Jatuh!!

Aduiiiiiiiiiiiiiiiiiii....... sakit ok!!

ehsan google..

Peristiwa Ahad lepas.. masa ni kat rumah mak aku.. aku stay kat rumah mak aku cuti lepas sebab ada urusan berkaitan rumah sewa.. en hubby ngan abah pi repair balik sinki.. tukang repair dulu buat keje tak check balik hasil repair dia.. patutnya lepas repair.. trylah dulu kan ok ke tak.. sebelum ni kami dah sms bagitau masalah ni.. tapi memanjangnya sibuk.. kesian budak2 penyewa.. so, en hubby decide betulkan sendiri.. tulah kan.. kalau buat kerja macam tak ikhlas ni.. berkat ke?? selain tu jugak kenalah pi cari tukang potong rumput rumah kami dulu.. abah aku kenal dia.. dia pun tau rumah tukang potong rumput tu.. nasib baik jumpa.. so, janji ngan dia suh potong rumput esok paginya.. rumput kat umah aku tu dah mencanak naiknya.. macam2 ada kat celah2 rumput tu.. ngan taik kucingnya.. eiiii.. ni lah yg paling aku tak gemar.. taik kucing!! aku memang alergik ngan bau nya.. hidung aku sensitip ok!! kucing ni tabiatnya suka melabur kat rumah orang.. kat rumah sendiri tak maunya dia.. hmmm.. mentang2lah rumput aku byk.. tu yang buat dia lagi suka.. huhuhuhuhuhu.. sabor jerlah...




Selamat Tahun Baru Islam

Sebelum balik ni.. aku nak wish kat semua kawan2 sahabat handai, saudara mara di mana sahaja serta rakan2 blogger... Selamat Tahun Baru.. Semoga tahun baru ni akan membawa seribu keberkatan dan berjuta penghijrahan kearah kebaikan segala kehidupan kita di dunia ini..

Aku copy paste doa awal dan akhir tahun dari http://syedas.wordpress.com


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 
Berikut adalah Doa Akhir Tahun doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Selamat Bersara..

Tahniah utk salah seorang bos kat sini yang akan bersara next-week.. beliau bersara pilihan.. mungkin ada perancangan lain.. bagus jugaks.. kalau aku pun.. kalau duit dah banyak.. baik aku bersara awal2.. tak larat dah rasanya nak ngadap pc hari2.. otak pun dah tepu..





Kenderaan Pertamaku..

Tajuk ni aku ambik dari statement en hubby..

Dah 2 tahun lebih usia Fateh.. ni lah kenderaan mainan dia yang pertama.. itupun papa dia yang belikan.. tak kan aku nak halang kot.. anak lelaki dia ok!! waris dia tu.. kalau akulah mungkin agak susah sket nak beli.. kalau belipun masa harijadi kot.. bukan aku kedekut ok!! tapi kenderaan mainan Amiera masih boleh digunapakai..


Utk kakak.. tak sah kalau dia tak dapat apa.. pastu aku saja cakap.. cari mainan yg harga kurang RM10.. pusing punya pusing.. jumpalah ngan mainan rumah yang kecil.. hehehehhe.. siap komplen kata rumah tu kecik!! huhuhuhu.. oklah tu.. ntah macam mana.. ada satu rumah berbentuk cendawan.. siap dia ajak aku.. 'Mama.. meh sini jap.. meh lah..'.. aku tengok.. agak besar dan memang cantik.. harga dalam RM22.. dlm hati aku bolehlah.. tapi aku cakap kat Amiera.. 'tanya Papa dulu'.. tapi Papa tengok gitu2 jerk.. hehhehehe.. sian dia.. terus aku kata ambik yg elok sikit.. excited tu!




SimplyCT in d bag..

Kisah petang semalam.. sorry lambat update blog.. sibuk sket pagi tadi..

Aku saja usha Watson.. asalnya nak survey satu barang ni.. tapi macam takde yang berkenan.. pusing punya pusing.. berenti kat sudut SimplySiti.. takde sales laks pulaks.. cuma ada lah seketul dua iklan promosi..kalau ada sales biasanya adalah dalam 10 - 20 %..

Sambil tengok2 tu.. en hubby hulur RM100.. nak apa-apa belilah katanya.. ehem.. ehem..bagai orang mengantuk disarungkan bantal ko! lajus jerk aku menerimanya... hehehhehhe.. automatik terus ligat kepala otak aku fikir.. apa yg aku nak beli dengan duit RM100 ni.. takde toleh kiri kanan dah.. dalam mind aku just nak ambik lipstick sebab lipstick Maybeline aku dah nazak.. pastu kira2 sat.. ada lagi balance.. blehlah ambik 2 way cake.. compact powder aku sekarang ni pun tinggal sket lagi.. hmmm.. pastu aku tengok iklan ceconet tu.. ada promosi 50% utk refill 2-way cake.. hmmm.. bleh beli satu utk stok akan datang.. aku just top-tup duit sket jerk..

aku cuma tambah dalam 10 hengget jerk utk barang2 ni..
close-up product SimplySiti..




Menangis..

Petang semalam ambik Fateh macam biasa..

Tiba2 salah seorang cikgu kata Fateh ngan sorang budak lagi selalu nanges2... dari pagi sampai petang... lepas Asar dia ok.. dia macam takut2.. kalau cikgu tinggalkan dia.. mesti dia nanges.. nak ikut.. asyik melekat ngan cikgu jerk.. tidur tengahari pun tak nak.. asyik nanges jerk..

Bila cikgu tanya perihal dia kat rumah.. aku cakap.. so far takde pulak nanges2.. kalau kita tinggalkan dia sorang2 memanglah dia nanges.. tapi kalau ada orang.. ok jerk dia..

Biasanya pun en hubby hantar pi taska pagi2.. takde lah pulaks dia nanges2 ke apa.. hmmm...

Korang rasa kenapa eh?? nak kena pi jumpa pakar kanak-kanak or perubatan Islam??




Pls... pls.. vote for him..

Kawan2 semua..

Aku lupa nak habaq mai... aku saja gatai2 masuk satu contest ni.. tapi lupalah pulaks pics tu dah masuk 29 oct aritu.. contest berakhir 24 Nov ni.. so, nak minta jasa baik kawan2 semua vote for Fateh.. boleh kan.. just a simple step..


1. Like fb Happy Life Shoppe

http://www.facebook.com/happylifeshoppe

2. Klik link bawah dan LIKE untuk contestant..

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=291425487543121&set=a.278488258836844.73814.164483780237293&type=3&theater

Pastu mintak tolong inform kawan2 lain untuk tolong vote sekali.. bleh tak?? bleh lah yerk.. sayang uols... hehhehehhe...

LIKE anda sangat2 aku hargai..


Mari Berdansa..

 



Jom layan Fateh berdansa... kakak tukang nyanyi yg takde gigi..hehehhe.. kelakar gilos.. comel jerk gayanya..


Bila Mama Merajuk

Semalam..

Dok tengah usha hotel Lexis kat PD.. saja gatal2 sebab abang aku dah pi ngan family dia.. tapi kalau aku tu mungkin tak gi kot.. mahal siot satu malam.. paling murah pun RM450.. kalau ada seseorang or company nak taja tu bleh jerk.. ada ke?? huhuhuhu..

Pastu aku panggil Amiera tengok pemandangan villa tu.. ada private swimming pool.. syoknya budak2 kan.. mandilah kolam tu puas2.. takde sapa nak ganggu..

Tapi masa aku panggil dia tu dia tengah buat keje lain.. so, dia nyahut panggilan aku dalam nada suara yg keras.. 'Nak apa??'.. aku sentap ok!!

So, aku mau kasi ajar sama dia.. ooo.. berlagak ehhh... aku pandang muka dia.. terus jeling mata.. terus tutup gambar yg aku nak tunjuk kat dia..  terus berlalu ke dapur..

Mungkin Amiera rasa bersalah..

Tau apa dia buat... dia ngendeng aku kat dinding dapur sambil cakap... 'cepatlah.. tadi nak tunjuk sangat..'

Aku buat dek jerk.. langsung tak balas cakap dia.. aku buat keje kat dapur.. saja nyibukkan diri.. hehehhehe...




Iklan : Apartment TBR Untuk Dijual

As salam..

Kawan opis en hubby nak jual apartment dia kat Tiara Beach Resort (TBR).. nak tahu apa tu TBR.. bleh klik kat website dia ya.. http://www.tbr.com.my

pics cari kat google..

Jenis Apartment : Studio Room (Facing Belakang Taman Tema Air) - Tingkat 5


So, sesapa berminat nak beli (serius buyer ONLY) untuk buat biznes bleh email kat aku ya.. arina_melissa_idayu@yahoo.com


Hati-hati..

As salam..

Aku baru terima email..

Ada surat dari JAKIM mengenai HP sos & Tobasco Sos.. ada DNA khinzir aka ba alif ba ya.. sos ni dijual di Tesco.. kalau ikut surat ni dah lama dah dikeluarkan.. mungkin ramai yang dah tahu kot.. aku jerk yg ketinggalan zaman..



Voucher Terakhir..

Ni adalah voucher yg kami dapat.. terakhir rasanya.. dan tak tahu lagi dapat ke tak tahun depan.. rasanya tak dapat dah.. sebabnya??? nanti aku story mory kemudian bila dah sahih!!

Voucher ni adalah hasil penat lelah en hubby main bowling ngan geng2 opis dia..

Alhamdulillah.. dah ujung2 tahun ni.. macam2 nak kena bayar.. Amiera nak masuk sekolah lagi.. nak kena beli persiapan sekolah tahun depan.. adanya voucher ni blehlah cover sket..

jom shopPINK!


Amacam?? Puas Hati??

Korang2... tengok ke semalam Final Bola Sepak??

Meh nak ulas sket jerk sebab kepala aku tengah sakit..

Mula2 perlawanan rasa frust sebab pihak lawan dah dapat sebijik... huhuhuhuhu..

Tunggu punya tunggu tak masuk2 jugak.. bila time team tengah mengasak.. tang striker hancur.. eiiiiii... geramnya lah aku ngan mamat botak sorang ni.. awatlah Ong pilih dia.. kalau tak.. dah boleh jaring gol.. peluang keemasan depan mata pun tak bleh nak buat.. ntah apa2 si botak ni.. sapa nama dia?? Fakri Saarani... dahlah rupa ala2 penyanyi Tomok tu.. agak2lah.. tak pandai main bola ke?? dia ni memang spoil betullah since perlawanan2 yg lepas.. kenapa si Ong masih lagi pilih dia sebagai striker..

Bila dah banyak kali percubaan tak berjaya.. aku nampak byk pemain2 tengah cuba untuk jaringkan gol tanpa passing bola kat Fakri.. mesti diorang tension.. dahlah penat2 mengasak nak bawak bola.. tahu2 sampai depan pintu gol.. boleh sepak ntah apa2.. geram sungguh aku.. nak jerk aku tampar2 muka dia.. pastu sibuk dok ambik tempat team tengah dan pertahanan.. duk dendiam kat area sriker udahlah.. ni tak.. bila tengah nak hantar bola ke pihak lawan.. dah takde orang.. camnalah dia ni leh layak jadi pemain kebangsaan eh??




Harimau Muda vs Merah Putih

Malam ni ya.. jangan lupa ya kawan2.. (mentang2lah Astro aku dah ok since malam Sabtu lepas.. dapatlah aku nengok cerita peberet..)

kredit to google..


Final Bola Sepak.. M'sia vs Ind'sia.. perjumpaan sekali lagi.. bakal menentukan siapakah Juara Asean..


kredit to google..




Tak Seindah Rupa..

Petang Ahad semalam..

Dari pagi Amiera dah ajak aku ngemas mainan2 kat bilik dia.. tapi kebizian aku tak mengizinkan.. yerlah.. nak memasaknya.. mengemasnya.. membasuhnya.. melipatnya.. nan ado maso..

Bila dah jelang petang.. baru jerk aku nak rehat.. dia request lagi.. aku mintak sekejap jerk lagi.. bagi Mama rehat sat.. hujan kat luar semakin lebat ngan kilat petirnya.. sebelum mata Amiera layu.. en hubby pun gigih nak tolong sekali.. Fateh dah lena diulit mimpi.. senang sket kerja takde gangguan..

Mainan2 yang dah patah dibuang.. nampak jerk sket.. tapi macam2 ada.. nak tak nak kena buang gaks yg tak boleh diguna lagi.. mainan2 yg tak selalu di main.. aku sumbat dalam satu bekas besar.. tak dibenarkan utk di buka lagi... huhuhuu.. hanya satu bekas jerk yg boleh dibuka.. aku campurkan sekali mainan Fateh ngan Amiera..




Lolipop Perisa Tomato vs Mata Layu

Habis shopPINK kat c4.. kami JJCM..

Tak nak makan nasi.. makan KFC jerk tgh2 malam.. menambahkan kebuncitan perut masing2.. huhuuhuhu..

Dah lewat2 ni pun ramai gaks yg masih mencari makanan.. malam minggu lah katakan..

Sambil nunggu tu.. Fateh pekena lolipop.. kena beli sebab nak bagi dia duk diam2 kat kerusi..

Si kakak very the rajin prepare sos awal2 walhal papa masih beratur nak membeli..

Fateh ni pantang nampak sos.. dia ingat sos tomato.. suka amatlah hai.. jenuh kakak pi ambik untuk dia beberapa kali.. mula2 ambik sket2.. licin.. merengek nak lagi.. ambik lagi.. licin.. merengek lagi.. haaa... ko!! penuh satu bekas.. dah letih gamaknya berulang alik.. ingat akak ko tokei sos ke?? huuhuhuhu..

Yang paling best.. suka2 hati dia ja nak cecah lolipop ngan sos tu.. erkkkk... kalau aku tak lalu.. bila Fateh rasa lolipop ni menyusahkan dia.. dia bagi kat aku.. 'na nak'.. katanya.. pastu dengan senang hati dia ngadap satu bekas sos cili tu.. hishhh... tak elok byk2 makan.. dlm hati ni.. awatlah lambat sangat makanan sampai..

aaaaaaaaaalaaaaaaaaaaaaa... tomei.. tomei.. (ikut versi Boboi MLM) 



Jalan2 Malam Minggu

As salam.. morning semua.. sihat?? alhamdulillah... aku ngan family semuanya sihat alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di alam fana ni..

Malam minggu baru2 ni..

Tujuan asal ke C4 nak pi beli kerusi kecil untuk Amiera coz dia akan berkampung kat opis aku ni sepanjang cuti sekolah.. (setengah hari jerk.. petang2 dia kena gi sekolah agama laks..) di samping tu nak gaks beli bekas besar nak simpan mainan2 Amiera ngan Fateh yg bersepah2..

Sampai sana.. terus terjah apa yg patut.. cari punya cari tak jumpa2 yg berkenan di hati.. yg ada pun yg biasa2 jerk.. takde tmpt sandar di belakang.. nak tak nak beli lah jugaks.. ada 3 color.. OREN, BIRU DAN PUTIH.. so, uols rasalah kan.. warna apa pilihan di hati?? partition aku ni sempit.. tak bleh letak kerusi besar2.. nanti ganggu laluan.. orang marah lah pulaks kan.. susahnya lah nak jaga hati orang2 ni kan.. karang ada gak yg mengata.. 'tak bleh ke hantar anak ke taska?? tak de orang nak jaga ke??' eiiiiii... nak jugak aku sound balik.. 'ko nak bayar duit taska anak aku?? tak pun ko jerlah yg jaga bleh??'.. suka hati aku lah.. ada aku kesah ko bawak anak ke tak??




Jiwa ku sentap!!

Sentapkah aku??? memang aku sentap ok!!



Tak perlulah aku ceritakan peristiwa ni kat semua orang.. cukuplah aku yang melaluinya.. kerna akan ada makhluk2 yang busuk hati dengan kehidupan.. kebahagiaan aku sekarang.. masalah yang aku alami ni tak mustahil akan dialaminya juga satu hari nanti.. dan masa tu baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah!! dan yang paling penting puteri kesayanganku selamat..

Sekurang2nya semasa dalam keadaan kritikal.. ada insan yang sudi membantu dan menenangkan aku tika dan saat itu.. masih lagi terbayang2 peristiwa itu.. memang sesuatu yang diluar dugaan.. andai kata aku keseorangan menghadapi situasi tu.. mesti aku meraung keseorangan.. hanya Allah tempat aku mengadu.. kerana hanya Allah jerk yang tahu perasaan aku tika itu..

Apa pun terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk dan menyelamatkan puteri kesayanganku.. aminnn... terima kasih juga pada insan2 yang banyak membantu dan juga insan yang tidak dikenali yang turut membantu.. hanya Allah saja yang mampu membalasnya..

Tidak ada seorang ibu yang tidak akan menitiskan air mata kerana anak2.. sesungguhnya merekalah buah hati pengarang jantung yang 9 bulan dikandung dalam rahim seseorang ibu..




Char Kuey Teow

amacam?? terliuq??

petang2 ni pekena Char Kuey Teow mesti besh kan???

Bahan2 nak buat CKT ni aku tau.. cuma dari segi teknik tu aku kurang mahir.. so, baru2 ni opismate aku ada bagitau.. dia pernah tengok orang buat katanya.. barulah aku tau teknik serba sedikit..

Kebetulan pagi tu (Rabu lepas) Amiera call aku guna public phone kat sekolah.. suh aku masak kuey teow.. sebelum2 ni aku masak kuey teow goreng jerk.. meh nak cuba resepi baru..

So, untuk tidak menghampakan Amiera.. gigih aku cari mee kuey teow kat Alamanda..




Kes Ditutup!

Semalam... dok aku kalut2.. syibuk pulak orang DL ni calling2 aku... huhuhuhu... ingat tak n3 aku pasal susu rosak tu.. kalau tak sempat baca uols klik jerlah kat Older Posts ek.. hehehhee..

Dahlah satu hal jadi tmpt pertanyaan pasal jalan2 kat Putrajaya ni.. grrrrrrrrrrrrrrr... cino ni pun.. tanyalah orang2 kat sekitar.. itu pun mau aku gak yg explain..

Akhirnya sampai jugaks kat opis ni.. macamlah besar sangat Putrajaya ni.. pusing2 pun.. pasti akan jumpa gaks..

Sampai2 aku bawak ler botol susu DL yg dah rosak tu.. dengan takde plastiknya.. memang time tu kepala aku tengah serabut.. sib baik cino tu ada plastik kecik.. hehehehe.. pastu dia bagi aku seplastik dengan beberapa isi botol susu DL.. wahhh.. byknya kata aku.. takpelah kak.. ambiklah.. (dalam hati.. hmmmm mesti nak suh aku tutup mulut.. )... isi borang penerimaan.. borak2 sat ngan cino tu.. settle..

nak tau berapa ketul aku dapat??



Duit.. duit..

First of all.. i just wanna say sorry.. coz semalam.. sibuk yg amat..!! tak sempat nak update blog.. dengan peristiwa yang menyentap hati... huhuhuhu.. sob.. sob.. dengan panggilan2 yang tak putus2 aku terima since pagi... huhuuuuuuhuhu.. hangen pun ada!


Ok.. story hari ni pasal DUIT... thanks to PM atas bajet yang diperuntukkan RM100 seorang untuk pelajar2 sekolah dari Tahun 1 - Tingkatan 5..

pics from google..

Pagi2 lepas hantar Fateh.. aku ke sekolah dengan ditemani en hubby terchenta.. very supportive, caring & loving.. walaupun hanya sekadar collect duit jerk.. aku pun bleh pergi sorang2 sebenarnya.. tapi kan aku ni ngades jerk lelebih.. pedulik orang nak kata apa.. suka hati aku lah kan.. ada orang kesah ke?? huhuuhuhu... actually..  tapi ni kan first time kami.. anak sulong ke sekolah lah katakan.. memang kami tak miss bersama2 untuk apa2 aktiviti di sekolah.. nanti bila time en hubby aku sibuk sok.. memang susah aaa nak together-gether..




Pengorbanan Kakak

Semalam..

Semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5 perlu berpakaian kasual.. bukannya pakaian sekolah.. masing2 ranggi dan comel2 jerk.. gah ngan pakaian yg cantik2.. mula2 aku risau gak.. takut Amiera bagi salah info.. pagi2 tu dah usha dari tingkap tgk budak2 pergi sekolah.. kot2 ada yg berpakaian sekolah.. kang tak pasal2 jadi mcm dulu2.. jenuh tukar baju kat tengah2 jalan.. huhuhuhu.. tapi Amiera confident.. aku ok jerk.. jangan nanti kena patah balik rumah tukar baju sudah!! mau membebel panjang aku..

Turun lif nampak budak2 berpakaian sekolah termengah2 lari.. aku tanya diorang samada kena berpakaian sekolah or baju biasa.. budak2 tu kata berpakaian biasa.. agaknya diorang balik rumah nak tukar bajulah tu.. alhamdulillah takdelah kami nak kena patah balik..

Apa aktiviti diorang aku tak tau lah.. tunggu jerk cerita Amiera belah petangnya nanti...


Pulang dari sekolah...




Wordless Wednesday : Siti Rama-Rama

pics from google..
Dialog di Subuh hening.. Amiera bangun tidur..

Sherina kata mama dia dah tukar nama dia.. dah bayar RM5000 kat polis.. kena panggil dia 'Siti Rama-Rama'.. sapa panggil Sherina kena tangkap..


Hari Tanpa Astro

Since Sabtu lepas.. kami tak bleh tengok siaran Astro.. mati2 ingatkan Fateh dah rosakkan kad.. dari pagi Amiera tukar Channel kartun.. langsung tak berubah.. 'Service Currently Not Available'.. mulanya aku tak perasan.. bila aku tekan ON kat remote.. pun sama.. aku check kad Astro dah keluar sket.. aku masukkan semula.. tapi still tak ok.. mungkin hujan kot (kebetulan hujan kat luar... ).. so, aku biarkan..

Bila en hubby pulang dari main bowling... dia check.. pun sama.. masalah serupa.. orang yg paling bosan takde Astro adalah en hubby dan Amiera.. last2 petangnya.. en hubby kuar pi cari antena.. kebetulan dia kuar.. ada gak suara2 bercerita.. rupa2nya satu bangunan takde.. caitttt.. wat penat jerk en hubby check sana sini..

Menjelang petang... tatkala Fateh try sepakan maut dia.. terus bola melantun ke bawah.. nak tak nak aku pi turun ambik.. ngam2 jerk bola tu duk kat tengah2 jalan kat parking bawah... huhuhuu.. sib baik aku sempat.. kalau tak memang hancur lebur bola tu kena langgar.. masa nak naik nampak satu informasi.. pihak Maintenance sedang buat penyelenggaraan sehingga Isnin.. lorrr... tak dapatlah aku nak tengok AIM dan MasterChef... huhuhuhuuu.. tensionnya..

Bila pasang Internal Antena tu.. alahai.. siaran apa jerk yg ada.. pastu malu2 kucing jerk.. bunyi bzzzzzzz.. macam bunyi tebuan jerk lebih.. jenuhlah nak jadi model TV tak berbayar.. cari posisi menarik untuk dapat siaran cantik.. huuuhuhu..

Dan semalam.. siaran Astro masih tak dapat.. apa ke halnya lagi weiiiii.. lama sangat baikinya.. ker dah terbakar... dah banyak hari aku tak tengok MasterChef ni.. tak syiok lah tengok sinopsis jerk..

Hope hari ni dah ada siaran.. tapi kan..  bila takde siaran best gaks.. takdelah Amiera melekat jerk kat sofa ngadap TV.. mata tak berkelip2 tengok kartun.. kalau dipanggil jangan harap dia nak dengar... kena jerit baru dia paling muka.. huhuhuu...


Kasi Licin..



Pak Pandir vs Ekspo

Di satu lokasi.. (ada satu papan iklan seperti kat bawah ni)


Pak Pandir (watak utama dalam cerita ni..) sedang mendongak (sambil tangan cekak pinggang yg dah uzur.. huhuhu.. tersenyum simpul sorang2.. ala2 malu2 kucing gitu..)... Pak Pandir cakap sorang2.. 'uiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. bolatnya... '



N3 Geram..

Permulaan bicara...

Dalam bahasa kasarnya.. bongok!
Dalam bahasa halusnya.. buduh! (tak leh cakap bodoh nanti kasar jadinya..)
Dalam bahasa n9.. bongap!
Dalam bahasa indahnya.. tak pandai!
Dalam bahasa puitisnya.. tak sekolah ke!

Ok.. boleh diterima?? tak boleh?? fedulik! suka suki aku lah nak tulis apa.. ada ku kesah! huhuhu..

Back to the story..

Ni kes semalam.. nak aku marah depan2.. tak pasal2 aku kena tendang kuar.. huhuhu.. so, baik aku dok dendiam sudah!! dalam hati dah terbakar2 ni..

Nak tau sapa punya angkara??




Duhai Hati

A simple poetry.. lama dah aku tak berpuisi2 ni..

Duhai Hati..
Tidakkah kau mengerti..
Kedukaan yang mewarnai pelangi..

Duhai Hati..
Tidakkah kau mengerti..
Keperitan yang dilalui..

Duhai Hati..
Tidakkah kau mengerti..
Luruh kesabaran ini..

Duhai Hati..
Tidakkah kau mengerti..
Amarah menguasai..

Duhai Hati..
Tidakkah kau mengerti..
Permata yang dimiliki..

Duhai Hati..
Bilakah kau akan mengerti..


Salam Seindah Puisi..
Arina Melissa Idayu ~ 15 November 2011


PINK Freezer ku..

Actually dah lama aku beli.. sebelum tarikh tutup kat katalog tu.. rasanya dah berminggu2.. tapi masih berbungkus2 dalam plastik.. nan ado maso nak merasmikannya.. asyik sibuk memanjang.. aku nak ngemas2 ni makan masa.. suka ambik masa cuti jerk.. baru syiok.. tak kelam kabut.. masalahnya pulaks.. cuti2 asyik nan ado jerk kat rumah.. sibuk lagi.. that's why masih terkepuk dalam plastik bag.. huhuuhu..

So, kan aku jadi Tarzan pada Amiera sabtu lepas.. so, malamnya barulah aku berkesempatan nak jengah bungkusan tu..

Barulah terhegeh2 nak bukak plastik dan cuci mencuci.. sweet siot color dia.. i LIKE..

Barulah semangat nak masak kan.. buka2 jerk kat area freezer tu.. PINK mata hitam ku.. terus kobar2 nak masak ala2 romantik.. tak gitu?? baru ada umphhh!!

so sweet..

Hat yg lama aku dah bagi kat mak aku.. buat apa nak simpan banyak2 kan.. baik bagi kat keluarga aku.. ada gak pekdahnya..


RM50 Gift Voucher from Mommy Lily

Hari ni aku dapat invitation dari Mommy Lily untuk masuk giveaway tajaan beliau..

Memandangkan syarat2nya mudah.. meh aku nak cuba nasib. .walaupun aku tahu aku memang susah nak menang apa2 contest.. tapi manalah tau kan.. Mommy Lily dengan baik hati nak bagi kat aku... huhuhuhu.. tetiba..

Hadiahnya berupa Voucher RM50 untuk mana2 pembelian di kedai beliau iaitu Princess Lily Closet


Cara-caranya
1) Follow blog ini - dah follow lama dah..

2) Buat satu entri dalam blog u all dengan subject RM50 Gift Voucher from Mommy Lily - tgh karang lah ni..

3) Dalam entri anda sila letak (a) gambar voucher di atas dan (b) link blog ini. - dah LINK sekali ngan blog Princess Lily Closet

4) Tak perlu jawab apa-apa soalan cuma bolehlah buat sepatah dua kata dalam entry untuk menyokong kemenangan. - dah karang ayat sempoi2 jerk kat atas.. huhuhuhu..

5) Lepas tu letak link entry tu dalam komen box kat sini. - abis aku publish n3 ni jap lagi.. dengan sepantas kilat aku post link n3 aku kat komen box Mommy Lily..

6) Oleh kerana tiada peraduan menjawab soalan atau apa-apa maka mami akan mencabut undi untuk mencari pemenang. Undi akan dibuat secara adil dan saksama. Makanya lagi siapa bertuah akan mendapat voucher tersebut lah. Mana tahu rezeki u all. - huhuhuu.. plssssssssssssssss... tangan sapalah yg nak mencabut undi tu ya??

Kalau uols berminat nak join.. silalah ke blog Mommy Lily untuk maklumat lanjut.. tarikh tutup 30 November ni.. kalau tak nak join pun takpe.. besar chances nama aku dicabut... hiks.. uols juga bleh shopPINK online kat kedai beliau yg very the cute mute.. Princess Lily Closet

Anyway.. selamat mencuba dan best of luck untuk contestant yg lain..


UPDATE : Susu Rosak

Baru sat tadi.. aku dapat panggilan dari wakil syarikat pengeluar Dutch Lady.. female chinese yang call..

Dia mintak maklumat untuk buka fail aduan aku..jenuh aku nak baca alamat utk dia.. yerlah kan.. kalau aku sebut B dia ingat D.. so, korang jangan lupa sebut sekali ngan nama2 negara or negeri..

Antara maklumat yg diorang mintak.. so uols bleh standby kalau uols nak buat report jugak lain-kali..

1. Maklumat Peribadi
  • Full name
  • Alamat
  • No phone kedua
2. Maklumat produk susu




Resepi Minggu Ini : Gulai Tempoyak Udang Petai

Resepi ni khusus untuk penggemar2 TEMPOYAK dan PETAI.. dan yg bukan peminat pun bleh cuba untuk mempelbagaikan masakan anda..

Aku rasa resepi ni pun dah ramai yg tau.. tapi resepi ni aku tak cilok kat mana2 sebab resepi ni turun temurun dari mak aku ok!! kalau yg sama tu maybe secara kebetulan..

Gulai Tempoyak Udang Petai.. 



AMARAN : Susu Rosak!!

Beware of this product!! Dutch Lady Full Cream Milk..

Aku dah terkena ok!!

Untuk pengetahuan semua.. aku adalah pelanggan tetap produk susu keluaran Dutch Lady.. dari yang jenis minuman berkotak, berbotol, yogurt, pernah beli susu tepung formula.. pernah join peraduan walaupun tak menang.. huhuuhuhu... aku suka ngan rasa dia.. sesuai utk anak2 aku.. sebelum ni memang takde masalah.. semua ok! memang sedap... tapi..




Tersingkir..

Siri Ustazah Pilihan semalam..

Tinggal 6 orang Ustazah.. tugasan minggu ni ke rumah anak2 yatim bertemakan Pengorbanan.. menemubual dan mendalami isi hati anak2 yatim.. aku tak tengok sangat sebab dok berblogwalking tengah2 malam.. Fateh pun dah tidur awal.. cian dia.. bila adegan2 sedih tu cepat2 aku ngadap PC.. huhuhuhu sedih aaa tengok anak2 yatim ni..

Aku tengok saat2 kemuncak penyingkiran.. kali ni tiada nama disebut untuk berada di raudhah.. sebab 6 orang jerk kan..

Mula2 Mudhirah announce Ustazah terbaik mingguan.. jatuh kepada Ustazah Fira.. syabas..


Then.. Ustazah yang terpaksa meninggalkan raudhah ialah Ustazah Nina.. apa pun buat Ustazah Nina.. walaupun tiada rezeki di rancangan ni.. tapi dakwah tetap di mana2.. semoga sukses dalam karier..


Kini tinggal 5 orang Ustazah yg akan meneruskan perjuangan.. antaranya.. Ustazah Firuz, Fira, Hidayah, Fatimah dan Siti  (kalau tak silap aku.. )


Again.. sabar jerlah..

Semalam..

Macam biasa ambik Fateh.. bunyi loceng dulu.. bila cikgu bukak pintu nampak kelibat Fateh kat belakang dia.. kebetulan.. cikgu tu yg selalu prepare beg Fateh.. macam tau2 jerk aku nak sampai..

Bila Fateh terpa kat aku.. dia senyap jerk.. takde senyum2.. mula2 aku tak perasan.. cikgu dia yg bagitau.. masa main2 ngan kawan2, dia terhantuk kat dinding.. giler bengkak ko!! tempat yang sama laks tu.. aduiiiii.. bengkak yg aritu pun masih ada kesannya.. cikgu kata dah letak minyak gamat.. aku tergamam.. tak tau nak kata apa.. takkan nak marah cikgu tu.. aku bukannya suka suki nak marah orang.. cikgu tu pun baik.. lagipun memang aku tau Fateh ni memang ligat.. kalau kat rumah pun aku dah terjerit terlolong macam tarzan.. tu baru sorang dua anak.. apatah lagi cikgu2 tu.. dengan ramai kanak2.. huuhuhu..

dulu lebam jerk.. ni ngan merah2 sekali..



Peristiwa 11.11.11

Seperti yang aku ceritakan semalam..

Pagi ni aku ke sekolah Amiera.. nak jumpa cikgu untuk tengok status pembelajaran Amiera..

Kami sampai dalam pukul 8.15.. sanggup tak breakfast sebab nak cepat.. nanti kalau parents dah ramai kena tunggu lama.. sampai2 jerk.. dah ada 3 orang parents yg nunggu.. cisss..ingatkan kami yg terawal.. huhuhuhu... tunggu punya tunggu.. takde jugak cikgunya.. last2 sampai Ustazah.. aittt.. kenapa Ustazah yang masuk.. kenapa guru kelas Amiera tak masuk.. mungkin Ustazah ganti kot.. tapi kena tunggu lagi.. rupa2nya guru kelas tak sampai sekolah.. ada hal lain lah tu.. lorrr.. tunggu punya tunggu.. ramai parents dah ngeluh sebab lama sangat... akhirnya yg ditunggu sampai jua... perut aku dah pedih ni..

Sambil menunggu giliran (aku yg ke-4.. sebab kasi can kat sorang kakak ni coz dia nak pi out-station).. parent yg sorang lagi patutnya dulu tapi orang lelaki ni kan suka ngalah.. hehhehe.. aku tengok ramai kawan2 Amiera bermain2.. tapi Amiera dan beberapa orang budak lain.. duk diam2 kat tempat masing2.. Amiera fokus ngan buku Muzik yang dibawanya.. Amiera lebih suka buat keje sendiri.. sebab tu aku selalu dengar dia komplen kata kawan2 sekolah suka buat bising.. pening kepala dia..




Aku tumpang gembira..

Baru jerk aku cerita pasal kawan2 sekolah lama.. ntah macam mana.. malam ni aku dok blogwalking kat blog Mama.. tgk senarai Bloglist.. punyalah banyak.. tetiba aku berhenti kat satu blog ni.. nama very familiar.. bila aku klik kat blog tu... lorrrrr... kawan masa sekolah menengah weiiii.. cam tak caya jerk.. bangga siot..

Kan aku dah kata dalam n3 sebelum ni.. kawan2 aku byk yang berjaya dalam karier masing2.. nahhh.. terbukti sudah..  dah ada 2 koleksi buku masakan diterbitkan di pasaran.. dia ni lecturer Culinary kat Uitm..

ni buku ke-2 beliau.. kalau korang nak kenal dia.. blehlah klik kat SINI
 



Memori Siri 1

Bila dok berstory pasal kawan2 lama.. aku teringat gambar2 lama yg kebetulan ada dalam simpanan.. tak byk pun.. aku snap tapi kualiti agak kureng sebab nama pun gambar lama.. agak2 lah kan tetiba ko nak kualiti gambar sehebat kualiti DLSR.. dulu pakai film.. jenuh nak pi kedai cuci kalau nak tengok.. lanni canggih manggih dah...on the spot dah leh tengok.. huhuhu..

So, layan jerlah yerk...

 masa ni aku Form 5.. aku dah tak ingat tgh dok baca apa.. tapi yg pasti time ni kat bilik agama..



Debor..

Semalam.. Amiera tunjuk surat kat aku.. esok ada perjumpaan ngan guru2 kelas.. huhuuhu..

Camnalah agaknya perkembangan Amiera.. mesti berdesing telinga aku dengar cikgu bagi komen...

Kalau keputusan kurang memberangsangkan.. tindakan drastik perlu dilakukan.. kalau nampak peningkatan alhamdulillah.. tapi masih perlu pemantauan untuk terus konsisten dan lebih cemerlang..


Risau dan berdebar utk hari esok..


X-Skoolmet?

Baru2 ni kawan sekolah rendah dan sekolah menengah dulu.. create group kat fb utk kumpulkan kawan2 lama..

Setakat ni takdelah ramai ahlinya.. tapi bolehlah nak tengok perkembangan terkini kawan2 dulu walaupun tak rapat ngan aku.. ada gak yg sekelas.. ada gak kenal2 cam tu jerk.. nak2 pulak aku ni bukannya ratu sekolah ke kan.. aku low profile.. takde sapa yg kenal aku.. tapi kalau abang aku diorang kenal.. beza setahun jerk ngan aku.. sebutlah nama abang aku tu.. confirm ramai kenal.. tapi bila sebut nama aku.. huhuhu.. takde makna orang nak kenal.. tapi cuba sebut adik si 'a???'.. barulah diorang kenal.. hehehhe.. sian aku kan...

Bila tengok perkembangan kawan2 ni kan.. semuanya berjaya dalam karier masing2... bangga ngan diorang.. tapi aku masih ngan low profile aku.. tak berani nak proposed diri kat fb.. cukuplah aku ngan dunia blog.. mungkin dunia blog lebih serasi ngan jiwa aku yg agak pendiam.. mudah untuk aku melafazkan dan menggarapkan sesuatu dengan penulisan..

Tak semua kawan2 aku tau aku ada blog... sebab sekarang ni kan famous ngan fb.. 




MasterChef @ Putrajaya

Wuhuuuuuu.. tengok tak MasterChef minggu ni...

Aku cuma dapat tengok beberapa episod jerk minggu ni.. meh nak story sket pasal each episode.. utk detail info dan resepi2 leh pi kat website MasterChef Malaysia.. kredit to MasterChef Malaysia utk gambar2 di bawah..

Sebelum tu.. korang ada try resepi peserta2 MasterChef especially yg pernah mendapat pujian Chef?? aku belum lagi.. aku nak cadangkan kat Astro supaya terbitkan buku Resepi Masakan Peserta MasterChef untuk rujukan.. InsyAllah aku akan beli.. ni kes malas nak print out resepi..

Episode 13:


Nasi Setia Kasih.. berjaya menambat hati juri..



Lelong.. lelong.. lelong..

Dengan murah hatinya aku nak bagi kat sapa2 yang kebetulan nak beli emas putih or platinum untuk diri sendiri or dihadiahkan kepada insan tersayang..

Voucher Tomei RM100.. valid until 30 November 2011..


Sapa2 yang berminat bleh contact aku through email ya.. tapi syaratnya kena datang ambik kat aku ya.. no posto-posto..

UPDATE : Booked by my opismate..


Kenangan Raya

Dah 3 bulan berlalu.. kenangan tu tetap ada..

Ingat tak n3 pasal hari raya aidilfitri yang kami beramai2 sekeluarga bergambar di studio.. aku sefamily pun ambik kesempatan bergambar.. tak sampai 2 minggu gambar dah siap.. tapi tak berkesempatan nak balik Ipoh semata2 nak pi balik ambik gambar.. kos tinggi maaaa...

Kebetulan balik raya haji ni.. sampai2 jerk rumah mertua.. molek jerk aku nengok frame tu tergantung depan ruang tamu.. hehhehehe... malu sih..




Ole2 CH..

Citer dah habis.. meh nak tunjuk laks apa yg aku beli dengan bajet yg ciput.. hehehhehe..

utk anak dara.. 



CuTi @ Cameron Highland Day 2


Hari ke-2..

Oh ya.. for ur info.. aku just stay semalam jerk kat sini.. mana bleh lama2.. cuti tinggal sket jerk.. lagipun en hubby ada urusan sket petangnya.. semalam kat sini pun aku rasa dah beku yg amat.. huh.. camnalah penduduk tetap kat situ.. tak sejuk ke??

Tgh nak packing barang.. bleh Amiera request kat aku bihun semalam.. agak2lah.. mana ada pasar malam pagi2 cenggini.. sabor jerlah..

Lepas kemas barang2.. kami sarapan dulu.. sampai kat cafe.. korang just duk kat meja yg diorang dah sediakan.. lomantik lorr.. duk tepi tingkap sambil menikmati keindahan pagi di CH..

Ada 2 menu yg perlu dipilih samada American Set or Local Set.. kami pilih dua2 set.. 

coffee pls.......




CuTi @ Cameron Highland Day 1

Waktu menulis n3 ni.. aku agak kurang sihat.. tekak aku sakit sket.. asyik batuk2.. ni sebab aku makan strawberi lah ni.. huhuhuu.. ni yg buat aku malas yg amat nak makan buah2an.. bila dah makan ada jerk sakit sana sini..

2 tahun dah berlalu.. rasa macam masih baru jer pergi.. masa tu kami bertiga.. dan kali ni kami ber-4.. nak baca n3 dulu leh klik sini ya..

Kami gerak dari Ipoh lebih kurang kul 12.30.. agak lambat sket sebab aku sakit peyut ooooo... mungkin makan tak hengat.. tak pantang.. kes makan ketupat daun palas.. baru makan seketul jerk.. sedap memanglah sedap.. tapi azabnya.. angin kus2..

Ikut Simpang Pulai.. sebelum tu singgah stesyen minyak cari obat Pil Chi Kit Teck Aun.. baru kurang sakitnya.. huhuhu.. takut oooo.. tetiba tengah2 jalan terCrrrrrr... mampoih..

pics dari google. 




Laksa Tapah

As salam..

Banyak nak cerita ni.. letih laks rasanya edit gambar.. huh..

Kita story-mory cket2 dulu lah yerk..

Masa on the way back to Ipoh last Saturday.. jalan jem siot kat highway laks tu.. dah start jem kat Slim River.. daripada bayar tol mahal2 tapi jalan jem tak hengat.. baik ikut jalan lama .. alhamdulillah.. jalan lama tak jem pon.. lajus jerk bergerak..

Pastu kami singgah makan sat kat Tapah.. first time singgah.. dolu2 selalu gak lalu.. tapi lalu jer lah tak nyinggah pun..
teringat zaman kanak2.. kalau time hujan.. air sungai mendadak naik pastu bertukar color macam teh susu..  



Wordless Wednesday : I'm back..

mmmm...


Salam AidilAdha

N3 terakhir buat hari ni.. aku nak wish kat semua sanak sedara, teman-teman seperjuangan, sahabat handai, kenalan2 walau di mana sahaja berada, blogger2, silent reader, mak abah / mertua di kampung, adik beradik, ipar duai, en hubby nan sorang dan terutama sekali khusus untuk semua tetamu Allah yang menjalankan ibadah Haji.. semoga ibadah haji yang dilaksanakan mendapat keberkatan dari-Nya dan selamat pulang ke tanahair dengan selamat..

Untuk kita di sini.. walaupun kebanyakan tidak merasai suasana hari raya Aidiladha.. tetapi semangat nak pulang ke kampung tetap ada.. cuti kan 3 hari.. ada gak yg ambik cuti lebih (aku ler tu.. alah sehari jerk pun).. apa pun selamat bercuti, selamat pulang dan selamat kembali.. berhati2 di jalan raya..


pics dari 14sept.blogspot.com

Ni pantun 2 kerat sempena aidil adha ni.. hehhehe..

Pagi Adha makan rendang..
Esok pagi makan angin..

Yahoooo...


Ma' assalaamah ya Ustazah..

Ustazah Aqidah

Ustazah Yanti

pics dari Astro..

 2 orang ustazah tersingkir pada minggu ni.. huhuhuhhu.. sedih..



Hangen pagi2..

Bangun cam biasa.. mesti aku kalut kalau jam dah tunjuk kul 7.20... takut Amiera lewat ke sekolah..

Kuar rumah tgk hujan masih renyai2.. nak tak nak kena hantar Fateh naik kereta.. payung takde.. so, kalut aku dukung Fateh naik atas balik nak ambik payung.. Amiera tunggu kat bawah jaga hbeg aku.. sampai atas berselisih ngan Ustazah aka jiran rumah.. alamak.. dah risau.. means kalau Ustazah dah kuar tu dah kira lambat nak ke sekolah..

Then.. yg buat aku rasa bodoh diri sendiri.. aku naik tanpa kunci.. payung terselit antara grill dan pintu.. camna nak kuar.. grrrrrrrrrrrrrr.... geramnya.. dah lah penat dukung Fateh.. dalam lif nak turun aku terfikir.. buat perlah aku susah2 naik.. tunggu jelah en hubby ambik kereta.. dalam kereta kan ada payung... huhuuhuhuu.. dush..dush.. kat diri sendiri.. aku jadi blur.. cheh!!

Turun2 jer lif.. en hubby cakap.. ustazah bagitau hari ni dah start cuti raya.. siap tanya en hubby tak dapat surat ke... lorrrrrrrrr... kalau korang geram tak?? penat2 siap pagi2 nak make sure anak tak lewat ke sekolah.. sampai kalut2 sebab hujan.. tau2 rupa2nya cuti.. memang hangen jerk aku dibuatnya..

Aku tanya Amiera.. kenapa tak bagitau aku yg hari ni cuti.. boleh Amiera balas apa.. "tau dah... Rabu baru sekolah balik"... selamba ko dia cakap.. langsung takde rasa bersalah ke apa.. eiiiiii... geramnya... katanya lagi.. tak dapat surat.. dia cuma kata Tahun 3 jerk.. adoiiiiii.. fenin lah aku...

Ada tak kaedah terbaik untuk pihak sekolah mewar2kan sebarang aktiviti dan cuti2 khusus untuk Tahun 1 dan Tahun 2.. yerlah kan.. diorang ni bukannya fokus sangat bila ada perhimpunan ke atau apa sahaja makluman yg cikgu umumkan.. en hubby suggest guna SMS.. bagus juga.. boleh request masa nak buat pendaftaran.. setakat rm10 rasanya tak de masalah khusus untuk perkhidmatan SMS..


Confirmed!

lalalala.. jom cuti2..


Wordless Friday..

Ehem.. ehem..

already booked!! lalallalalalalala..


Aku tertarik..

Sedang aku baca info2 dalam forum.. terbaca info Elaun Keraian ni.. agak jeles aku dibuatnya.. huhuhuuhuu.. tak semena2 aku pi google makna Elaun Keraian ni..  jumpa satu blog membicarakan isu ni.. best gak di share untuk tatapan semua.. yg baik dijadikan panduan.. yg tak baik tu dijadikan sempadan..

Persoalan aku pulaks.. kerajaan sedang mengamalkan konsep berjimat cermat.. sampaikan nak buat sistem pun kena buat sendiri tau.. huhuhuu.. bagi elaun tu kat kami lagi bagus.. kalau suh vendor buat habis ratus2 ribu gaks.. makan minum semasa meeting pun dah cut-off.. jimat katanya.. so, dah takde vendor2 ni.. makan minum meeting pun dikurangkan.. so, perlukah diwujudkan lagi Elaun Keraian.. bos ramai.. tapi susahnya lah nak merasa elaun keraian yg diorang dapat tu.. aku rasa ada baiknya hanya certain2 skim yang layak sahaja patut dapat..

Ni aku copy paste dari blog http://bisnesbaekpunyer.blogspot.com




Sayonara Azizah

N3 MasterChef kembali lagi... hehehhehehe.. seronok pulaks jadi pakar ulas rancangan realiti TV ni..

Rentetan Episod 9 - 11.. pics from MasterChef Malaysia..nak tengok lain2 gambar pi kat website MasterChef ya..


Episod 9 aku tak dapat tengok sebab aku pi rumah hantar langsir.. episod kali ni adalah cabaran Felix untuk bersaing dengan Chef Jaffery Othman.. juri kena tutup mata masa nak rasa masakan Felix dan Chef Jaffery..  yerlah kan kang tak adil pulaks kalau diorang nampak masakan Chef Jaffery.. menu yg diorang kena masak ialah Ikan Salmon Mediterranean.. keputusan Felix tewas beberapa markah sajork.. huhuhuhu.. so, Felix tak dapat pin kebal.. hehhehehhe.. cian dia..




Dadar Gulung Tenggiri vs Petai Seafood

Tak habis2 kan ngan resepi.. hehhehe.. dah takde idea nak update sebenarnya... huhuhuuhu..

Tengok tajuk n3.. tu nama resepi aku kali ni.. cheh.. nak jadik MasterChef Malaysia kompom tak layak.. jadik MasterChef rumah pun jadiklah... huhuhuhu..

Ni menu malam semalam ok..

Menu 1: Dadar Gulung Tenggiri




Pizza Roti Jalapeno

Asyik2 Jalapeno... hehhehehehe.. selagi stok masih ada.. dan selagi ada resepi yang boleh dicampur ngan Jalapeno.. aku akan wat n3 pasal resepi2 ni ya.. jangan bosan ek.. layannnnnnnnnnnn....

Actually.. semalam... balik keje kan hujan jerk.. bila dah sampai awal.. blehlah aku prepare untuk juadah minum petang.. lagipun kalau takde urusan ke mana2.. biasanya aku akan buat minum petang.. takde makanan dapat air panas pun jadiklah..

So, otak berfikir nak masak apa utk minum petang.. nampak roti.. dah nak expired.. tetiba datang idea.. resepi2 aku pernah baca kat blog Izan dan Dela.. tapi bahan2 untuk buat tu takde lah pulaks.. camna ek.. hmmm.. kita wat cara lain.. ikut stok yg ada..

Bahan yang aku gunakan.. pics dari google..:-




SOLD OUT!!

Ingat tak story semalam pasal sekolah Amiera ada wat jualan2..

Balik sekolah terus Amiera menerpa kat aku.. macam2 yang dia cerita.. pastu dia tunjuk duit RM1 ada 5 keping.. soft toys yang dijual semuanya sold out.. mana tak lakunya.. soft toys tu harganya cuma antara 70 sen - 80 sen sajork.. memang lah laku we heii...

Kata Amiera.. kakak2 yang beli.. ada jugak cikgu yang nak beli (aiitttt... cikgu pun nak ambik kesempatan beli soft toy yang murah.. tak aci.. tak aci.. hehhehe..).. tapi malangnya Amiera takde duit kecik nak dipulangkan sebab cikgu tu bagi dia RM10.. mana aku tau cikgu nak beli.. aku ingatkan just budak2 sekolah jerk jual-beli.. that's why aku sediakan duit syiling sebagai duit pulangan.. hehehhe.. memang bukan rezeki cikgu tu nak bagi kat anak dia.. hehhehehe... last2 cikgu tu pergi kat gerai budak2 lain..

Katanya lagi.. ada kawan2 dia jual gula2.. Amiera pun beli.. 10 sen jerk katanya.. ada yang jual mainan.. makanan2.. dan macam2 lagi..

Pastu Amiera beli beg tangan color PINK (pandai juga dia memilih)..




Resepi Dim Sum

Tgh2 aku dok nak delete email2 lama.. tetiba ada satu email from my opismate pasal resepi Dim Sum.. hah.. memang kebetulan.. cam tau2 jerk aku makan Dim Sum.. hehehhe.. tgk resepi senang sangat2 nak buatnya.. tapi alahai.. malasnya aku.. korang2 cubalah..

aku tak tau dari majalah mana yg dia ambik.. so, kredit to majalah berkenaan..


Jual Menjual

Hari ni sekolah kebangsaan Amiera ada aktiviti jualan2... so, semua murid dikehendaki bawa apa sahaja yang boleh di buat jualan dengan syarat barang2 yang dijual hanya bernilai di bawah RM1...

Bagus jugak idea cikgu2 ni.. nak bagi budak2 mudah faham tentang duit.. esp Amiera.. memang dia susah nak faham.. aku pun dah tak tau nak ajar camna.. bila aku ajar sket.. Amiera cepat mengeluh.. macam2 alasan.. tak tau lah.. itu lah ini lah.. last2 aku fedup nak ngajar dia..

So, semalam.. aku suh Amiera cari mainan2 kecik2.. dan semuanya soft toys.. ada teddy bear dan anak patung.. jumpalah dalam 6 soft toys..  lepas settle urusan rumah sket.. aku pi tolong dia tulis harga jualan kat kertas dan lekatkan pada soft toys.. gambar tak sempat aku nak snap sebab aku dah letih yg amat..

pic from google..

Pastu aku ajar dia sket.. berapa nilai duit yang perlu dipulangkan kalau ada orang yang nak beli.. pening dia.. hahhahahha...

Pagi tadi aku hulur sedikit duit untuk dia membeli hasil jualan kawan2.. aku nak tengok apa yg dibelinya..

Hmm.. tak sabar aku nak dengar ngomelan dia petang karang.. ada jerk ceritanya nanti.. samada aku kena marah atau dia yang akan kena marah... huhuuuu.. seronok gak gaduh2 mulut ngan anak2 ni.. ada jerk yg tak puas hatinya.. yg buat aku lagi terharu.. apa2 sahaja cerita or aktiviti di sekolah.. dia mesti nak cerita kat aku dulu.. huuhhuu.. adakah aku pendengar yang baik.. hiks.. maybe..


Dim Sum

Korang pernah makan tak Dim Sum?? mesti uols selalu makan kan.. aku jerk yg takut2 nak mencuba chinese food ni..

Aku first time ok nak merasa Dim Sum ni.. tu pun kebetulan pergi pasar malam.. ada nampak gerai yg jual.. orang Melayu yang jual.. ramai gak yg beratur.. so, teringin gaks nak rasa..

Ada set 3 ketul RM 3 dan 6 ketul RM5 (kalau tak silap aku).. tapi aku ambik satu bakul.. means ada 6  ketul RM 5.. tomey2 jerk Dim Sum nya.. 




Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (112) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty