Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Teladan Untuk Tuan Tanah!!

Malam Isnin lepas..

Kononnya cousin tenant aku tu nak jumpa.. nak serah kunci katanya.. siap msg kat en hubby siang hari.. nak jumpa malam katanya..

Sampai kat sana dalam kul 9 tapi batang hidung pun tak nampak.. so, kami guna kunci spare.. masuk rumah tu sebab nampak dalam rumah dah clear.. langsir2 bagai dah cabut..

Masuk2 jerk.. kira oklah.. aku tak terkejut sangat sebab as tenant aku promise dia akan jaga rumah seperti rumahnya sendiri.. tak de robak sana sini.. alhamdulillah.. cuma lubang sebab dia pasang air-cond kat ruang tamu dan bilik Amiera.. itu small matter.. boleh tampal balik..

Bab2 lampu tak nyala tu standardlah.. mungkin dah terbakar mentolnya.. rumah tu pun dah 3 tahun.. cuma jangan effect wiring sudah.. nak tak nak kena upah someone check balik wiring..

tiada penambahan haram dilakukan..

nampak lubang comel tu??

Cuma yang aku kurang puas hati dari segi kebersihan.. tenant promised nak clean kan rumah before serahkan kunci.. tapi tak seperti yang dijanjikan.. makanan dalam botol dan tin ditinggalkan tak dibuang.. nak sayang mendanya.. awat tak angkut sekali.. takde maknanya kami nak makan.. eiiiii.. kat yard bersepah.. stor pun sepah.. aku tak salahkan tenant sebab dia takde kat Malaysia.. dia kat Pakistan coz wife dia sakit.. maybe wife dia nak bersalin agaknya.. maid dan cousin dia yang ambik tak kisah..

makanan2 yg terbiar.. tak dibuang..
 haishhhh... susah ke nak buang??

Kat luar rumah pun bersepah ngan tayar dan perabot diorang..  dah tak terjaga sangat luar rumah.. memandangkan bil pun tak tinggi seperti selalu aku agak mungkin tenant jarang balik Malaysia.. tinggal 'maid'  ngan cousin yang pemalas agaknya.. sebab biasanya kalau kami lalu nampak terurus sket kawasan luar rumah..

sian en hubby.. sayup tengok laman rumahnya..
rumput oh rumput kenapa panjang sangat??
Round pi tingkat atas.. jumpa kunci rumah kat family hall.. bleh gitu?? sabor jerlah.. nasib baik takde pencuri masuk.. kalau disamunnya kunci tu.. tak pasal2 kena ubah semua tombol pintu dan grill..

Kat tkt atas memang clear.. cuma tinggal tilam busyuk kat bilik ke-2.. almari ngan meja mekap habis di kautnya sekali.. lantaklah.. aku tak kisah sangat.. katil aku dah patah gamaknya (ganas sungguh lah haiii.. ni mesti cousin dia tidur..) .. eloklah tu.. memang perabot tu dah lama.. nak ambik ambiklah.. ni kalau tenant aku ada masa proses perpindahan barang.. confirm dia tak ambik sebab dia tau bukannya barang dia.

bersepah2.. kepala katil.. badan dia dah riuk... tak tau mana perginya..  dah buang kot..

Aku dah msg kat tenant tentang kebersihan rumah dan outstanding payment yang perlu dibayar.. hope dia terima msg tu.. jangan dia stop service line hp dia sudah.. memang lost contact la jawabnya..

Habis check rumah.. kami kunci pintu segala bagai.. tunggu cousin tenant kat luar jerk.. jam dah nak kul 10.. batang hidung tak nampak2.. en hubby call.. (line tak berapa clear.. ) dengar macam nanti.. nanti.. last2 kami pi restoran sebelah.. lepas makan kami balik terus.. malas nak tunggu.. lantaklah..

InsyaAllah.. sabtu ni baru nak pi kemas rumah.. ada orang nak datang tengok rumah.. kesian en hubby nak kena kemas dan angkut perabot rosak diorang tu.. hope jiran2 sebelah boleh tolong angkat yerk..

So, apa yg boleh ambik iktibar.. aku rasa lah kan.. kalau tenant nak kuar rumah tu.. masa diorang nak angkut2 barang nak pindah tu kena make sure kita ada.. so, kita boleh check time tu jugak..

Walau apa pun terjadi.. kami terpaksa sewakan jugak rumah tu.. dari dibiarkan kosong tanpa penghuni.. tak pasal2 satu.. satu kelengkapan rumah hilang..

Comments

Miss Sasu said…
ada ke patut cm tu kan cazen die tuh. tak ape2, next tenant dh tau cm ne kan?
ibu chiqamie said…
kak...patut ler dh ade tempek umh utk disewa.hmmm...tenant lame tu blk negara dia eh.? tp giler kaya kak eh.? toke kapet ke ape.? tiap2 mlm kete lain2 yg park kt c2...huhuuu
Faina Arisya said…
Pn Zana..

tulah.. biasalah orang bujang.. kaya laks tu.. pedulik apa dia..

nani..

dia pindah tempat lain.. tak tau pulak ke mana.. memang kaya giler.. tak tau pulak toke apa.. kereta sorang satu.. semuanya mahal2.. sebab tu mampu bayar sewa mahal..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah