Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Special Treatment @ AnNur

Lepas cuti raya tempohari.. aku ngan en hubby ada ambik pakej rawatan kesihatan kat AnNur.. yerlah kan umur dah melebihi 30-an ni takut macam2 penyakit yg kita tak tahu..

Untuk pengetahuan uols (yg hanya berminat sajork leh lah baca.. yg tak berminat pun kena baca coz ni untuk kesihatan diri sendiri.. tak rugi apa pun..).. kalau yg mampu bleh pi private hospital.. dan yg tak mampu boleh wat appointment ngan klinik kerajaan.. tapi aku tak berapa sure samada boleh ke tidak buat rawatan kesihatan wanita kat Hospital Kerajaan.. mungkin ada prosedur..




aku ambik pakej kesihatan wanita tu.. only RM250.. 


So, rawatan awal.. masing2 kena ambik darah dulu... pastu seminggu kemudian en hubby wat follow-up.. tapi aku still tertangguh2 until semalam..

Jumpa dr yg very kindly, friendly.. memang bestlah.. malu2 pun ada aku ni.. hehehhehe...

First.. dr akan tanya tujuan aku buat rawatan ni.. so, alasan aku.. umur dah melebihi 30-an.. bimbang penyakit2 yg tak nampak.. yerlah kan aku ni selalu sakit2 pinggang.. sakit belakang.. selain tu jugak aku nak buat pap-smear.. sebab aku tak pernah buat pun walaupun anak dah ada 2.. boleh gitu?? tapi dr bagitau.. sebenarnya pap-smear ni adalah rawatan awal yg di sarankan oleh negara2 barat sebab cara hidup mereka.. dr bagitau lagi kalau pasangan kita hanya satu.. takkan ada masalah..

Masa consult ngan dr.. dia terangkan pasal ujian darah aku.. so, far alhamdulillah.. daripada senarai utk ujian darah.. alhamdulillah.. segala organ2 dalam badan aku berfungsi.. kecuali kandungan kolesterol yg naik sket dan kalsium yang kurang sket... kandungan iron dalam badan ok cuma dr suruh tambahkan lagi.. another one is aku kena dapatkan imunisasi bagi Hep.B sebab takde antibodi yg dikesan...

So, overall semuanya berpunca dari pemakanan kita sendiri.. dr banyak bagi nasihat dari segi pemakanan.. kena bykkan makan sayur2an dan buah2an.. makan2an yg berkhasiat.. minum susu.. dan gunakan minyak yg mahal untuk memasak.. selain tu jugak kena buat exercise selalu..

Dari segi masalah krem dan mudah lebam yg aku alami.. anggapan dr itu adalah normal.. sebab mungkin aku kurus sangat.. berdasarkan ujian darah memang aku takde masalah kesihatan yg kritikal..

Habis consult.. en hubby diminta keluar.. coz aku kena buat rawatan pap-smear dan pemeriksaan payu dara... huhuhuhuuhu.. malu siot.. tapi nak sihat punya pasal.. kenalah buang sifat malu bagai.. alah.. dr pompuan.. nak malu mendanya.. dr banyak kali bagi nasihat suruh buang perasaan malu.. info2 yg dr bagi memang amat berguna..

Selain tu dr juga check tekanan darah dan degupan jantung.. so far tiada masalah walaupun aku ada keturunan penyakit jantung.. dr juga ada bagitahu.. kebanyakan perempuan tidak mudah berpenyakit selagi belum menopous.. tapi kalau dah menopous.. macam2 penyakit yg datang..

Lepas kuar.. aku terlupa nak tanya pasal collagen dan lebam kat mata aku ni.. pastu aku masuk balik.. dr suggest tidak menggalakkan untuk ambil collagen sebab produk2 collagen ni hanya supplement untuk badan kita.. dr kata badan kita sendiri memang dah ada collagen.. so, untuk mengekalkan collagen yg ada dalam badan.. kita hendaklah makan banyak sayur2an dan buah2an.. selain tu boleh juga makan pati ikan dan madu..

Bagi kes mata aku yg lebam ni.. dr kata itu adalah keturunan.. tak boleh nak buat apa.. mungkin aku ada gen2 yg mata lebam ni.. huhuhuhuhu... so, nak kurangkan blehlah amalkan petua macam tekapkan timun pd mata atau pun boleh juga buat exercise tekap tangan pada mata..

Alhamdulillah... hasil consult dan rawatan ni.. aku puas hati.. tahu lah jugak sedikit sebanyak keadaan kesihatan aku dan amalan pemakanan yg harus aku amalkan..

Comments

syalinda johari said…
Kak iena, semua test2 tu tak brapa malu kecuali yang satu itu, pap smear.. hadoii..mau berpeluh nanti tahan malu..hahahahaaa... tapi memang perlu lah kan amek ujian2 ni.. kalau apa2, lagi bagus dikesan awal dan ditangani.. thanks bagi info ni kak iena..
Faina Arisya said…
memanglah malu.. tapi terpaksa.. hehehhee.. no hal lah.. sharing is caring right..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah