Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Susu Rosak!!

Aku dah terkena ok!!

Untuk pengetahuan semua.. aku adalah pelanggan tetap produk susu keluaran Dutch Lady.. dari yang jenis minuman berkotak, berbotol, yogurt, pernah beli susu tepung formula.. pernah join peraduan walaupun tak menang.. huhuuhuhu... aku suka ngan rasa dia.. sesuai utk anak2 aku.. sebelum ni memang takde masalah.. semua ok! memang sedap... tapi..



Peristiwa Sabtu lepas membuatkan aku takut untuk membeli susu produk ni.. kerana satu botol punya angkara.. habis lain2 produk pun jadi mangsa.. aku bimbang akan kesihatan anak2 jika terminum minuman yang rosak dan tercemar..

Kisahnya pagi tu.. aku bagi Fateh makan coco-crunch.. kebetulan ada sebotol lagi susu Dutch Lady Full Cream.. yang masih belum di buka tapi aku dah sejukkan dalam fridge.. baru syiok makan masa susu tu sejuk.. masa buka penutup botol takde apa2 kesan koyak kat kertas aluminium tu.. as usual its perfect packaging ..


So, cam biasa.. koyakkan separuh kertas aluminum.. tuang susu dalam mangkuk berisi coco-crunch.. masa aku kacau2 susu ngan coco-crunch.. aku rasa ada ketulan2 kat susu tu.. aku pikir positif jerk.. mungkin ketulan pada lingkaran penutup.. wat dek jerlah.. bagi fateh sesudu.. ngap2.. ok jerk dia makan.. pastu aku tergerak nak bagi Amiera makan.. bagi jugak sesudu.. terus Amiera cakap tak sedap lah.. aitttt.. kenapa pulaks.. pastu aku rasa.. ko nak tau apa rasa dia??? pahit.. kelat.. susu kejadahnya..

korang nampak tu susu tu berketul2..


Sib baik ko!! kalau aku terus menerus bagi kat Fateh.. mau ke Hospital jawabnya.. budak kecik umur 2 tahun mana tau cakap sedap ke tak sedap.. dia main balun jerk.. bila coco-crunch dikunyah.. tak rasa sangat pahitnya.. yer dak.. aduiiiii...

Aku tak puas hati.. aku check tarikh luput susu tu.. masih valid ok!!

lagi 5 bulan nak expired.. lama lagi tu..
pastu aku tuang semua susu tu kedalam mangkuk.. then aku rasa... yarkkkkkkkkkkkkkk... pahit macam ubat!! cepat2 aku kumur2 mulut..

Dengan packaging yang kemas.. takde sebarang keraguan pada luaran botol.. korang rasa adakah hanya sebotol tu jerk yang bermasalah.. susu tu sterelised ok!! andai kata semasa proses susu tu dah bermasalah.. berapa banyak botol yang diorang proses??? dan berapa orang yang dah beli susu tu???

Aku tak kisah rugi setakat RM2.70 or whatever price right now.. tapi nyawa anak2 tak boleh ditukar ganti.. korang bayar 1 juta pun tak akan dapat ganti anak2 aku (itu kalau aku saman lah kan..)... fuhhhhhh..  tapi alhamdulillah.. anak2 aku selamat... anak2 korang yg minum susu tu camna?? so, hati2lah..

Immediately aku call Customer Service Center.. bih kurang camni lah operator machine tu jawab... "Thanks for calling Dutch Lady Service Center.. our officer is available on 8.30 AM - 4.30 PM on Monday to Friday.. Please leave your name and contact number.. bla..bla.. bla"... company besar!! private!! officer pun tara keja ke hari cuti.. ke korang ikut gomen?? huhuhuuhu..

So, jadilah aku orang bodoh cakap ngan machine operator.. cakap sorang2.. aku tinggalkan nama dan hp no dan sedikit info aduan.. aku nak tengok.. diorang call aku ke tidak.. kalau ada info aku update ya..

Nasihat aku pada pengeluar susu berkenaan.. Dutch Lady.. jangan senang2 nak kaut keuntungan!! tapi produk tidak berkualiti!! make sure susu yg korang hasilkan tu adalah yang berkualiti dan terjamin..

Comments

emyda said…
aku pun ada dapat gak susu basi...beli packing yang kotak2 kecik2 tu...mmg terus aku tak minum...skrg bila nak minum,aku rasa dulu...baru kasi anak or laki minum...mmg byk dah berlaku...
Unknown said…
Asslamualaikm.... Saya dah Banyak Hari minum susu DL full cream ni,sbb mngidam Sgt nk minum, rasa Mmg Dah Lain Macam, Rasa Kelat² ,pahit, tapi gagahkan Jugak Telan, Sbb dah teringin sgt ! tapi minum terus Muntah pahit, dah sminggu, baru rasa nak Search, jumpa Blog ni, patut lahh rasa pahit, Rupanya susu xberkualiti ! Mbahayakan Org ! boikot jenama DL ni !
raihannsakri said…
Sedang mencari punca susu DL pahit. Dah la beli 6 kotak drpd Shopee.Semua rasa pahit🥲. Rasa betul2 membazir sbb terpaksa buang semua hmm tpi apakan daya. Sblm ni beli ok je tahan lama je tpi kalini beli semua rsa pahit.
Unknown said…
saya baru semalam beli DL pahit juga. bila search di google,punca susu pahit, lembu tu kemungkinan berpenyakit.... uwerrk

Popular posts from this blog

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah