Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Family Gathering @ Langkawi : Day 2

Salam pagi Jumaat yang penuh barakah...

Meh nak sambung balik story pasal ke Langkawi baru2 ni.. yg nak baca.. silakan.. yg tak mau baca.. pedulik apa aku.. coz inilah tempat aku menitipkan setiap peristiwa2 penting dalam kehidupan kami sekeluarga utk dijadikan kenangan di hari2 kemudian.. itupun kalau blogspot masih wujud.. manalah tau beberapa thn kemudian akan ada tools yang lebih canggih manggih yang akan menggantikan blogspot..

Berbalik pada cerita asal ok...

Dalam pukul 10 pagi kalau tak silap aku.. kami memulakan perjalanan ke destinasi yang seterusnya..

homestay kami.. not recommended ok! 



bunting penuh di tepi2 jalan..

muka budak yang bosan sebab tak dapat duk dgn Mama..

Masa on the way tu nampak byk kereta dah parking kereta yg agak jauh dengan pertunjukan LIMA.. kami pun tak terkecuali.. melihat dari kejauhan.. bunyi jet2 tu memang menakutkan.. ada gak bunyi macam kapal terbang Jepun zaman dulu2.. memang menarik.. tapi sayangnya tak dapat tengok dekat2.. kalau dapat tengok dekat2 lagi best.. walau bagaimanapun pengalaman ni memang menarik coz this is the first time aku tengok LIMA ok!

masa ni ada 4 jet menunjukkan aksi..

 gambar atas kiri dan kanan dan gambar bawah kiri.. satu jet ni nak berlepas.. sekali asap berkepul2.. ingatkan meletup ke apa.. bila asap dah reda.. jet dah hilang.. rupa2nya dah meluncur laju ke atas.. memang tak nampak.. lajus giler laaa..

Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Cable Car.. sebelum tu kami round2 dulu kat kawasan sekitar.. ada kolam ikan, ada taman arnab, ada rumah harimau dan macam2 yg menarik di kawasan sekitar cable car..

pandangan dari bawah.. cable car nun jauh di sana..

di Oriental Village..

ular sawa ko! sapa2 nak ambik gambar ngan ular ni kena caj RM5 ok!

pemandangan yg sungguh indah..

papa pun tak terkecuali utk mengabadikan kenangan di sini..

kemudian kami lunch kat sini.. not bad gaks.. dah lapar.. apa pun sedap!

Lepas makan.. kami jalan2 lagi.. jumpa taman arnab.. byk ko arnab2 tu.. kalau nak mengabadikan photo yg diorang sediakan di taman arnab ni.. cuma RM10 kalau tak silap aku..

comel2 jerk arnab ni.. sebungkus carrot RM1 ok!

Fateh standby nak lari dari arnab ni.. nampak cam berani.. bila arnab tu makin dekat ngan dia.. terus Fateh lari..

kesian arnab2 ni kan.. macam tak makan setahun.. nampak tak arnab yg hujung sekali.. arnab ni sakit tau.. arnab ni binatang yg sangat sensitif.. kalau tak dijaga rapi memang mudah dapat penyakit.. kesian sungguh aku nengok.. diorang ni pun kalau nak buat taman arnab ni.. kenalah jaga betul2.. 

tengok arnab2 ni.. bulu diorang pun dah luruh.. Fateh takut2 nak bagi arnab makan.. takut kena kejar..

arnab ni kelakar lor.. dia ikut jerk aku.. lapar punya pasal sampai camera aku pun dia nak ngap!

hero aku ni tengah berlatih utk ke olimpik.. huhuuhhu... gaya mau serius maaa.. ada gaya pengayuh basikal dunia tak?? hohohohoho...

si kakak yang very excited dapat main2 di taman.. 

di jambatan gantung.. Amiera memang penakut.. sampai tak nak bergerak langsung bila duk atas jambatan ni.. hehehhehe...

dengan Along..

bagi itik dan ikan makan.. caj utk makanan RM1 sebungkus..

kenangan kami sekeluarga..

ada satu restoran yang diluarnya ada taman harimau.. cuma ada seekor jerk.. tapi kami tak dibenarkan ambik gambar.. takut mengganggu harimau tersebut.. dapat snap replika rimau ni pun jadiklah.. huhuhuhu..

my SIL sekeluarga..


Selesai meneroka kawasan sekitar, kami sepakat naik cable car ramai2 kecuali mertua aku.. diorang dah pernah naik.. aku pun teruja gaks nak naik walaupun cam takut2 jerk bila tengok dari bawah... dan masa naik tu memang aku tak kecut perut pun.. masih boleh lagi.. tambang naik cable car ni.. RM15 utk dewasa dan RM10 utk kanak2.. korang kena tunjuk MyCard yer kalau nak dapat harga warganegara..

Amiera ngan kak Chik dah gelabah... hehehhehehe..
 
 makin nai ke atas cable car ni Amiera jadik takut.. aku pulak yg naik risau sebab tak duk diam..

 bila dah lega sket.. kami posing2 laaa.. muka Fateh blur.. takut gaks kut.. senyap jerk dia sepanjang perjalanan..


pemandangan pada ketinggian 652.5 meter..

   
posing lagi.. Fateh masih blur gamaknya..

kemudian naik lagi utk ke point ke-2..


  
 
 bergambar di puncak..
 
lagi kenangan terindah..
kemudian kami turun utk ke jambatan..

  
kena menurun tangga.. Amiera dah takut2.. takut jatuh.. haiiii.. lembik sungguh anak dara aku sorang ni.. nilah kalau asyik duk kat bandar.. tak pernah merasa kehidupan di kampung.. sket2 nak ngeluh.. huhuhuhu..

sampai di jambatan.. harus bergambar dulu ya !

Amiera yg kena paksa bergambar.. huhuhuuuhu..

 
dengan sepupu sepapat..

dah nak nanges masa nak merentasi jambatan.. aku suh dia pandang ke atas.. dipandangnya jugak ke bawah.. maunnya tak gayat.. kalau aku tengok bawah pun gayat.. 

Fateh yg ketakutan bila naik cable car utk turun ke bawah..

masa nak balik tu.. singgah kat stesen minyak berhampiran.. ada banyak bot.. dan salah satu bot tu menarik perhatian kami.. bestnya kan ada bot sendiri..

ini budak sangat tomei.. mata bolat.. Fayyadh namanya..
Bila dah lewat petang kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah utk beli hadiah bagi aktiviti tukar2 hadiah sebelah malamnya.. memandangkan en hubby dah sediakan hadiah.. so, aku risau berlaku kekalutan keesokannya.. aku beli siap2 pinggan mangkuk untuk disumbatkan kedalam beg besar.. dan esok sebelum balik plan nak beli coklat.. nak tau apa yg aku beli?? tunggu n3 selanjutnya ya!

lalalallalala..

Malamnya pula.. ada aktiviti untuk anak2.. anak2 berusia 7 tahun dan ke bawah.. akan menyertai pertandingan mewarna.. manakala yang selebihnya pertandingan batu seremban.. bagi pertandingan mewarna diadili oleh MIL.. dan pemenangnya..

Haqiem.. 1st..

Insyirah.. 2nd.. Imran.. 5th..

Mia.. 3rd..

Amiera.. 4th..

peserta yg tak diundang..

Tamat aktiviti di hari ke-2 kami di Langkawi.. nanti sambung n3 seterusnya utk hari ke-3 pulaks..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah