Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puasa Amiera : Day 22-24

Salam semua.. sibuk sket ler.. semalam tak sempat nak update blog.. dah nak raya ni.. keje programming aku tak siap2 lagi.. mana nak siapnya.. Isnin baru start buat.. spec laks mengong!! huhuhu..


Day 22..

Untuk hari ke-22 ni... kan Amiera nanges2 pagi2 nak gi sekolah kan.. so, petang tu aku bagi dia kad hari jadi.. senyum2 malu dia baca kat tu... huhuuu... saje aku nak kasi dia happy sempena besday dia kan..

special for her..

untuk juadah berbuka.. aku beli sket kat opis ni.. sup daging ngan rendang daging tok.. pastu kat rumah aku masak lauk tambahan telur dadar ngan sotong goreng kunyit.. haaa... sotong goreng tu yang dihadap Amiera ngan sup daging.. licin... alhamdulillah genap puasa yang ke-22..

Day 23..

Memandangkan lauk2 yang dibeli semalam agak kureng.. so, aku decide nak masak jer.. tapi ntah macam mana.. kepala guwe pusing dong!!... en hubby pun kesian kat aku.. so, dia beli lauk tambahan sket.. aku cuma masak nasi, tenggiri masak singgang dan tamban goreng..

Memang favorite Amiera ngan Fateh makan singgang ni.. tak pedas dan masam2 sket.. licin!!

Alhamdulillah.. Amiera berjaya utk hari yang ke-23...


Day 24..

Amiera dah semakin seronok untuk menyambut hari raya.. lagi 5 hari aku bagitau dia.. pasni boleh makan puas2..

Macam biasa dia masih boleh bertahan hingga ke petang...

Untuk iftar.. aku cuma pesan kat en hubby belikan ikan bakar keramat... untuk Amiera biar aku yang masakkan.. goreng ikan.. udang.. dan ketang tumis air + suhun.. memang licin dia makan.. memang sesuai ngan selera dia anti-pedas.. huhuhuhu...

Alhamdulillah.. lagi 5 hari untuk Amiera berjaya memenuhkan puasa pd tahun ni... semoga Allah memberikan Amiera kekuatan dan kesihatan sepanjang bulan Ramadhan al-mubaraq ni.. aminnnn...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah