Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Lolipop Perisa Tomato vs Mata Layu

Habis shopPINK kat c4.. kami JJCM..

Tak nak makan nasi.. makan KFC jerk tgh2 malam.. menambahkan kebuncitan perut masing2.. huhuuhuhu..

Dah lewat2 ni pun ramai gaks yg masih mencari makanan.. malam minggu lah katakan..

Sambil nunggu tu.. Fateh pekena lolipop.. kena beli sebab nak bagi dia duk diam2 kat kerusi..

Si kakak very the rajin prepare sos awal2 walhal papa masih beratur nak membeli..

Fateh ni pantang nampak sos.. dia ingat sos tomato.. suka amatlah hai.. jenuh kakak pi ambik untuk dia beberapa kali.. mula2 ambik sket2.. licin.. merengek nak lagi.. ambik lagi.. licin.. merengek lagi.. haaa... ko!! penuh satu bekas.. dah letih gamaknya berulang alik.. ingat akak ko tokei sos ke?? huuhuhuhu..

Yang paling best.. suka2 hati dia ja nak cecah lolipop ngan sos tu.. erkkkk... kalau aku tak lalu.. bila Fateh rasa lolipop ni menyusahkan dia.. dia bagi kat aku.. 'na nak'.. katanya.. pastu dengan senang hati dia ngadap satu bekas sos cili tu.. hishhh... tak elok byk2 makan.. dlm hati ni.. awatlah lambat sangat makanan sampai..

aaaaaaaaaalaaaaaaaaaaaaa... tomei.. tomei.. (ikut versi Boboi MLM) 



ateh uka mato!!

Bila dah makanan ada depan mata.. make sure.. Fateh kena ada sepinggan utk dia.. tak kesahlah makan apa pun.. dia ni jenis tak suka sangat bersuap.. nak makan sendiri.. tak macam akak dia.. manja lelebih.. tapi bagus jugakkan.. takdelah aku kalut nak nyuap dua2 sekali..

Sambil2 dia makan tu.. last2 aku perasan Fateh dah semacam jerk.. mula2 macam dah tak nak makan jerk.. main2 makanan kat pinggam.. tapi lama2 dia main suap jerk apa yg ada atas pinggan.. aku letak lagi.. dia suap lagi.. tapi mata dah merah2 layu.. hehhehehehe.. aku rasa dia ni dah mamai.. selalu cenggitu.. bila dia rasa mcm dah tak larat sangat.. dia tolak pinggan tu.. pastu mintak suh cuci tangan dia.. lepas en hubby cuci tangan dia.. terus zzzzzzzzzzzzzz atas bahu.. huhuhuhuuhu.. ni kes memang dah penat sangat sebab tak tidur siang hari... hmmmm... memang senang.. sampai esok pagi baru bangun...

masa ni dah tak larat sangat.. pinggan pun dah ditolaknya..
 mata dah layu tu.. tak larat nak angkat mata..

ingat lagi.. pernah satu hari dulu (rasanya beberapa kali gaks..) dalam kereta.. kalau pi mana2.. kalau Fateh tengah makan apa2.. tau2 dah senyap.. lena.. tapi kat tangan masih kuat pegang makanan..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah