Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA

Salam semua..

Ada yang dah bercuti hari ni.. dan ramai yang akan bercuti esok.. aku?? esok masih ada!!

So, sempena menyambut hari raya yang akan tiba dan dengan sayunya kita akan meninggalkan Ramadhan yg mulia ini.. aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya.. kita semua dapat bersama-sama berpuasa (walaupun aku tak puasa penuh.. huhuhuhu)... di bulan mulia ini.. semoga kita semua akan dapat menyambutnya kembali di tahun hadapan.. aminnnn...

Dikesempatan ini... aku memohon jutaan kemaafan... maaf zahir dan batin kepada semua di bawah ni....

~ mak abah (mak abah aku mana baca blog aku.. apa daaaa... tak kira.. aku nak tulis jugaks.. manalah tau.. aku yg pergi dulu daripada mereka.. sekurang2nya uols yg baca leh sampaikan kepada mak abah aku kan.. kan.. kan.. syahdu ler pulaks..)
 
~ mertua ku (mertua aku pun mana baca blog daaaaaaa.. takpe.. same as above niatnya..)

~ en hubby terchenta dan anak2 ku yang sangat2 aku sayang.. love uols..

~ sanak sedara (aka adik beradik.. ipar duai.. sepupu sepapat.. anak2 sedara.. mak pak sedara.. nek tuk sedara.. )


~ jiran tetangga (aka jiran semasa or x-jiran.. )


~ kenalan2 di mana2 sahaja (aka kawan2 pejabat.. kawan2 sekolah dolu2.. kawan2 U dolu2.. kawan2 serumah dolu2.. kawan2 yg mengenali aku samada secara langsung atau tak langsung)

~ blogger2 dan rakan2 di alam maya yang mengenali aku..

~ silent2 reader walau di mana sahaja anda berada...

Sekali lagi... aku memohon jutaan kemaafan.. andai kata terkasar bahasa.. tersilap kata.. terlebih bicara.. terlajak termengumpat sini sana (kena ngaku ok!).. maaf sekali lagi.. kadang2 emosi menguasai.. tak ingat ni semua mainan duniawi.. syaitan menghasuti... amarah melebihi.. hope semua dapat memaafkan diri aku yang kerdil ini.. insan lemah disisi Ilahi.. huhuhuu.. kalau korang tak nak maafkan jugak.. nak wat camna.. sekurang2nya aku dengan rasa rendah diri memohon maaf kat korang semua... maaf zahir dan batin dari lubuk hati sampai hujung nyawa..

Selain tu jugak.. aku mohon agar dihalalkan segala makan minum atau apa juga samada secara disedari atau tidak disedari.. semoga apa yg mengalir dalam darah aku ni adalah halalan toyyiba..

Untuk semua yang pulang ke kampung.. berhati2 di jalan raya.. hidup hanya sekali.. mati hanya sekali.. ingatlah insan2 dikeliling anda.. tiada siapa yang mahu meninggalkan dan ditinggalkan.. apa pun hanya Allah yang menentukan segala-galanya.. kita hanya mampu merancang.. dan hendaklah kita bertawakal dan berdoa semoga setiap perjalanan diredhai dan dilindungi-Nya..

Sesiapa yang duk kat belah2 Ipoh tu.. jemputlah datang ke rumah mertuaku (suka2 hati aku jerk kan.. ada ke yg nak datang?? macam lah aku ni ramai member.. ).. alah.. nama pun raya.. tak salah kalau menziarah sesama sendiri.. kan.. kan.. apa pun.. kenalah calling2 dulu.. jangan main terjah jerk..kalau nak datang raya rumah kuarters ku.. tunggu ler lepas seminggu yerk.. apa??? open house?? akan difikirkan kudrat dan bajet yg ada... hohohoho.. kawan2 sekampung kalau nak datang rumah mak aku blehlah datang masa raya ke-4.. InsyaAllah.. apa pun calling2 is important k..

Akhir kata... selamat hari raya untuk semua... semoga aidilfitri ini akan mengeratkan sillaturrahim antara kita semua.. aminnnn...

Terima lah kad raya online yg tak seberapa ni..


Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah