Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sayonara Azizah

N3 MasterChef kembali lagi... hehehhehehe.. seronok pulaks jadi pakar ulas rancangan realiti TV ni..

Rentetan Episod 9 - 11.. pics from MasterChef Malaysia..nak tengok lain2 gambar pi kat website MasterChef ya..


Episod 9 aku tak dapat tengok sebab aku pi rumah hantar langsir.. episod kali ni adalah cabaran Felix untuk bersaing dengan Chef Jaffery Othman.. juri kena tutup mata masa nak rasa masakan Felix dan Chef Jaffery..  yerlah kan kang tak adil pulaks kalau diorang nampak masakan Chef Jaffery.. menu yg diorang kena masak ialah Ikan Salmon Mediterranean.. keputusan Felix tewas beberapa markah sajork.. huhuhuhu.. so, Felix tak dapat pin kebal.. hehhehehhe.. cian dia..







Episod 10 pulak Cabaran Sajian Luar.. diorang kena masak masakan untuk orang kampung seramai 100 orang yang bergotong royong mengecat dan membersihkan rumah salah seorang penduduk kampung tersebut.. diorang dibahagi kepada 2 kumpulan Biru dan Merah.. ketua kumpulan Biru iaitu Terrence yg very cool.. semua anak buah puji dia.. dan ketua kumpulan Merah ialah Felix yang nampak garang.. grrrrrrrr... ramai yg komplen dia ni suka menggunakan kuasa veto dia sebagai ketua.. habis memasak semua penduduk kampung yang makan perlu mengundi masakan mana yang berjaya menarik minat diorang.. dan akhirnya kumpulan Biru menang.. aku sokong sangat2... hehehhehe.. walaupun tak rasa masakan diorang tapi dapat tengok masa diorang bekerja keras siapkan hidangan.. hadiah untuk kumpulan yang menang adalah makan di restoran On The Table kepunyaan Chef Riz.. wallaaaa.. untuk kumpulan Merah pulaks.. juri minta pendapat kenapa kumpulan diorang kalah.. dan pandangan Felix lebih suka menyalahkan orang lain.. macam bagusss... bengang jerk ahli2 lain.. si Azizah pulaks menyalahkan diri sendiri.. whatever pun.. diorang kena mengikut ujian seterusnya dan salah seorang ahli kumpulan akan tersingkir...

nasib tak menyebelahi Azizah..

Episod 11 memaparkan ujian kemahiran yang perlu dijalani oleh kumpulan Merah.. ujian kemahiran pertama ialah buka cengkeram tiram.. 6 peserta terselamat.. tinggal 6 peserta.. diorang kena lakukan ujian kemahiran hiris timun ikut cara yang ditunjukkan oleh juri.. huhuhuhuu.. nampak cam senang.. tapi.. huhuuuu.. mungkin gabra terlebih sudah.. tu yang timun putus2.. kehkehkeh.. 4 orang terselamat.. tinggal 2 orang iaitu Danial dan Azizah.. diorang kena melalui Cabaran Ujian Pantas dengan menghidangkan Kentang Putar.. pergh.. pada aku baik buat betul2 masa kemahiran 1 atau 2 daripada kena masak.. walaupun resepi dan bahan2 telah tersedia.. tapi tak semestinya bleh jadi.. dan akhirnya si Azizah the legend.. naper legend?? sebab dialah peserta pertama dari 24 peserta utama yang tersingkir.. apa pun tahniah sebab berjaya sampai ke peringkat ni dan tergolong dalam 24 peserta terbaik..

Yang lain2.. tahniah sebab berjaya melepas ujian kemahiran dan masakan.. tunggu cabaran yg selanjutnya pd episod2 akan datang.. jangan lupa siarannya bermula jam 9.00 - 10.00 malam setiap hari Sabtu - Rabu di astro Ria (104).. aku tak dapat apa2 ok.. saja suka2 sebab aku suka layan program ni..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah