Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Lega..

Hari ni baru masuk opiss....

Semalam EL lagi coz Fateh demam since petang Sabtu.. semalam jugak bawak pi jumpa dr. Khairul.. alhamdulillah.. tonsil Fateh ok.. cuma demam mungkin disebabkan selesema dan batuk yg kuat..

Alhamdulillah juga kerja yg memang susah dah aku siapkan.. dalam tempoh seminggu (tolak MC, EL, PowerTrip, JamuanRaya, cuti sabtu ahad).. aku leh siapkan dalam tempoh 4 hari.. memang mencabar untuk buat programming yg melibatkan calculation...




Sebut pasal El ni rasanya dah banyak kali isu ni dipersoalkan.. yerlah.. lain orang lain cara yang dialami.. tak semua anak2 masing2 bermasalah.. ada yg sihat alhamdulillah.. ada yg kurang antibodi dan macam2 hal lagi.. sapa2 yg ada masalah tonsil / anak2 tonsil tahulah betapa teruknya bila tonsil bengkak kemerah2an dan yg paling teruk bila infection menyebabkan keadaan tonsil lagi parah... dan aku bukannya suka2 hati nak EL tanpa sebab yg penting.. mostly bila anak2 aku sakit.. aku sanggup El sebab nak jaga diorang... duit boleh dicari.. tapi nyawa tiada galang gantinya.. semua ibu bapa kena selalu beringat.. demam jangan diambil ringan.. demam juga boleh membawa maut atau kecacatan kekal!

Walaupun aku EL.. tapi kerja aku siap ok!.. takdenya fail kerja aku tu duk atas meja sampai sebulan.. paling lewat pun seminggu.. tapi jarang sekali.. kalau boleh siap cepat.. tak sampai sehari aku boleh settlekan.. bukannya aku nak berlagak.. tapi dah memang sifat aku macam tu.. selagi tak siap.. aku tak boleh aman.. aku tak suka lengah2kan kerja.. 

Keje programming bukannya mudah ok.. ada yg sampai sebulan pun tak siap2.. aku memang faham masalah member2 yg tak boleh nak siap cepat.. tapi nak wat camna.. kita orang bawahan kena ikut arahan.. memang selalu kena buli.. siap sistem.. anda disanjung.. tak siap anda dimaki hamun... bayaran cuma terima gaji bulan2.. takde bayaran khas.. kalau bagi kat Vendor.. boleh dapat ratus2 ribu... pergh.. memang kaya.. so, PESIMA please suggest to CUEPACS / JPA bayaran khas untuk inhouse development...

Persoalannya.. adakah dengan ke-EL-an aku tu boleh menjejaskan mutu kerja aku??? adakah ke-EL-an aku tu dijadikan pengukur untuk menilai prestasi aku?? Pada aku... diorang memang silap banyak..

Contohnya.. 

2 tugas yg sama yg diklasifikasikan susah.. tiada tempoh diberi.. satu bagi A (aku).. satu lagi B(someone else).. aku selalu EL.. B selalu datang kerja.. A berjaya siapkan dalam tempoh kurang seminggu.. tapi B belum tentu boleh siapkan dalam sebulan.. so, which is the best?? nak kerja siap or tak siap2.. so, renung2kanlah..(utk kawan2 seangkatan yg baca blog aku.. hope jgn terasa hati.. i just want to point it to someone else.. well.. u know it..)

Yg penting bagi aku.. aku tahu tanggungjawab aku sebagai pekerja.. dan aku tahu tanggungjawab aku sebagai seorang ibu.. but the most important thing.. family first!!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah