Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Couple

Couple atau istilah mudahnya ... cinta monyet.. ada yang sampai ke jinjang pelamin.. dan ada juga yg separuh jalan..

pics search kat google..

Korang pernah 'couple' tak masa sekolah2 dulu??? tak pernah??? tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... buuuuuuuuuuuuuuu.. sapa yg tak pernah couple masa sekolah2 sila senyum lebar ok!! aku ler tu.. cayalah... puji diri sendiri sebab aku berjaya untuk tidak meng-couple kan diri ngan mana2 student lelaki ok!!

Tipulah kalau aku kata zaman sekarang ni student yg bercouple tak pernah pegang tangan... zaman dulu2 aku tak taulah kan.. sama kot.. wallahualam..  itu dah mencemarkan amanah ibu bapa masing2..

Kenapa aku buat topik hangat ni???



Sobab eh.. semalam masa aku balik keje.. ternampak satu couple ni berjalan beriringan.. tapi tak pegang tanganlah kan.. gila!! dengan pakaian sekolah.. nampak dek mak apak eh.. mau kena hobin kang!! tapi kat luar kalau berdating.. of course lah kan.. syaitan ada dimana2 wehhhh...

Bukannya student sekolah menengah jerk.. student sekolah rendah pun sama.. haishhhh.. nilah bahana internet dan macam2 teknologi canggih.. budak2 terlalu moden dan mudah terpengaruh ngan budaya2 barat.. inilah yg banyak merosakkan remaja2 sekolah.. terlibat dengan kegiatan yg tidak bermoral.. risau sangat2..

So, jam2 tu jugak ler aku teringat kenangan silam.. zaman aku tu pun ramai yg bercouple.. kalau habis waktu sekolah tu.. adalah jugak beberapa couple akan stay kat kelas.. kononnya nak wat revision.. tapi... mmmm.. faham2 jerlah.. feeling sana sini... huuuhuuu...lawak sungguh laaa...

Aku pun ada gak kadang2 buat revision tapi ngan kawan pompuan lah kan.. tapi sekejap jerk.. aku macam tak leh fokus.. banyak berborak dari belajar.. aku lebih prefer belajar sorang2 kat rumah.. mentelaah dan menghafal..

Bila Amiera dah masuk alam persekolahan ni.. aku menjadi risau.. macam mana nak didik anak2 kita supaya dia pandai menjaga diri sendiri, tidak terlibat ngan kegiatan tak bermoral, merokok dan tak bercouple masa sekolah..??

Satu yang aku cuba amalkan.. aku nak pupuk kasih sayang dia kat kami lagi lebih.. dengan.. sentiasa mengadakan aktiviti riadah bersama-sama..  sentiasa bagi kata2 nasihat.. sentiasa peluk cium anak2.. dan yang paling penting ialah aku nak kuatkan pegangan agama dalam diri anak2.. InsyaAllah.. semoga Allah mempermudahkan aku dalam mendidik anak2.. tapi satu yg susah aku nak control.. time aku marah.. tangan mesti nak naik.. huhuuhhuhuhu.. ni yang aku cuba elakkan.. aku tak nak anak2 aku ingat aku ni suka marah2.. kalau lepas marah akan aku jelaskan kat diorang kenapa aku marah.. so, aku harap diorang faham.. sebab aku sayang anak2 aku.. sapa yg tak sayang anak eh?? kasi pelangkung sket!!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah