Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Resepi Minggu Ini : Gulai Tempoyak Udang Petai

Resepi ni khusus untuk penggemar2 TEMPOYAK dan PETAI.. dan yg bukan peminat pun bleh cuba untuk mempelbagaikan masakan anda..

Aku rasa resepi ni pun dah ramai yg tau.. tapi resepi ni aku tak cilok kat mana2 sebab resepi ni turun temurun dari mak aku ok!! kalau yg sama tu maybe secara kebetulan..

Gulai Tempoyak Udang Petai.. 



Bahan2 (jangkamasa 15 minit tempoh penyediaan):

1. Udang (ikut suka).. bleh digantikan dengan ikan bilis..
2. Petai (ikut suka)
3. Tempoyak bergantung kepada udang dan petai yg uols letak
4. Bawang besar 1 labu
5. Beberapa ulas cili api belah dua (kalau nak rasa pedas bleh ditumbuk)
6. Sedikit santan pekat
7. Garam secukup rasa
8. Sedikit air
9. Sedikit serbuk kunyit
10. Sehelai daun kunyit

Cara2 (jangkamasa 5- 10 minit tempoh memasak):

1. Masukkan udang, petai, tempoyak, bawang, cili api, air dan santan pekat ke dalam periuk.. kacau sebati..

2. Panaskan atas api sederhana..

3. Bila dah menggelegak, masukkan daun kunyit dan garam.. kemudian rasalah sedap ke tak sedap..

4. Bila kuah pekat.. baru siap untuk dihidangkan..

Sesuai dimakan dengan nasi panas2.. dan lauk sampingan yg kamcing ngan resepi ni iaitu apa2 jenis sambal dan ikan masin.. hidup suasana ko!!

~ Selamat Mencuba ~

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah