Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puasa Amiera : Day 15

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi.. dengan berkatNya.. Amiera berjaya puasa penuh sehingga hari yang ke-15..

Ceria bila nampak kami ambik dia.. walaupun agak kelewatan.. segera ke Alamanda.. cari port untuk berbuka.. sib baik ada satu meja yg direserve tapi orang tu tak ambik order.. so, staff tu bagi kat kami.. alhamdulillah.. suka sungguh dia kalau berbuka kat luar.. yer lah kan.. dapat gi jalan2.. tapi kalau jalan ngan aku dia paling tak suka.. sebab apa yg dia mintak esp mainan.. memang susah aku nak tunaikan.. hahahhahahha...

Bukannya aku kedekut ok!!.. tapi mainan dah berlambak kat rumah tu.. nak buat apa.. yg nak dibeli pun ntah apa2 mainannya.. bila tak dapat yang dia nak.. mulalah tarik muka masam... hahaha.. huhuhuhu...

Siap dia sound kat aku... mama ni... bagilah duit mama tu kat papa... amboi!! suka2 dia jerk suh bagi duit aku kat papa dia.. senanglah dia nak bodek papa dia mainan.. heheheh.. sorry the morry ok!

Aku cakap kat dia.. kalau Amiera nak mainan.. nak beli tu nak beli ni.. belajar rajin2.. dapat kerja besar.. dapat duit banyak.. haaaa.. belilah nak beli apa pun...

pastu boleh dia kata aku.. alah mama ni.. beli macam2.. beli sana.. beli sini.. beli mahal2.. hahahhahahha... ehhhh.. aku jawab lah balik... ni duit mama.. suka hati mamalah nak beli apa!!

selagi tak dapat apa yg dia nak.. selagi tu dia tak puas hati ngan aku... ada aku kisah!! hahahhahhaha..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah