Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

MasterChef @ Putrajaya

Wuhuuuuuu.. tengok tak MasterChef minggu ni...

Aku cuma dapat tengok beberapa episod jerk minggu ni.. meh nak story sket pasal each episode.. utk detail info dan resepi2 leh pi kat website MasterChef Malaysia.. kredit to MasterChef Malaysia utk gambar2 di bawah..

Sebelum tu.. korang ada try resepi peserta2 MasterChef especially yg pernah mendapat pujian Chef?? aku belum lagi.. aku nak cadangkan kat Astro supaya terbitkan buku Resepi Masakan Peserta MasterChef untuk rujukan.. InsyAllah aku akan beli.. ni kes malas nak print out resepi..

Episode 13:


Nasi Setia Kasih.. berjaya menambat hati juri..


Kerapu 2 Cara - Deena
Episode ni aku tak tengok.. menciknya.. setiap Sabtu mesti miss.. Cabaran peti saji misteri.. diorang kena masak berdasarkan 5 bahan yang dalam peti saji misteri.. 5 hidangan persembahan terbaik dipilih utk dirasai oleh juri.. Shahriah berjaya menambat hati juri.. kemudian diorang diuji lagi dalam Ujian Cipta Rasa.. ada 3 bahan utama.. Shahriah kena pilih salah satu dan temanya adalah Masakan Cina.. Shahriah telah pilih Ikan Kerapu Merah.. masakan terbaik adalah Deena.. hadiahnya beliau akan bertanding dengan Chef Norman Musa untuk merebut pin kebal..

Episode 14 :

Laksa Johor - Chef Riz
huhuhu...

Episode ni aku tengok last2 jerk.. 3 peserta yang kurang menyerlah semasa Ujian Cipta Rasa Imelda, Mastura dan Hui Ting.. kali ni mereka kena melalui ujian Uji Rasa.. diorang perlu meneka 27 jenis bahan yg diperlukan untuk membuat laksa Johor.. dan Mastura terselamat.. manakala Imelda dan Hui Ting kena melalui Ujian Sajian Pantas.. masak Laksa Johor.. Hui Ting tersingkir.. Imelda terselamat.. Imelda ni very sensitive.. sket2 nak nanges.. aku pantang nengok orang nanges.. sob..sob..sob..

Episode 15 :

Deena tengah ambik bahan2..

Episode ni aku tak tengok sebab aku kat CH.. mana ada Chanel 104.. Star Movie adalah.. Episode kali ni pertandingan memasak antara Deena dan Chef Norman Musa.. kena masak Rendang Daging Wellington.. tak di sangka.. Deena berjaya mengalahkan Chef Norman Musa.. terbaekkkk.. dapat Pin Kebal tu.. syabas Deena!!

Episode 16 :

kat e14..

Masa program ni start.. aku tak ambik kisah sebab time tu aku tengah dok layan Fateh.. tetiba Amiera menjerit.. 'Mama.. opis Mama lah..'.. oooo.. rupa2nya MasterChef bersiaran tak jauh dari opis aku maaa.. waaahhh bangga.. bangga.. nape aku tak tau eh?? mesti diorang buat hari cuti.. bestnya.. seronoknya staff2 Kementerian Pelajaran yang hantar anak2 ke taska.. program kali ni.. peserta MasterChef kena menyediakan hidangan untuk kanak2 taska sempena hari keluarga taska kalau tak silap aku.. Deena mendapat keistimewaan untuk memilih pasukan Biru or Merah.. Deena pilih Biru dan akan menjadi ketua kumpulan tersebut.. Deena juga layak untuk memilih ketua kumpulan Merah. .dan yg dipilih ialah Brian..

Hasil daripada undian ibu bapa dan kanak2 taska.. kumpulan Biru menjuarai pertandingan tu.. hadiahnya.. mereka akan makan tengahari bersama Eksekutif Chef Zulkifli Razali di Restoran Bijan..

Episode 17 :

Burger Kambing Mediterranean - Zamir

Azilah.

Semalam.. waktu siaran hanya setengah jam sajork.. kali ni pasukan Merah yg tewas kena melalui Ujian Sajian Pantas dengan menghidangkan burger Mewah.. ada penyingkiran bagi episode kali ni.. Zamir mendapat pujian Chef Riz sebab burger dia sedap.. 5 orang dipanggil kerana sajian mereka agak kureng.. dan yg tersingkir adalah Azilah kerana daging burger dia tak masak..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah