Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

SimplyCT in d bag..

Kisah petang semalam.. sorry lambat update blog.. sibuk sket pagi tadi..

Aku saja usha Watson.. asalnya nak survey satu barang ni.. tapi macam takde yang berkenan.. pusing punya pusing.. berenti kat sudut SimplySiti.. takde sales laks pulaks.. cuma ada lah seketul dua iklan promosi..kalau ada sales biasanya adalah dalam 10 - 20 %..

Sambil tengok2 tu.. en hubby hulur RM100.. nak apa-apa belilah katanya.. ehem.. ehem..bagai orang mengantuk disarungkan bantal ko! lajus jerk aku menerimanya... hehehhehhe.. automatik terus ligat kepala otak aku fikir.. apa yg aku nak beli dengan duit RM100 ni.. takde toleh kiri kanan dah.. dalam mind aku just nak ambik lipstick sebab lipstick Maybeline aku dah nazak.. pastu kira2 sat.. ada lagi balance.. blehlah ambik 2 way cake.. compact powder aku sekarang ni pun tinggal sket lagi.. hmmm.. pastu aku tengok iklan ceconet tu.. ada promosi 50% utk refill 2-way cake.. hmmm.. bleh beli satu utk stok akan datang.. aku just top-tup duit sket jerk..

aku cuma tambah dalam 10 hengget jerk utk barang2 ni..
close-up product SimplySiti..



silver eh tema color product ni?? dah start pakai harini ok.. mmm.. bestlah!!..

jumpa jugaks color pilihan hati.. Seindah Biasa tu..

aku tak akan pakai selagi compact powder sekarang ni belum habis.. sayang oooo...

ntah bila aku bleh pakai hat ni..

Masa nak bayar.. aku letak kat kaunter set SimplySiti tu.. sorang staff tu tegur aku.. akak guna SimplySiti ke?? hehhehe.. malu2 aku nak jawab.. first time nak guna ni dik.. huhuhuhuu.. kesian aku kan.. orang lain dah bertahun2 guna.. aku baru jerk nak mencuba.. itupun ada orang yang sponsor.. kalau tak tu jangan harap aku nak beli.. ntahlah.. kalau utk diri sendiri.. nak2 pulak tang mekap2 ni aku tak berapa minat sangat sebab aku ni bukannya reti nak mekap2 ni.. tapi kalau beli utk anak2 lajus jerk aku kuar duit.. tapi agak2lah kan.. kalau ribu riban mau penampor dapatnya.. hhehehe..

Sebelum nak bayar.. ada staff tu tengok balik iklan tadi.. rupa2nya sales 50% tu dah habis tempoh daaa... ala dik.. takde rezeki lah camni.. pastu staff tu bertiga dok argue2.. salah diorang jugak sebab iklan tu tak ditanggalkan.. so, diorang bagi juga less 15% utk lipstick, 10% utk refill 2 way cake dan diskaun Watson sendiri yg membolehkan aku dapat refill tu less 50%.. alhamdulillah.. rezeki time Watson dah nak tutup..

Pastu staff tadi dok promote jadi ahli.. aku layan jerlah.. prung prang prung prang.. bayar.. settle.. pening kepala aku semua staff kat situ nak promote pasal Watson kat aku..

dapat free gift pouch bag Olay.. mungkin dapat sebab jadi ahli kot.. bleh simpan product SimplySiti aku.. huhuhuhu.. nak kena sorok dari Fateh yang suka selongkar laci meja mekap aku tu..

lastly.. thanks to en hubby coz sponsor all those things.. luv u lah..

p/s: oh ya.. kalau kawan2 opis ada nak beli apa2 barang kat Watson.. bleh tengok voucher2 yang aku dapat ni kot2 korang boleh guna ke kan.. FOC jerk..

Comments

Suraya Baharun said…
wahh...best nye kak ina..rezeki jangan di tolak..dulu su pernah pakai produk ni...tapi tak sesuai ngan muka..dia kuar cam ruam2 halus kat pipi...skang su guna safi rania gold..
Faina Arisya said…
su.. kalau produk kecantikan SimplySiti ni tak berani nak cuba.. mahal pun ya.. setakat lipstick ngan powder tu bleh lagi.. akak sekarang ni pun tgh guna Safi Rania Gold.. tapi aduiii laaa.. manyak jelawat tumbuh lor.. macam cendawan.. pas satu.. satu.. yg kuar..
Suraya Baharun said…
produk kecantikan ni kak ina..kene cari yang sesuai ngan kulit muka..tu yang susah kene try & error...hiiihiii...su pakai safi ok je pulak...
Faina Arisya said…
tulah pasal.. sebelum ni kina cuma pakai pencuci & toner safi white tu dan guna krim fair & lovely.. ok jerk.. tapi yerlah kan.. bila dah tua2 ni nampak kesan2 penuaan tu.. tu yg test safi rania gold sebab se-company kan..
Qaseh Suhaida said…
ada juga niat nak try simplysiti tp entah bila akan kesampaian...

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah