Puasa Amiera : Day 4 - Day 7

Day 4..

Hujan selebat2nya.. so, sejuk jerk cuaca..

Aku naik risau memikirkan en hubby dan Amiera.. masih tak sampai2 lagi rumah kul 6 lebih tu.. dalam keadaan hujan yang lebat... dengan fateh yang takutkan bunyi guruh.. asyik melingkar kat celah kaki aku ni sambil tolak2 aku.. adoilahhhh... naik rimas dibuatnya.. nak basuh2 bagai kat sinki terpaksa aku memanjangkan tangan ala2 plastic woman.. dalam 6.30 baru diorang sampai.. lega sangat2 diorang sampai rumah dengan selamat.. alhamdulillah.. selagi tak sampai rumah tu. .selagi tu dalam hati tak renti2 berdoa akan keselamatan diorang..

Tengok Amiera segar bugar jerk.. almaklumlah kan hujan.. hilanglah rasa haus bagai.. so, puasa hari ke-4 berjaya..

Menu yang aku masak cuma tomyam campur dan telur hancur.. cuaca yang sejuk memang elok makan yg bersup2 ni.. Amiera makan sket jerk.. dia cuma makan isi tomyam jerk.. kuahnya dia kata pedas.. what ever lah.. dia memang tak suka makan pedas.. even pedas sket pun dah reject..

Day 5..

Hari ke-5 Amiera nampaknya ok.. takdelah teruk sangat... tapi aku yg agak teruk sket.. hehhehe.. nape?? syhhhhh.... hhehehhehhe...

Disebabkan aku tak larat.. en hubby just beli kat bazar berdekatan.. sup daging ngan ayam goreng...

So, hari ke-5 Amiera berjaya lagi..

Day 6..

First hari cuti di bulan Ramadhan.. ini yang aku paling risau.. takut Amiera tak tahan dengan godaan di rumah..

Bila adik dia sarapan coco-crunch.. sibuk dia mintak nak jugak.. kena remind dia yg dia sedang berpuasa.. pastu tarik muka.. hehhehehe..

Dah bosan main2 dalam bilik.. dia mula nak aktif berlari.. aku remind dia supaya jangan aktif sangat.. nanti letih.. diri sendiri susah.. aku sound kalau petang2 ngeluh letih dan lapar.. jangan salahkan mama.. hhehehhe.. tapi budak2 kan naluri nak main tu terlebih sudah!!

Hampir kul 2 Amiera, Fateh ngan en hubby lena.. aku jerk masih pulun dok mencuci baju.. ni kes malas nak nyental baju Amiera.. sajerk jer aku tangguh2.. hehhehehhe.. last2 terlajak ke petang...sambil mencuci sambil merebus makaroni untuk hidangan Fateh..

Settle mencuci.. aku masak sup ayam.. nak campur sekali ngan makaroni.. Fateh suka sangat!.. at least bila dia bangun nanti boleh bagi dia makan..

Tengok anak2 masih tidur.. aku siapkan pajeri nenas utk hubby.. aku pajeri2 ni kureng sket sebab manis kan..
setakat nak masak tu.. boleh aja.. bagi jerk resepi.. jangan resepi dan bahan yang leceh udah!! maunnya aku reject nak buat..

Pastu buat udang goreng tepung dan ayam goreng..

Amiera masih boleh bertahan lagi.. mungkin sebab dia tidur lama.. so, bangun pun dah agak lewat petang..

Bila time berbuka.. berselera Amiera makan udang goreng ngan sup ayam.. berebut ngan en hubby udang goreng tepung tu.. tak tahan bila dia jeling ayah dia.. tak kasi ambik udang lagi.. siap tarik2 piring udang tu.. hehhehehhe.. licin dia makan nasi... alhamdulillah..

Masa aku suapkan Fateh makaroni.. Fateh makan tu ulang2 kali pun takpe.. dah memang dia suka.. Amiera pun join sekali.. anak2 aku memang suka makan sup ni.. dan yang penting tak pedas.. memang lajus..

Alhamdulillah.. berjaya hari ke-6..

Day 7..

Mungkin disebabkan kekenyangan malam semalam.. Amiera agak kurang makan masa sahur.. risau gak.. tapi aku push jugak dia minum susu.. at least ada tenaga..

Lepas sahur cam biasa.. dia akan layan kartun.. aku?? zzzzzzzzzz.. balik lah.. cuti kan!

Pagi2 dah aktif berlari2 ngan Fateh.. haishhh.. budak ni.. karang letih.. sendiri susah!!

Hari ni berbuka ngan family aku kat kampung.. alahhh.. dokek yo!!

Sampai rumah mak aku... aku suh anak2 aku tidur.. alhamdulillah.. nasib baik diorang tido.. pastu aku, hubby dan abah pi jalan2 sat ke Giant dan beli makanan kat bazar..

untuk Amiera aku belikan sup ikan merah dan ayam goreng (tak ingat namanya.. alah yg digunting2 tu..)... lain2 menu ikan bakar.. dan kuih muih.. mak aku dah masakkan pucuk ubi masak lemak tempoyak!! podeh!! berapi aku makan!!

Seronok Amiera makan ngan sepupu2 dia.. alhamdulillah.. berjaya seminggu berpuasa..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (49) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (114) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty