Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hadiah Anniversary

8 tahun lalu... seutas rantai leher, seutas rantai tangan, dan sebentuk cincin menjadi hantaran...kos keseluruhan mencecah 2K.. tu belum masuk ngan hantaran2 yg lain...huhuhuu..

Tahun 2008.. kami pindah ke rumah baru.. tahun yg mencatat sejarah hitam dalam hidup kami.. rumah kami dimasuki pencuri.. buah rantai yg aku simpan (tak boleh nak pakai sebab dah putus.. ditarik dek Amiera.. tak sempat nak sambung.. ).. menjadi rezeki si penyamun... sekali ngan set barang kemas Amiera.. memang frust giler....

Pada kelahiran Amiera yang ke-5.. aku belikan semula set barang kemas Amiera.. buah rantai aku yg hilang masih tak berganti.. memang niat di hati nak beli.. tapi bukan sesuatu yang penting untuk aku mencari pengganti...

Bila dah lama rantai aku tidak berbuah... dan semakin lama semakin kusam.. aku memang tak jaga sangat!!




Ntah macam mana.. sebelum raya Tomei ada buat promosi kat Alamanda.. aku cam berminat nak beli.. tapi bukannya beli buah rantai.. mana mampu beb nak beli baru.. harga emas tengah mahal.. so, aku decide untuk tukar yg lama.. ganti yang baru.. hmmm.. tak rugi apa pun.. lagi untung adalah.. cuma aku suggest korang2 kalau nak beli emas toksah lah beli kat Alamanda tu.. katanya emas murah.. tapi hmmmm.. kos upah mahal beb!! pandailah diorang meniaga.. masa tu jugak aku belikan gelang kaki Amiera.. pun guna konsep jual beli..

Masa kat rumah mertua.. gelang kaki Amiera putus.. nasib baik Tomei ada kat dlm Giant.. tak jauh dari rumah mertua.. tapi sayang sebab resit aku tak bawak.. kena caj RM15.. kalau tak FOC kalau nak sambung semula.. dah alang2... aku saja gatal2 nak trade in emas2 dalam simpanan aku yg tak terpakai.. boleh tahan gaks pulangannya.. salesman tu bagus.. dia cerita kat aku beza antara kedai emas sekitar lembah kelang dan di luar lembah kelang.. bagus punya info.. siap suh aku register jadi ahli kelab Tomei lagi.. at least emas yang aku beli tu boleh collect point dan boleh diguna untuk beli emas.. selain tu jugak.. emas yg kita trade in boleh dapat dengan harga yg tinggi... citttt.. memang aku frust.. kat Alamanda tu langsung tak promote..

alang2 dpt trade in harga tinggi... aku survey2 lah konon2 nak beli rantai tangan laks.. cari punya cari... tak berkenan.. yg ada pun jenis kosong.. cam tak best jerk.. ingat nak beli yg berat sket.. tapi mahal.. nan mampu lah pulaks.. salesman tu dok cucuk aku suh trade in gelang yg tengah aku pakai... huhuhuhu... sayang ooooo... last2 decide tukar jugaks.. leburlah gelang lama aku tu... tapi no hal lah.. dapat yg baru lebih berat dan lebih cantik... huhuhuu..

So, dengan pertukaran rantai leher dan rantai tangan aku ni bolehlah dikira sebagai hadiah anniversary untuk diri sendiri... aku tak rasa rugi sebab aku boleh dapat 3 kali ganda harga emas yg dijual.. aku cuma top-up sket untuk pelaburan jangka panjang... alhamdulillah...



Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah