Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

6 bulan sudah

Alhamdulillah.. genap 6 bulan Amiera bersekolah di Sek Kebangsaan dalam Tahun 1..

Pencapaian yang amat membanggakan aku adalah Amiera tidak pernah mengambil cuti tanpa sebab.. dan dalam tempoh tu juga hanya sehari sahaja Amiera mengambil cuti sakit.. dia demam teruk waktu tu..

Dari segi akademik.. pencapaian yang sederhana bagi aku (walaupun overall peratus melebihi 80%).. perlu ditingkatkan lagi kerana dia perlu bersaing dengan pelajar2 yang lain.. zaman semakin maju.. pendidikan pun semakin maju ke depan.. kalau lambat anak2 kita pick-up.. maka terbelakanglah dia..

Dari segi perilaku.. sifat pendiam dia memang tak boleh bla.. kalau ngan cikgu tu susah benarlah nak bersuara.. tapi ngan kawan2 ligat bukan main.. baru2 ni masa kami pi semak prestasi dia.. kami lihat Amiera tekun membaca buku yang dibeli.. kawan2 yang lain.. dah mundar mandir buat bising.. seringkali jugak aku dengar keluhan Amiera yang menyatakan dia pening ngan kawan2 yang buat bising.. siap dia dah tulis nama budak2 yang bising walhal dia bukannya ketua kelas.. yg paling tak boleh bla.. ketua kelas sendiri pun buat bising.. camno tu??

Tapi aku sedikit risau dengan sifat pendiam dia tu.. sebab kalau diam sangat akan susahkan diri jugaks.. at least kalau dia agresif.. minda dia lebih cergas dan mudah menerima pembelajaran... tu dari sudut pandangan aku lah pada zaman sekarang ni.. kalau zaman aku dulu lainlah.. pendiam2 aku pun.. aku boleh follow dan concentrate.. dan aku pun jadi ketua kelas.. i garang tau!... hehhehehhe.. siap pegang bulu ayam nak rotan budak2 lelaki yg buat bising.. sampai diorang bengang ngan aku... hehheheh.. sorry yerk guys..

Selain tu.. perubahan ketara yang aku nampak.. dia ada sedikit keberanian untuk pergi ke sesuatu tempat seorang diri.. dah kira boleh independent lah ni.. kalau dulu2.. sket2 ajak aku.. sket2 ajak ayah dia.. tapi lanni kalau suh ambik makanan ke.. ambik minuman ke.. kat dalam satu2 majlis.. boleh jerk dia buat sendiri.. kalau suh beli apa2 pun kat kedai runcit.. dia berani nak pergi kaunter untuk membayar.. cuma satu jerk.. dia tak pandai lagi nak mengira jumlah duit..

Hope lepas ni.. Amiera berjaya meningkatkan prestasi akademik dan lebih berani menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah