cantik dari jenama KikiLala..

Amiera malu2 bergambar ngan badut tu.. sempoi lah badut ni..

Sebelum bayar tu kena kira siap2.. takut over bajet.. hehehehhe... lepas bayar cepat2 kami ke Level 7 untuk redeem coupun.. RM10 untuk RM100 perbelanjaan.. berapa aku dapat?? hehehhe.. syhhh.. adalah.. lepaslah kalau nak beli 2 T-Shirt lelaki .. yang penting kurang sket dari tahun lepas.. huhuhuhu..

tak penuh sebakul.. hiks.. taun lepas melimpah2 kuar.. huhuhu..

Overall.. memang tak puas shopping kat sogo.. kalau boleh aku nak lama2 lagi.. hehehhehe.. tapi nak wat camna.. masa mencemburui.. pulus pun tak mengizinkan.. huhuhu.. pasni nak ke Jalan TAR pulaks.. misi mencari tudung Amiera..

Susah sungguh nak cari tudung kanak2 ni.. kalau ada yang cantik2 pun kena beli borong.. apa kes.. aku bukannya nak beli banyak2.. setiap kedai kat jalan TAR aku tanya.. jumpa pulaks.. berkenan.. tak leh kurang harga.. beli gak ler.. kaki dah lenguh2 jalan.. gigih jugaks mencari..  jumpa kedai Muaz Textile.. tudung2 memang murah.. tapi tudung kanak2 nya tak cantik lah.. tudung dewasa pun kena pandai mencari yg berkualiti..

Kami berehat di Maju Junction.. sebelum gerak pulang..
 
 time nak balik pun jem lagi.. aduiii.. KL?? bila masanya tak jem yer..

Oklah.. setakat tu jerk misi kami ke Sogo.. nak tau apa yang aku beli?? nanti aku wat n3 lain kay... tunggu..


Salam Ramadhan...


Salam Ramadhan untuk semua rakan2 blogger.. silent reader.. sanak sedara.. jiran tetangga.. 
dan seluruh umat Islam di Malaysia dari kami sekeluarga..

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua..

Semoga ibadat di sepanjang bulan Ramadhan diberkati dan dilimpah kurnia berganda2 dari-Nya..

aminnnnnnnnn... aminnnnnnnnn...aminnnnnnnnn..

psss... jangan lupa baca doa berpuasa... hehehhehe...

Esok... shopping time!!! jumpa di Sogo...


Tazkirah Ramadhan 1 : Roh di Bulan Ramadhan

Salam semua..

Dapat email dari en hubby yang diforward kan oleh someone.. bagus untuk dikongsi bersama..

"Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita khususnya arwah ayahku, mak dan abah (gelaran nenek&atuk), to'ban dan atuk, abg Yunus, mak Ani, Pak Amin, Pak Komeng dan semua sedara mara yang terdekat samada di sebelah aku mahupun di sebelah suamiku.."

Petikan yang diambil dari email...

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


PotLuck.. nyum.. nyum..

Pagi ni.. ada port luck kat opis aku.. macam2 makanan yang tersedia.. lebih daripada 20 jenis hidangan kalau tak silap aku.. ada yang masak sendiri.. ada yang membeli..

Masa aktiviti makan2 ni lah dapat jumpa ramai2.. kalau tak tu memang sibuk ngan keje masing2.. nak2 pulak bidang IT ni.. asyik dok ngadap PC jerk..

apa yang penting??? kerjasama..

ni nak gotong royong menghidang ke memakan?? kwang.. kwang..kwang..

pegang botol jer kak?? air takde??

sambil leraikan.. sambil ngap! hahahhahahahah.. jangan mare aaa...

waaaa... kak Oyah maintain sopan tu.. potong pun ada gaya.. mandor ada kat sebelah tu!! hehehhehe...

antara juadah2 yang disediakan..

 
 
ucapan dari SUB yang baru sihat.. moga Tuan OBA cepat sembuh ya!!

masing2 dah tak sabar nak ngap!!! lapor.. lapor...


Raya Gift Set

Baru2 ni baca fb.. ada member opis promote tupperware.. alang2 stok ada.. aku pulak malas nak pi beli kat kedai Tupperware walaupun aku ni ahli gaks... so, beli jerlah.. aku berhasrat nak bagi ibu2 sedara belah mak aku kat kampung.. yelah kan..diorang tu pernah jaga aku since aku kecik lagi.. biasanya time2 nak raya ni aku belikan tudung.. kali ni nak kasi lain sket.. mak2 sedara aku tu bukannya orang2 berado!..

Aku ni jenis jarang nak bertandang ke rumah orang kalau takde urusan.. ntahlah memang peel aku camtu.. pak sedara yang dekat sesangat ni pun aku malas nak pi.. segan pun yer.. hehehhehe... time raya baru sibuk nak pi.. apa punya anak sedara daaaaaa... luku kepala sendiri..

Aku bukannya tak ingat diorang.. tetap ingat.. since kecik bersama mereka.. susah senang.. buat biskut raya sama2.. bersahur.. berhari raya bersama2.. kenangan tu tak akan aku lupakan sampai mati.. banyak pengalaman pahit manis.. huhuhuhu.. sob..sob..sob.. sedih ni..

Walaupun aku jarang jengah diorang.. at least kalau aku bagi sesuatu ni.. aku nak diorang tau yang aku tetap ingat kat diorang.. bukannya aku nak menunjuk.. tapi itu salah satu cara aku mengingati diorang..


Mission @ KLCC

Dah lama tak pergi kat KLCC..

Ntah macam mana.. langsung takde plan bagai.. en hubby ajak pi KLCC.. driver dah ajak.. mestilah nak pergi..

Sampai jerk terus pergi survey tempat yang dituju.. tengok sana tengok sini.. jalan sana jalan sini.. borak sana borak sini..

Dah lewat malam baru balik.. hehehhee..

Yang dicari pun dah jumpa.. cuma masa yang menentukannya... nak tau apa?? surprise!!!

 anak mama yang dah pandai berposing..

penat mencari.. dinner time.. mahal siot makan kat sini.. baik makan KFC ke.. lagi puas hati..

amboi kakak.. silang kaki nampak.. sapa ngajor ni??

windu kenangan lama.. huhuhu.. dulu pantang pi sini.. mesti gaduh2 manja.. lanni tak dah.. 

ni senyum ikhlas ke senyum paksa.. haaa.. senyum ngades ni..

bubai.. see u again..


Sukan Tahunan

Sabtu lepas..

Acara sukan tahunan sek Amiera.. cam biasa... en hubby yang akan hantar dia ke sekolah dulu.. aku follow kemudian.. nak menunggu putera nan sorang ni bangun tido!!

Sementara nunggu putera bangun tido.. aku siap2 lah apa yg patut.. basuh membasuh bagai..

Lepas en hubby balik.. uruskan Fateh.. baru kami gerak semula ke sekolah.. lagipun acara untuk Tahun 1 start kul 10 lebih..

Sampai2 kat sekolah.. acara untuk Tahun 4 - 6 masih belum habis.. hmmm.. memang lambat lah menunggu...


banyaknya banner..


khemah rumah Kuning.. 

khemah rumah merah.. tema Wonderlands..

khemah rumah hijau..

 khemah rumah biru..

Amiera rumah apa yer???

....


....


....


....


....


....


....


  
rumah Merah daaaa... faham2 jerk kan tema untuk raya kami tahun ni..

 Fateh, aku dan hubby pakai sedondon color.. sokong Merah!!


salah satu acara.. lari berpagar..

kelakar salah sorang budak ni... tak renti2 baca bismillah.. nebes gamaknya..
 dan akhirnya dia jatuh semasa melompat pagar.. cian dia..

lari..
ini budak memang tak duk diam.. 

dah letih cari port baik punya nak duduk..

selain tu jugaks ada acara lari 4x100 meter antara sekolah... dan sekolah jemputan adalah dari sek presint 8.. malangnya sekolah Amiera kecundang..

yg ditunggu.. sambil acara lari 200 meter berlangsung.. acara untuk Tahun 1 diadakan di tengah2 padang..

aku pun tak tau acara apa ni.. hantam sajalah.. dan yang penting.. Merah menang!! hooorrreeee!!

acara penyampaian hadiah..

tapi aku agak frust sebab tak de medal.. at least ada lah kan untuk kenangan semasa di Tahun 1.. setakat set alatulis tu bila2 bleh dapat..

acara akhir.. tarik tali akhir.. antara rumah Merah vs rumah Hijau.. semangat2 budaknya..
Pemenang2 nya ialah...

Khemah Terbaik : Rumah Merah (phewwwwwwwiiiitt)

Acara Tarik Tali : Rumah Merah ( double phewwwwwwwiiiitt)

Olahragawati : dari Rumah Biru

Olahragawan : dari Rumah Hijau

Juara Keseluruhan : Rumah Biru


Nasi Ambeng

Uols pernah makan nasi ambeng??

Aku baru 2 kali makan nasi ni..

First time aku makan masa majlis naik buai adik ipar aku kat Sabak Bernam.. first time rasa memang sedap especially sambal tempe (aku tak tau exactly name)..

Then tengahari tadi.. aku singgah kat Pasar Tani.. memang rasa nak makan nasi.. ternampak nasi ambeng.. aku nampak ala2 macam kat kenduri adik ipar aku tu.. terus aku beli..

Rasanya.. bolehlah.. cuma sambal tempe dia agak kurang sket.. tu jer.. yg lain2 tu oklah.. yg penting aku kenyang.. alhamdulillah.. harga amat berbaloi.. tak padan ngan isi yg macam2 yg ada..

macam nasi lemak laks..

ada mee goreng, kerisik, sambal tempe, ikan masin, sambal belacan dan ayam masak kicap sebagai tambahan.. kenyang...


Takziah untuk family adik Haziq Aqasha

Salam..

Aku terpanggil untuk buat n3 pasal kes ni..

keratan dari myMetro


Kebetulan.. pagi2 sampai opis terus buka myMetro.. dah lama aku tak baca paper Online.. sekali buka jerk terus berita menyedihkan.. dan sebagai seorang ibu aku seolah2 terasa kesakitan yang dialami walaupun aku bukanlah ibu kepada adik Haziq Aqasha..

Aku dapat bayangkan keadaan semasa berlaku kejadian tu.. kesakitan yang dialami.. hanya adik Haziq saja yg tahu.. masa depan adik Haziq hancur dek kerana peristiwa hitam ni..

Bila kes2 macam ni berlaku.. aku selalu teringatkan Amiera.. risau sangat dengan keadaan dia di sekolah.. semoga Allah melindungi anak2 aku dari sebarang bencana dan malapetaka.. aminnnnn... 

Syabas buat jiran2 yang menolong menyelamatkan nyawa adik Haziq..jasa kalian sesungguhnya amat dihargai..

Buat semua pemandu van.. hope pastikan setiap murid2 pergi dan pulang dengan selamatnya.. jangan fikir untung saje..

Untuk cerita lanjut.. uols yg tak sempat tengok TV semalam atau tak tahu langsung pasal cerita ni.. leh layari myMetro ok!


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (115) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty