Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puasa kedua @ HPAN - Day 1

Ni kali ke-2 kami sambut Ramadhan kat Hosp. Pakar An Nur..  kali pertama semasa melahirkan Fateh kira2 hampir 2 tahun yang lalu.. tapi kali ni lain sket sebab aku pun puasa.. so, aku leh jalan2 kat bazar Ramadhan sebelah PKNS..


Selain tu jugak.. aku pi kedai feberet.. mesti nak pergi gaks.. ntah kenapa.. nak tahu apa?? tunggu n3 lain..

Awal pagi pada puasa yang ke-11.. Fateh dah start meragam.. rupa2nya dia demam.. mungkin sebab selesema yang semakin teruk.. sampai muntah2.. untuk legakan demam.. aku bagi ubat punggung.. tapi 4 jam kemudian demam dia naik balik.. so, tak sampai hati nak hantar dia ke taska takut makin melarat... memang sah.. sepanjang aku ngan dia.. demam dia makin naik tinggi.. ubat demam biasa memang tak boleh nak kurangkan demam.. aku cuba nak kurangkan panas dia.. letak cool fever.. dibuangnya.. nak tuam tak dibaginya.. menjerit2.. pastu nak larikan diri dari aku.. badan dia makin lemah.. asyik tidur jerk.. bagi makan tak mau.. bagi susu pun tak mau..

Nak tak nak kena bawak pi jumpa Dr walaupun segala macam ubat ada kat rumah kecuali antibiotik.. tapi dr Khairul yang selalu rawat Fateh sebelum ni tak bertugas pulaks sebelah petang.. nak tak nak kena bawak juga.. jumpa dr Arbaiyah.. dr Arbaiyah pun best gak.. friendly.. tapi dia byk guna istilah2 kedoktoran.. aku tak faham daaa.. that's why aku prefer dr. khairul.. tapi nak wat camna.. fateh kena jugak jumpa dr..

Sampai2 jerk Dr check suhu.. dah 39.8.. pergh.. memang panas giler.. kaki fateh pun dah semacam.. cepat2 dr suh masukkan ubat punggung.. pastu dr baca sejarah fateh dalam buku rekod.. nak tak nak fateh kena tahan wad sebab tonsil dia dah bengkak dan merah.. fateh kena dapatkan antibiotik yang khusus..

Macam biasa dr akan ambik darah.. time ni lah yang paling susah.. fateh dah besar dan dah kenal erti sakit dan bertindak balas.. nampak dr jerk dia marah apatah lagi kalau suh dia baring.. masa dr nak cucuk tangan belah kanan.. fateh meronta2.. tak jadik pulaks hasil suntikan.. kena ambik bedung.. ikat fateh dulu.. hehehhe.. sian dia.. menjerit2.. meronta2.. siap merayu2 kat dr.. di tepuk2nya tangan dr seolah2 minta simpati..  sedih ooooo..  

Memandangkan pesakit ramai pulak bulan puasa ni especially budak2.. ramai yang batuk dan selesema.. nak tak nak kena masuk wad 1 bilik 2 katil.. tapi kami request jugak satu bilik sekiranya ada pesakit yang keluar.. sementara nak nunggu masuk wad.. fateh cirit tak hengat punya bau!! sampaikan kakak yang duk sebelah aku pi lari duk tempat lain.. alah.. sabor jerlah.. macamlah anak dia tak pernah kena cirit.. pada aku benda2 ni nak geli apanya.. dah natural.. kalau dah jadi mak namanya.. nak tak nak kena gak cuci kalau anak berak.. tul tak?? lainlah kalau ada maid.. dahlah time tu aku tak bawak seluar spare.. sib baik ada kain lampin.. hehehhhehe.. pakai jerlah buat sementara..

Dapat masuk bilik.. fateh tak berenti2 nangis.. merayu2 kat aku suh bukak balutan kat tangan.. aku nak bagi dia faham pun susah.. dia tahu dia nak balutan tu dibukak... sampai nurse pasangkan drip.. lagi dia nanges!! last2 tertidur kepenatan.. bila tiba masukkan antibiotik.. lagi dia takut.. menjerit2.. sakit ooooo.. sampaikan nurse nak check tekanan suhu dan oksigen pun dia marah kat nurse... kiranya dah fobia tengok nurse..

Jam hampir ke 5.. hubby kena ambik Amiera dari sekolah then packing barang2 apa yang patut.. pastu beli makanan untuk berbuka.. yang paling seronok si Amiera lah sebab dia kata dapat duk kat hotel! boleh dia kata hospital tu hotel!! sabor jerlah..

kat rumah dah start meragam.. mata pejam tapi tangan sibuk dok menggaru.. ruam dah naik!

nanges jerk.. ni lepas habis nurse datang merawat.. tunjuk kat aku kononnya nurse tu jahat.. sakitkan dia..

menu malam.. jadi juadah tambahan semasa berbuka puasa.. kureng sket.. standardlah makanan untuk orang sakit..

 masih berlampin.. nunggu papa tak sampai2 lagi.. hehhehehe..

Dalam pukul 6.. kami dpt pindah wad satu bilik.. besar dan selesa.. compare tahun lepas.. dapat bilik sempit sket.. alhamdulillah.. cepat2 msg kat en hubby.. standby barang2 Amiera.. kami akan berkampung macam biasa kat hospital..

Lepas tarawikh dr datang melawat.. hasil ujian darah.. kandungan darah putih semakin meninggi.. dan terdapat bakteria dalam darah.. lebih 80%.. sah.. bakterialah punca dia semakin teruk.. fateh dah kenal dr.. dr nak check dada pun di marahnya.. siap nak tendang2 kaki bagai.. so fateh kena continue ambik antibiotik sehingga tonsil dia tak bengkak dan tak merah.. 

Fateh masih lemah.. bangun jerk nangis.. demam turun naik.. tidur malam pun tak selesa.. tergaru sana tergaru sini.. aku pun sekejap2 terkejut.. takut drip melilit kat leher dia..

Cerita selanjutnya tunggu next n3 ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah