Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Al-Awfar Junior

Khusus untuk semua ibu bapa..

Again.. n3 ni takde kaitan dengan mana2 pengiklan berbayar.. foc.. aku sendiri nak promote..

Kebetulan pi BIslam pas lunch.. aku ambik pamplet mengenai akaun simpanan untuk anak2.. cam best jerk.. dah macam akaun Nuri Bank Rakyat pulaks.. rasa cam nak masuk.. tapi tunggu dululah.. duit tak berkepuk2 lagi ni... hehhehehhe...



pics dari portal Bank Islam

Pastu aku tanyalah kat petugas kaunter tu mengenai hadiah2 yang disediakan.. ada lagi ke tidak.. malangnya. hanya tinggal bekas air dan pencil case.. uihhh.. tak bestnya... dan kalau nak dapatkan gift2 tu adalah based on nilai simpanan.. huhuhuu.. untuk dapatkan pencil case simpanan dari rm300-rm500, botol air simpanan dari rm500 - rm1000.. tinggi siot nilainya..  kalau beg mesti rm1k ke atas.. huhuhuu...itu yang aku dengar sekali lalu dari petugas tu.. hope kalau ada yg salah tolong betulkan eh..

Cadangan aku.. BIslam perlu memperbanyakkan lagi hadiah2 bagi julat simpanan yang kecil.. kesian kat golongan yg kurang berkemampuan..

So, sapa2 yang berminat.. blehlah try tanya kat lain2 cawangan Bank Islam.. kot2 ada gift beg.. minima deposit RM10 sajork.. pastu kalau bertuah (5000 penyertaan awal) bleh lah dapat top-up lagi RM10 untuk simpanan anak2 anda.. dan.. hadiah keseluruhan berjumlah RM100K tiap2 tahun disediakan.. mana tau anak2 anda bertuah!!

Maklumat lanjut bleh lah ke laman web Bank Islam..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah