Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puasa kedua @ HPAN - Day 3

Lepas mandikan anak2.. aku kemas barang2 apa yang patut untuk dihantar ke rumah.. en hubby kena balik rumah dan uruskan pakaian2 untuk dicuci.. dalam kul 2.. en hubby sampai semula.. aku ngan Amiera pi PKNS.. jalan2 sambil mencari sesuatu..

Sampai kat PKNS punyalah ramai orang... baru jalan sekejap Amiera dah komplen.. sakit perut lah.. cari alasan nak berbuka.. sabor jerlah.. bila dah dapat apa yang aku nak.. patah balik ke hospital.. jalan kaki sajork tau!! jangan tak caya.. lagipun dekat jerk.. tak sampai 5 minit pun.. pastu pi satu kedai lagi.. tengah wat sales katanya.. apa dia?? nanti aku wat n3 pasal tu..

Dalam pukul 4 nurse datang serahkan bil untuk dijelaskan..  2k lebih ko!! baru 3H 2M.. 

bila dah letih bermain.. disuruhnya aku buat susu.. chupp.. chupp.. chupp.. tidur daaa.. senang sangat2..

Dalam pukul 6 nurse masukkan antibiotik.. kali terakhir.. fateh meraung lagi.. sakit gamaknya.. tangan dia pun dah nampak bengkak sket.. bayangkan lah.. ubat tu nak masuk ke dalam urat tangan!! adoiiiii..  settle tu.. terus cabut saluran drip.. kesian fateh.. nanges2 dia..

Tanpa lengah.. kami terus bla.. singgah ke bazar ramadhan sat.. on the way nak balik rumah.. nurse call.. katanya.. kenapa balik tak bagitau.. huhuhuhu.. rupa2nya en hubby lupa nak pulangkan dokumen pembayaran untuk dapatkan kad rawatan susulan fateh... hahahahha.. nak kejar berbuka punya pasal sampai lupa segala2.. malamnya en hubby patah balik ke hospital.. sib baiklah dekat ngan rumah..

Alhamdulillah.. fateh dah ok.. macam2 ubat dibekalkan.. so, lagi seminggu ada rawatan susulan untuk tengok perkembangan fateh..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah