Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puasa Amiera : Day 2 & Day 3

Maap lah yer.. lambat laks n3 ni.. sebab akak cuti semalam ok.. ada misi sekali lagi di KLCC... hehhehe.. jap agi wat n3 nya..

Day 2..

Cabaran hari ke-2 buat Amiera... kali ni.. sepanjang hari dia berada di sekolah.. dari sek rendah hingga ke sekolah agama.. dalam keadaan berpuasa tanpa kami di sisi.. kepada siapa dia hendak mengadu gamaknya akan keletihan berpuasa..

Akibat kelaparan semasa puasa hari pertama.. bersungguh2 Amiera makan sahur hari ke-2 ni..

Sampai rumah jerk.. aku tengok dia dah agak lembik.. bertalu2 dia bertanya bila nak minum.. kesian sungguh.. bila dikorek2 cerita kenapa dia jadi lembik.. rupa2nya dia tak mandi masa kat sekolah agama.. lorrr... patut pun lembik.. alasan yg diberi.. ustazah dah tutup lampu bilik air.. van lambat sangat sampai kat sekolah.. dia cuma basuh muka jerk.. kesiannya... bila kami suruh dia mandi tak mau lah pulaks.. terbaring jerk kat sofa sambil layan kartun..

 Juadah menu berbuka yang aku sediakan petang tu.. simple jerk..

sambal tempe jawa..

ayam goreng kunyit..

sambal sotong ala2 faina.. ngeh2..ngeh2.


Sampai waktu berbuka.. bertalu2 dia menelan air milo ais feveret.. sampaikan nak makan nasi pun dah tak lalu sangat.. dok ratah ayam goreng kunyit jerk.. haishhh.. teruk bebenor.. bila aku cakap Amiera berjaya puasa 2 hari macam mama dan papa.. tersipu2 malu dia sebab tak nyempat2 nak berbuka.. hehhehehhe...

So, pesanan aku pada dia.. kena mandi kalau dah sampai sekolah agama.. kalau tak nanti dia akan letih..

Day 3..

Sahur.. makan sket2 jerk.. aku push jugak dia makan nasi.. minum Horlicks dan air suam..

Alhamdulillah masa kami ambik dia awal sket dari biasa.. nampak ceria sket sebab dia mandi kat sekolah.. alhamdulillah..

Dan hari ke-3 ni jugak.. barulah berkesempatan kami beli makanan kat bazar Ramadhan..

Cam biasa.. dah kul 7 tu.. dia dah bising.. nape tak azan2 lagi... hehhehehhe... kena sabarkan dia.. last2 tertidur dia kat sofa.. siannya..

Walaupun beli macam2 air kat bazar.. tetap permintaan nak milo ais.. kalau ikutkan memang tak nak buat sebab milo ais ni menyenyangkan.. nanti tak termakan nasi.. tapi dah nanges2.. buat jugaklah.. dan seperti biasa.. secawan milo ais.. dan hampir sekeping murtabak di pulunnya.. nasi langsung tak disentuh.. huhuhu..

Alhamdulillah.. berjaya jugak setakat ni untuk 3 hari berpuasa...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah