Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sukan Tahunan

Sabtu lepas..

Acara sukan tahunan sek Amiera.. cam biasa... en hubby yang akan hantar dia ke sekolah dulu.. aku follow kemudian.. nak menunggu putera nan sorang ni bangun tido!!

Sementara nunggu putera bangun tido.. aku siap2 lah apa yg patut.. basuh membasuh bagai..

Lepas en hubby balik.. uruskan Fateh.. baru kami gerak semula ke sekolah.. lagipun acara untuk Tahun 1 start kul 10 lebih..

Sampai2 kat sekolah.. acara untuk Tahun 4 - 6 masih belum habis.. hmmm.. memang lambat lah menunggu...


banyaknya banner..


khemah rumah Kuning.. 

khemah rumah merah.. tema Wonderlands..

khemah rumah hijau..

 khemah rumah biru..

Amiera rumah apa yer???

....


....


....


....


....


....


....


  
rumah Merah daaaa... faham2 jerk kan tema untuk raya kami tahun ni..

 Fateh, aku dan hubby pakai sedondon color.. sokong Merah!!


salah satu acara.. lari berpagar..

kelakar salah sorang budak ni... tak renti2 baca bismillah.. nebes gamaknya..
 dan akhirnya dia jatuh semasa melompat pagar.. cian dia..

lari..
ini budak memang tak duk diam.. 

dah letih cari port baik punya nak duduk..

selain tu jugaks ada acara lari 4x100 meter antara sekolah... dan sekolah jemputan adalah dari sek presint 8.. malangnya sekolah Amiera kecundang..

yg ditunggu.. sambil acara lari 200 meter berlangsung.. acara untuk Tahun 1 diadakan di tengah2 padang..

aku pun tak tau acara apa ni.. hantam sajalah.. dan yang penting.. Merah menang!! hooorrreeee!!

acara penyampaian hadiah..

tapi aku agak frust sebab tak de medal.. at least ada lah kan untuk kenangan semasa di Tahun 1.. setakat set alatulis tu bila2 bleh dapat..

acara akhir.. tarik tali akhir.. antara rumah Merah vs rumah Hijau.. semangat2 budaknya..
Pemenang2 nya ialah...

Khemah Terbaik : Rumah Merah (phewwwwwwwiiiitt)

Acara Tarik Tali : Rumah Merah ( double phewwwwwwwiiiitt)

Olahragawati : dari Rumah Biru

Olahragawan : dari Rumah Hijau

Juara Keseluruhan : Rumah Biru

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah