Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Exam tapi..

Semalam..

Amiera bagitau yang dia ada exam.. ada Math ngan BM katanya.. cikgu bagi kertas kena jawab.. bila aku tanya kakak boleh jawab ke tidak... katanya boleh...

Risau gaks.. kenapa takde surat daripada pihak sekolah menyatakan ada peperiksaan seperti penggal yang lalu..

Aku call pihak admin sekolah.. memang ada surat diedarkan.. tapi bila aku kata aku tak dapat.. staff tu tanya anak aku Tahun berapa.. bila aku cakap Tahun 1.. baru dia jelaskan memang takde surat diedarkan kerana format untuk Tahun 1 lain dari peperiksaan biasa.. KSSR.. ada cara dan penilaian yang berbeza..

So, aku google.. google.. google.. (cik google ni banyak bantu aku.. tima kasih cik google..)..


Jumpa beberapa info mengenai Dokumen Standard Prestasi KSSR Tahun 1.. dokumen ni untuk sekolah yang telah dikeluarkan bulan Mei yg lalu oleh Kementerian Pelajaran.. naper aku tak tau eh.. ker aku sorang yang tercicir pasal dokumen ni.. tapi kita sebagai parents pun kena tau gak pasal benda ni semua.. at least kita tau macam mana penilaian dijalankan.. so, beginilah penilaian di buat gamaknya.. so, uols yang anak2 Tahun 1 tapi tak tau boleh refer kat bawah.. dan anak2 yg bakal masuk Tahun 1 tahun hadapan pun boleh baca buat pengetahuan awal.. link ni direct dari Kementerian Pelajaran.. hope berguna untuk semua parents yang berkenaan... sekurang2nya kita boleh membantu anak2 kita berdasarkan dokumen standard ni.. takdelah bergantung sepenuhnya ngan guru sekolah (lagi mudah kerja cikgu.. tapi bagi aku tak kisah sebab demi anak2...)

KSSR Tahun 1
  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Arab
  4. Matematik
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Jasmani
  7. Pendidikan Kesihatan
  8. Sains dan Teknologi
  9. Muzik
  10. Seni Visual
  11. Teknologi Maklumat & Komunikasi
Bila aku baca dokumen mengenai Teknologi Maklumat.. alahaiii.. malu sih kalau anak aku corot dalam subjek ni.. mamanya orang IT tapi anaknya buta IT... kwang..kwang..kwang.. padan muka aku tak nak ajar anak pasal PC.. ngeh..ngeh..ngeh.. konon tak nak anak terror PC awal2 takut terlebih main game dari tujuan pembelajaran sebenar..

Hmmm.. macam dah terlambat pulak rasanya sebab ni dah bulan Oct.. dah start pun penilaian.. kalau sebelum2 ni aku tau.. bolehlah aku prepare apa yg patut... lagi sebulan nak cuti akhir tahun.. tahun depan dah Tahun 2.. huuhuhuu.. nyesal pulak aku...

Aku tak puas hati.. memandangkan KSSR bermula tahun ni yang menggantikan KBSR..  aku google.. google lagi.. dan Tahun 2 pun ada akan format penilaian yang baru.. tak jumpa pulak dari Kem Pelajaran... kalau nak uols bleh download dari http://www.kedah.edu.my kat situ pun ada untuk Tahun 1.. selamat mendownload ok.. jangan download jerk.. kena baca gaks... hehehhehhe...

    Comments

    syalinda johari said…
    Mak aii, banyaknya subjectnyaaa..sampai 11... haihh..budak2 makin pandai skrg ni.. gud lak Amiera..
    Faina Arisya said…
    syalinda..

    tu aa... kesian gak tau.. tu baru sekolah rendah kebangsaan.. tak campur lagi ngan sekolah agama yg ada 7 subjek kalau tak silap..
    syalinda johari said…
    fuhhh.. banyaknyaaa....

    memang mak ayah kena pantau selalu neh..

    Popular posts from this blog

    Susu Rosak!!

    Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

    Kopi Che' Nah