Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Family Gathering @ Langkawi : Day 1

Kami bertolak hari Khamis yg lepas.. seawal jam 8 lebih kami gerak dari rumah my SIL di Bagan Serai.. ada yg tak tau ke Bagan Serai kat mana?? meh aku nak habaq mai.. kat Perak ok..

Perjalanan kami disertai 4 keluarga adik beradik en hubby.. adik bongsu tak dapat pergi.. abang sulong ada hal.. delay 1 hari.. akan tiba keesokannya.. berkonvoi 3 buah kereta.. mula2 singgah makan pagi di satu tempat.. tak sure apa nama tempatnya.. masing2 dah lapor..


Sampai2 jerk.. aku tengok menu.. aittttt...



banyak lauk pauk macam nak lunch jerk.. hmmm.. patutlah dulu aku pernah tengok rancangan TV.. Warung kalau tak silap.. belah2 utara ni memang suka makan berat waktu pagi sebab diorang kan kena keje berat.. aku mintak nasi lemak.. tapi nasi lemaknya tak rupa nasi lemak.. color kuning macam nasi ayam.. belasahlah.. lauk2 aku tak ambik yg berat2 sebab byk lauk berasaskan kari.. aku just ambik rendang kerang..

Selesai menjamah selera.. kami meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis.. sampai di jeti lebih kurang kul 12 lebih kalau tak silap.. biras aku aka hubby my SIL ditugaskan utk sebarang urusan di jeti bagi perjalanan pergi dan balik.. kami kena naik feri pukul 3.. tapi memandangkan ada sit2 kosong masa feri pukul 1.30.. kami berpecah ikut sit2 kosong tu.. tak kisahlah.. asalkan sampai cepat ke destinasi.. tak sanggup tunggu lelama kat jeti.. nak2 pulak layan si Fateh.. letih dah aku ngejar dia..

 welcome to Perlis..


tengok si kecik tu.. ada jerk aktiviti dia..

ramai penumpang menunggu ketibaan feri..

Dalam feri ada salah faham sket.. tukang jaga tu kata ada 2 sit kosong lagi.. so, aku ngan en hubby dan anak2 pergilah.. tup2 tempat kosong tu MIL aku punya.. kebetulan dia keluar sat.. dah tak de sit.. nak tak nak.. aku duduk gaklah.. berimpit.. aku bukannya duduk sangat pun.. Fateh tak duk diam.. kejap2 aku bangun.. kejap2 aku jalan2 kat feri.. penumpang lain dalam tu pun naik rungsing ngan aku agaknya.. huhuhuhu.. sorrylah yerk.. aku terpaksa memantau anak teruna sorang tu..

Sampai di jeti langkawi dalam pukul 2 lebih.. tak sampai beberapa minit van pun sampai.. kami meneruskan ke destinasi homestay kami.. Rabiatul Adawiyah.. nama dah best dah... tapi kemudahan yg disediakan agak mengecewakan berbanding harga sewaan yang ditawarkan.. mentang2lah ada LIMA.. suka2 jerk diorang naikkan harga.. khabarnya.. kalau hari biasa.. hanya RM130.. tapi bila time LIMA.. naik ke RM250.. naik hampir 2 kali ganda.. kalau uols nak pi Langkawi dan nak tinggal di homestay.. aku tak suggest tempat ni sebab tak berbaloi.. baik cari yg lain..

en hubby ngan waris dia..

aku ngan anak dara nan sorang.. sila abaikan muka aku yg berminyak ok! panazzzzzzzz... 

my SIL wt her family..


Lepas aktiviti merehatkan badan... kami bergerak ke Pekan Kuah dalam 6 lebih.. kami just jalan2 sekitar Pekan Kuah.. kami mencari juadah makan malam di pasar malam.. mencari toto (bukan kedai nombor yerk..).. masing2 dah keletihan apatah lagi driver selaku orang kuat sepanjang perjalanan kami ke Langkawi..

Malam.. tidur daaaaaaaaaaaa............... menanti hari esok untuk aktiviti yg lain..

p/s: Esok aku sambung n3 utk hari2 seterusnya di Langkawi.. jenuh aku edit gambar...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah