Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Ulasan Bajet 2012

Habis pembentangan bajet 2012.. banyak siaran2 TV membuat ulasan mengenai bajet.. macam2 isu yang dibangkitkan dengan hal ehwal semasa.. asyik diorang jerk ulas.. meh blogger pulak nak ulas..

Aku cuma nak ulas yang berkaitan ngan aku dan yg menarik perhatian aku.. yg lain2 uols ulas lah sendiri.. huhuhuhuhu...

1. Bayaran pendaftaran murid Sekolah Rendah RM24.50 yang merangkumi bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, MSSSM dan Insurans Takaful..

Ulasan : Walaupun nampak jumlah ni kecik jerk.. bagi parents yg anak tak ramai dan berkemampuan.. mungkin takde effect sangat.. tapi bagi yg kurang berkemampuan dan bilangan anak yg ramai.. memang besar maknanya dan pemansuhan yuran pendaftaran ni dapat membantu meringankan beban mereka.. aku setuju sangat2..



2. Mentransformasikan Perkhidmatan Awam

    2.1  Bajet 2012 memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan SSM. Antara elemen-elemen ialah:-

           a. Exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan awam.

               Ulasan : 50-50... kalau penilaian prestasi individu dinilai berdasarkan kerja dan tidak melibatkan emosi, aku setuju sangat2.. tapi kalau penilaian tu tidak adil dan bukannya dinilai berdasarkan kerja tapi juga melibatkan emosi (cth: kroni2 dan kaki ampu dapat markah lebih.. yg kaki melawan.. nasib lah ko.. )... ni aku tak setuju..

           b. Pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji..

               Ulasan : Ni aku setuju sangat2 sebab masa SSM.. kalau gred aku ni.. hanya sampai 10 taun jerk mata gaji.. kalau dah berkhidmat dalam gred yg sama lebih 10 taun.. agaknya gaji mati 10 tahun tulah yg aku dapat tiap2 tahun.. dengan adanya skim baru ni.. at least.. kalau peluang nak naik pangkat tu lambat lagi.. gaji aku tetap naik tiap2 tahun walaupun dah lebih 10 tahun aku berkhidmat dalam gred sekarang ni..

          c. Kenaikan gaji tahunan ditingkatkan antara RM80 - RM 320

              Ulasan : Ni memang setuju ler sangat2.. sapa tak mau duit kan.. alhamdulillah.. kalau tak silap aku.. skim sekarang ni paling rendah kenaikan tahunan dalam RM30 lebih kot.. so, bila minimum RM80 tu kira baguslah sangat2 untuk gred2 rendah.. nampaklah juga perbezaan nilai gaji tiap2 tahun tu..

        d. Selain tu, penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan menerima faedah kenaikan gaji antara 7% - 13%..

            Ulasan : waaaa... ni memang lagi best.. walaupun tak dapat banyak.. dapat dalam range ni pun dah kira alhamdulillah.. Memandangkan jadual gaji yg sebenar akan diedarkan mungkin pertengahan bulan Disember nanti... aku rasalah kan... 7% tu untuk gred2 kumpulan pengurusan dan profesional 48 ke atas.. yg 13% tu untuk kumpulan sokongan II gred 17 ke bawah..  yg lain2 gred tu percentage nya di tengah2.. maybe 10%.. hopefully lah kan.. alhamdulillah sekali lagi.. syukur sangat2..


3. Umur persaraan di naikkan dari 58 ke 60 tahun..

    Ulasan : Hat ni aku tak kisah sangat... sebab aku tak akan ambik opsyen ni.. memang dari dulu lagi since masa SSM pun aku tak pernah tukar opsyen berpencen.. cukuplah umur sampai 55.. itupun aku dah rasa nazak sangat2 nak kerja.. nak2 pulak dalam bidang IT.. korang bayangkanlah.. umur aku 55 tahun masih buat programming... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaa... hari2 aku nanges.. sebab dunia IT makin meluas.. otak aku makin tepu... memang tak dapat nak follow teknologi2 terkini.. so, baik aku berenti ngam2 55.. takpun kalau dah teruk sangat.. maybe aku ambik pencen pilihan awal... hehehhehe.. ntahlah.. kita tak tau masa depan macam mana.. tapi yg pasti aku nak rehatlah after 55..


4. Subsidi beras, gula, minyak masak, tepung gandum, petroleum

    Ulasan : Setuju sangat2.. tak tau nak ulas apa..

5. Subsidi elektrik RM20 dan ke bawah..

    Ulasan : Setuju bagi pihak golongan yang kurang berkemampuan..

6. Suntikan percuma imunisasi HPV di LPPKN

    Ulasan : Setuju sangat2.. dan aku lebih utamakan golongan yg berpendapatan rendah mendapatkan suntikan ni.. yg berkemampuan tu baiklah pi klinik swasta.. (mentang2lah en hubby aku ada panel... hehehhe..).. yerlah kan.. kalau en hubby aku takde panel.. mungkin aku jugak akan ambik suntikan percuma ni.. gaji aku masih dikategori sederhana yerk.. bukan 5 riban ke atas..  tapi kan.. kalau lah kementerian aku ni bagi suntikan percuma HPV kat opis ni macam influenza dulu.. boleh jerk.. dah ada depan mata.. khusus untuk staff sendiri.. ambik jerlah.. buat per nak tolak kan..

 7. Caruman majikan 13% bagi pendapatan kurang RM5000.

    Ulasan : Bagus.. bagus.. aku tak nak komen apa2 coz caruman majikan opis en hubby lebih sket daripada yg dinyatakan..


8. Meringankan kos sara hidup

    a. Bantuan RM500  kepada isi rumah berpendapatan RM3000 dan ke bawah.

        Ulasan : Setuju sangat2.. sekurang2nya beban golongan yg berpendapatan rendah dapat dikurangkan...


    b. Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi keluarga yg berpendapatan rendah dan sederhana..

        Ulasan : Yg ni pun aku setuju.. alhamdulillah.. aku tak akan menolak bagi pihak Amiera sebab  kalau dapat duit tu akan aku simpankan ke dalam akaun simpanan dia.. walaupun RM100 tu nampak sket.. kalau disimpan dalam bank.. dapat jugak dividen tiap2 tahun selama beberapa tahun akan datang.. lama2 jadi bukit.. banyak jugakkan??


9. Pendaftaran awal haji melalui KWSP dari Akaun 2 sebanyak RM1300

    Ulasan : Setuju.. tak de komen apa2 sebab aku takde KWSP.. huhuhuhu...

10. Bonus Setengah Bulan untuk kakitangan awam

    Ulasan : Memanglah setuju sangat.. nak2 pulak hujung tahun.. byk duit nak pakai untuk persekolahan Amiera.. alhamdulillah..


Overall, bajet kali ni merangkumi semua lapisan masyarakat... bagus.. bagus.. bagus..


Untuk dapatkan full teks ucapan bleh pi kat http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub12.pdf

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah