Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puasa Amiera : Day 19-21

Day 19..

Jumaat lepas... kami balik awal dari pejabat.. ada appointment rawatan susulan Fateh kat An-Nur.. kebetulan Dr khairul ada time tu.. bila nama Fateh dipanggil.. dr terkejut bila dia tau Fateh baru kuar dari wad seminggu yang lalu..

Berdasarkan pemerhatian dr.. Fateh dah beransur pulih.. berat pun naik sket ke 11.6 kg.. antibiotik yg dr bekalkan sebelum ni pun dah habis..

Alang2 dah ke AnNur.. aku suh dr bagi suntikan Hep A first dose... meraung2 Fateh.. huhuhu.. dah besar ni.. susah sungguh dia.. second dose perlu diambil selepas 6 bulan dan sebelum usia 5 tahun... Hep A bagus especially kalau anak2 kita selalu makan kat luar..

Balik dari An-Nur kami singgah sat ke Maidin dan bazar... pastu baru ambik Amiera.. disebabkan masih awal untuk berbuka kami terjah sat ke PICC.. en hubby nak survey kasut... nasib baik tak ramai sangat orang kat PICC.. tapi budak2 ni memang tak leh nak control.. berlari2.. aku naik risau.. takut terhantuk kat besi rak2 tu..

Walaupun Amiera berpuasa.. tapi dia masih cergas berlari2 ngan adik2 dia.. aku yg naik letih dok jerit kat diorang..

Alhamdulillah.. berbekalkan nasi ayam.. Amiera seronok berbuka.. alhamdulillah.. genap 19 hari..


Day 20..

Kali ni berbuka di rumah mak aku.. sambil celeb besday Fateh.. Amiera makan KFC sajork.. tu pun dah kenyang.. walhal seketul jer pun ayam nya.. alhamdulillah.. berjaya juga menamatkan puasa yang ke-20..

Day 21..

Hari ke-21.. bila aku suh dia bersiap2 untuk ke Alamanda.. bersungguh2 dia ngemas bilik bagai.. sampaikan celah2 magazine aku pun dia sapunya.. cepat2 aku suh dia stop sebab nanti dia selesema teruk.. rajin pulak dia menyapu.. kalau tak tu memang susah sangat..

Disebabkan dia rajin hari ni.. aku suh dia ambik apa sahaja makanan yang dia nak kat C4.. mainan2 tidak dibenarkan sama sekali.. hehehhehhe.. pastu belikan dia sandle.. memang dia happy sangat2.. pastu kami tapau Kenny Rogers jerk untuk berbuka.. tak larat dah nak memasak bagai.. nak makan kat luar pun dah penuh..

Seronok tengok Amiera makan petang tu.. alhamdulillah genap 21 hari..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah