Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hari Tanpa Astro

Since Sabtu lepas.. kami tak bleh tengok siaran Astro.. mati2 ingatkan Fateh dah rosakkan kad.. dari pagi Amiera tukar Channel kartun.. langsung tak berubah.. 'Service Currently Not Available'.. mulanya aku tak perasan.. bila aku tekan ON kat remote.. pun sama.. aku check kad Astro dah keluar sket.. aku masukkan semula.. tapi still tak ok.. mungkin hujan kot (kebetulan hujan kat luar... ).. so, aku biarkan..

Bila en hubby pulang dari main bowling... dia check.. pun sama.. masalah serupa.. orang yg paling bosan takde Astro adalah en hubby dan Amiera.. last2 petangnya.. en hubby kuar pi cari antena.. kebetulan dia kuar.. ada gak suara2 bercerita.. rupa2nya satu bangunan takde.. caitttt.. wat penat jerk en hubby check sana sini..

Menjelang petang... tatkala Fateh try sepakan maut dia.. terus bola melantun ke bawah.. nak tak nak aku pi turun ambik.. ngam2 jerk bola tu duk kat tengah2 jalan kat parking bawah... huhuhuu.. sib baik aku sempat.. kalau tak memang hancur lebur bola tu kena langgar.. masa nak naik nampak satu informasi.. pihak Maintenance sedang buat penyelenggaraan sehingga Isnin.. lorrr... tak dapatlah aku nak tengok AIM dan MasterChef... huhuhuhuuu.. tensionnya..

Bila pasang Internal Antena tu.. alahai.. siaran apa jerk yg ada.. pastu malu2 kucing jerk.. bunyi bzzzzzzz.. macam bunyi tebuan jerk lebih.. jenuhlah nak jadi model TV tak berbayar.. cari posisi menarik untuk dapat siaran cantik.. huuuhuhu..

Dan semalam.. siaran Astro masih tak dapat.. apa ke halnya lagi weiiiii.. lama sangat baikinya.. ker dah terbakar... dah banyak hari aku tak tengok MasterChef ni.. tak syiok lah tengok sinopsis jerk..

Hope hari ni dah ada siaran.. tapi kan..  bila takde siaran best gaks.. takdelah Amiera melekat jerk kat sofa ngadap TV.. mata tak berkelip2 tengok kartun.. kalau dipanggil jangan harap dia nak dengar... kena jerit baru dia paling muka.. huhuhuu...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah