Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Dua Mempelai..

Sebelum majlis MAFIST tamat.. aku minta izin kat Ustazah yg bertugas.. nak beredar dulu sebab ada acara lain laks lepas ni..

Kami bergegas ke KL.. ada jemputan dari bekas pengasuh Fateh ke majlis perkahwinan beliau.. kami terima 2 jemputan by SMS dari ayah pengantin kepada en hubby dan jemputan SMS juga dari pengantin sendiri kepada aku.. mudah dan cepat..

Alhamdulillah sampai awal jugak dalam 1.30 kalau tak silap.. sampai2 jerk.. terkejut mak pengantin sebab kami datang.. diorang ingat kami tak datang agaknya.. sib baik dekat.. kalau jauh2 tu memang susah sket lah..

Pastu cari meja.. pekena nasi minyak ke nasi beriani eh.. aku dah lupa dah.. rupa macam nasi beriani.. alhamdulillah.. dah kenyang.. cari tempat nak tunggu pengantin pulaks.. nasib baik ada gula2 nak bagi Fateh senyap.. tapi pantang kaki jejah tanah.. hmmm.. pastu ligatlah.. dukung pun tak mau..

Majlis perkahwinan ada 2 mempelai.. kedua2nya pompuan.. x-pengasuh Fateh dan kakak dia.. jom tengok gambar sekitar majlis.. bertemakan color kelabu.. so beauty..

ibu pengantin aka Makcik Asmah.. sebak aku bila dia peluk cium aku.. terasa macam mak sendiri pulaks.. nampak bebenar aku ni kurang kasih sayang seorang ibu... huhuhuuu.. sedih lak pulaks.. emo tetiba..

pelamin.. very nice..

Bila bunyi kompang.. time ni aku suka sangat2.. bunyi kompang tu memang menghiburkan.. si Fateh dah takut2.. berkepit ngan ayah dia.. haaa.. tau takut.. terus senyap..

pengantin pertama kakak kepada x-pengasuh Fateh.. comey sungguh.. aku tak pernah jumpa pun dia.. adik bongsu cakap akak dia yg sorang ni suka wat hal sendiri.. pemalu kot.. kalau tengok anak2 makcik Asmah ni kan.. semuanya cun2.. tinggi lampai..

bagai pinang di bilah dua..

ha ni pengantin ke-2.. Mimi.. tahniah yer..

senyum sokmo.. Nana anak sedara Mimi pun comel pakai dress .. semua pun comel2lah..

Mimi yg tak lekang dengan senyuman.. 

Sekalung ucapan tahniah buat En. Isa, Makcik Asmah kerana mendapat 2 orang menantu serentak.. majlis yg sederhana tapi meriah.. terima kasih atas jemputan dan layanan yang diberi..

Buat Mimi dan kakak serta pasangan masing2.. tahniah.. selamat pengantin baru.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah