Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hari Raya Kelima 2011

N3 takde gambar.. 

Plan ngan abang aku... nak pi ziarah pak sedara kat Putrajaya.. dulu pak sedara aku duk kat Ampang.. tapi tahun lepas dia pindah ke sini sebab wife dia mintak tukar..

Dari rumah mak aku dalam kul 12 lebih.. sampai Putrajaya bawak mak aku tengok kuarters aku dulu.. bila abang aku dah sampai Putrajaya.. kami gerak ke rumah pakcik..




Nak dekat kul 2 sampai rumah pak sedara kat Presint 5.. mak sedara jamu kami ngan mee hailam dan nasi goreng.. mee hailamnya sedap sangat2.. campur ngan lada hitam.. lagi kaw2 kalau tergigit lada hitam tu... huhuhuuh.. Amiera lah kesian.. mula2 sedap sungguh dia makan.. aku lah tukang suapnya.. ntah macam mana aku tak perasan agaknya lada hitam terselit kat mee tu.. sekali Amiera makan.. terus minta air.. pastu terus dia reject mee tu.. huhuhuhuuh...

Borak punya borak.. yerlah kan lama dah tak jumpa gamaknya... petang baru balik semula ke kuarters kami.. abang aku pulak nak nengok rumah aku.. senang katanya apa2 hal.. walhal tak ingat jugaks jalannya.. kui..kui..kui..

Ntah macam mana tetiba nak tengok wayang.. alang2 dah dekat ngan Alamanda kan.. sekali survey ada citer Hantu Bonceng.. blehlah ajak mak abah aku pi tengok wayang... mesti diorang seronok.. tup2 sampai kat Alamanda.. punyalah ramai umat yg beratur nak beli tiket.. ingatkan takde orang kat Alamanda..
 tengah2 beratur tu.. Hantu Bonceng - selling fast... last2 sold out.. citttt.. wat penat beratur jerk.. sekali hat kul 8 malam pun selling fast.. last2 cancel nengok wayang... pastu kami singgah makan2 dulu kat food court.. then balik rumah..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah