Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fettuccine Jalapeno

Tgh2 borak ngan member opis.. tetiba ada idea aku nak menambah n3 kat blog ni.. sekaligus bleh share simple dimple menu untuk anak2..
Actually.. stok nak masak kat rumah aku byk dah habis especially bahan utama.. bawang!! haishhh.. takde bawang tak syiok lah nak masak.. setiap kali nak pi pasar malam petang2 mesti hujan.. aku lebih suka beli kat pasar malam compare ngan kedai2 runcit ni.. hope hari ni tak hujan.. blehlah aku nak membeli barang2 dapur..

Ok.. memandangkan semalam aku kenyang.. en hubby pun kenyang katanya lah kan.. so, decide tak mau masak nasi.. aku just masak simple menu untuk anak2 aku makan.. cam biasalah.. kalau masak pasta ni laju jerk diorang makan.. aku kalau beli pasta.. mesti beli San Remo..
pics dari gba.com.my 


Menu simple aku mana yg terlintas jerk masa tu.. 

Ingat nak rebus makaroni.. tup2 stok dah habislah.. last2 guna fettuccine.. rebus.. sambil nunggu fettuccine masak.. aku buatkan sos Jalapeno..

Dah masak then tos.. pastu aku gaulkan ngan sos Jalapeno tu... nyum.. nyum.. walaupun kosong tapi anak2 aku suker.. sos Jalapeno tu tak ketara sangat rasanya sebab dah cair.. so anak2 aku boleh telan lagi compare kalau pekat2.. gambar aku tak snap ok sebab mood masak aku blur dan rupa yg tak menarik.. hehehhehe...

Kalau korang nak tambah bhn2 spt daging/ayam/udang atau sayur2an blehlah.. tapi kena masak dululah kan.. tul tak.. kalau nak goreng mesti ada bawang baru best!! tapi aku takde bawang... huhuhuhuh...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah