Semalam..
Macam biasa ambik Fateh.. bunyi loceng dulu.. bila cikgu bukak pintu nampak kelibat Fateh kat belakang dia.. kebetulan.. cikgu tu yg selalu prepare beg Fateh.. macam tau2 jerk aku nak sampai..
Bila Fateh terpa kat aku.. dia senyap jerk.. takde senyum2.. mula2 aku tak perasan.. cikgu dia yg bagitau.. masa main2 ngan kawan2, dia terhantuk kat dinding.. giler bengkak ko!! tempat yang sama laks tu.. aduiiiii.. bengkak yg aritu pun masih ada kesannya.. cikgu kata dah letak minyak gamat.. aku tergamam.. tak tau nak kata apa.. takkan nak marah cikgu tu.. aku bukannya suka suki nak marah orang.. cikgu tu pun baik.. lagipun memang aku tau Fateh ni memang ligat.. kalau kat rumah pun aku dah terjerit terlolong macam tarzan.. tu baru sorang dua anak.. apatah lagi cikgu2 tu.. dengan ramai kanak2.. huuhuhu..
dulu lebam jerk.. ni ngan merah2 sekali..
lebam dia agak besar compare ngan sebelum ni kecil sket dan tertonjol keluar.. mesti sakit yg amat masa terhantuk tu..
kat belah kanan pun ada bengkak sket pastu ada kesan2 merah kat beberapa tempat di kepala.. risau laaa...
Walaupun aku sedih.. tapi aku puas hati.. at least ada cikgu yg bagitau compare ngan sebelum ni.. nak tak nak kena redha jerlah.. memandangkan bengkak di tempat yg sama.. aku suggest kat en hubby untuk ke klinik.. takut effect lain.. sambil nunggu en hubby balik ngan Amiera.. aku rehat2 kat taman berhampiran.. tak semena2.. aku baru perasan.. bukan sahaja di tempat yg sama.. ada juga kesan2 merah dan bengkak kat tempat yg lain.. lagi haru.. risau gak kan..
Bawak ke klinik AnNur.. muda Dr nya.. comel jerk.. bila terang kat Dr.. Dr suh check kat tempat2 lain.. kot2 ada kesan2 lebam lain yang menjurus ke arah penderaan.. so far takde pape.. lebih kepada bengkak di kepala.. Dr jugak tanya respons Fateh macam mana.. aktif ke tidak.. then Dr jelaskan kat kami.. kalau kes2 macam ni.. parents kena make sure 4 perkara ni:-
- Tindak balas anak2 semasa terhantuk.. pengsan atau tidak.. kalau pengsan cepat2 bawa ke Hospital.. tang ni aku lupa lah pulak nanya cikgu nya.. next time aku kena ingat!!
- Kalau tak pengsan tengok reaksi dia dalam tempoh 24 jam.. lembik atau tidak.. kalau lembik better pi Hospital..
- Penglihatan anak kabur atau sebaliknya.. bahaya kalau kabur.. takut effect pada saraf mata.. masalahnya.. Fateh bukannya reti cakap lagi... huhuhu..
Solution Dr.. mungkin hentakan hanya melibatkan tisu2 di luar... sebab tu nampak kesan2 lebam dan merah.. tidak sampai ke bahagian dalam lagi.. Dr just bagi ubat kurangkan bengkak dan tahan sakit..
Aku harap Fateh takde apa2.. balik rumah lepas makan.. aku kasi dia ubat.. pastu dia buat perangai nanges2.. aku dah risau.. bagi susu terus tidur.. risau beb.. takut dia lemah kan..
So far pagi tadi dia bangun alhamdulillah.. ceria.. hope hari ni takde masalah apa2.. tlg doa2kan yerk..
Nilah bahayanya bila kita tinggalkan anak2 bukan di bawah jagaan kita sendiri.. terpaksa menerima hakikat akan musibah2 yg bakal menimpa anak2.. hanya doa yang dpt kita iringi.. semoga Allah sentiasa memelihara.. melindungi anak2 kita dari sebarang musibah, malapetaka dan penyakit2 yang tidak di ingini.. aminn.. aminn..aminn.. ya rabbal alaminnn...
Update : Google petua nak surutkan bengkak.. jumpa blog
http://petua-untuk-anda.blogspot.com.. balik ni nak trylah.. walaupun dah agak lambat.. tapi nak cuba gaklah..
Comments
alhamdulillah.. lanni dah kurang sket bengkaknya..