Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

X-Skoolmet?

Baru2 ni kawan sekolah rendah dan sekolah menengah dulu.. create group kat fb utk kumpulkan kawan2 lama..

Setakat ni takdelah ramai ahlinya.. tapi bolehlah nak tengok perkembangan terkini kawan2 dulu walaupun tak rapat ngan aku.. ada gak yg sekelas.. ada gak kenal2 cam tu jerk.. nak2 pulak aku ni bukannya ratu sekolah ke kan.. aku low profile.. takde sapa yg kenal aku.. tapi kalau abang aku diorang kenal.. beza setahun jerk ngan aku.. sebutlah nama abang aku tu.. confirm ramai kenal.. tapi bila sebut nama aku.. huhuhu.. takde makna orang nak kenal.. tapi cuba sebut adik si 'a???'.. barulah diorang kenal.. hehehhe.. sian aku kan...

Bila tengok perkembangan kawan2 ni kan.. semuanya berjaya dalam karier masing2... bangga ngan diorang.. tapi aku masih ngan low profile aku.. tak berani nak proposed diri kat fb.. cukuplah aku ngan dunia blog.. mungkin dunia blog lebih serasi ngan jiwa aku yg agak pendiam.. mudah untuk aku melafazkan dan menggarapkan sesuatu dengan penulisan..

Tak semua kawan2 aku tau aku ada blog... sebab sekarang ni kan famous ngan fb.. 



Ada jugak gambar2 diorang buat re-Union.. tapi aku tak pernah join walaupun pernah di jemput sebab aku rasa malu dan tak berani nak menonjolkan diri aku yg kerdil ni... dahlah keding.. cengkung.. lagi bertambah malu aku dibuatnya... huhuhuhu.. tapi ada bagusnya kan.. kalau cantik2 sangat kang.. lupa diri pulaks.. terkinja tak bertempat... huhuhuu..

Pernah jugak aku terserempak ngan kawan sekolah lama.. dahlah aku rabun.. tak perasan siapa yg senyum kat aku.. aku wat dek jerlah.. bila tengok dalam jarak dekat.. lorrr... budak ni.. tak rapat pun.. satu kelas masa subjek Sastera jerk.. kenal ke dia kat aku??? hehehhe.. pastu takkan aku nak tegur dia.. malu siot!! aku wat cam tak kenal jerklah.. teruk aku kan.. pemalu tahap cipan..

Tulah.. utk kawan2 yg baca blog aku or sesiapa saja yg kenal aku.. kalau terserempak aku kat mana2.. tegurlah.. jgn senyum jerk.. aku tak nampak ok!! kes RABUN.. malas nak pakai cermin mata..

Ada gak aku terfikir.. walaupun aku agak cemerlang dalam pelajaran.. tapi kini aku hanya seorang gomen staff as a Programmer.. takde yang istimewa di situ.. (ngok diri sendiri.. malas nak sambung belajar.. sapa suruh kan.. ada peluang tak mau.. macam takde matlamat.. padan muka aku.. tapi tulah aku.. masih ngan dunia sendiri..) kehidupan aku seharian ngadap PC.. dan selebihnya dengan keluarga.. 

Walaupun aku tak dikenali.. tak sehebat kawan2 yg lain.. tapi aku bahagia dengan dunia aku kini.. adanya keluarga.. insan2 yg aku sayang.. blog tmpt aku menulis.. cik google tempat aku meneroka alam maya.. itu sudah memadai..

Apa pun.. kisah2 dulu.. pengalaman2 dulu.. masih tetap diingatan.. akan dijadikan panduan hidup.. terutama sekali dalam mendidik anak2..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah