Family Gathering @ Langkawi : Day 3

Hari terakhir kami di Langkawi..

Selepas kemas barang2, kaum2 Hawa diberi kebebasan utk shopPINK.. yahooooooooooooooooo... best ooooooooooooooooooooo... kaum2 Adam kena jaga anak ok! hehehhehehe.. tinggallah Fateh ngan papa dia.. aku angkut Amiera sekali sebab aku nak beri peluang kat dia pilih coklat2 yang dia nak..sambil tu bleh tolong aku sekali kan.. kan.. sebelum ke Pekan Kuah kami singgah sebentar di kilang gamat..

Nusantara Maju Enterprise.. macam2 ada..


 
ni lah rupa Ibu Gamat..
 
close-up sket.. ada berani telan mentah2? hehehehe...
Kemudian kami ke Ismail Group.. sampai jer masing2 terus menonong tak hengat dunia.. syurga bebeh!! aku cari coklat dulu.. habis satu Ismail Group tu aku round cari coklat yg berkenan di hati.. Amiera pun tak terkecuali.. sambil tolong aku dia pun pilih coklat yg dia nak.. tapi bertapis gaks.. mana yg aku setuju.. dia bleh ambik.. settle shopPink coklat.. aku pi kat area towel.. ambik selai jerk.. round kat area kain batik.. tak berminat.. hehehhehe.. then round pulaks kat area pinggan mangkuk.. cari jenama spt Luminarc, Pyrex dan lain2..

Mula2 aku berkenan ngan jenama Pyrex.. aku minat design bunga2 nya.. dari segi kualiti aku tak berapa tau sangat perihal pinggan mangkuk ni.. tapi mak aiii.. harga.. mahal lah pulaks kan.. so, berpindahlah aku ke Luminarc.. agak murah sket.. design tak byk yang cantik.. nak tak nak ambik jerlah dari tak dapat apa2.. hehehhehe..

Selesai kaum Hawa shopPINK.. kami semua bergerak ke Dataran Lang utk mengabadikan memori indah di sana bersama keluarga..

the big brother aka abang kpd baby tomei tadi..

pemandangan sekitar kedai di Dataran Lang..

kalau sorang dapat.. sorang mesti dapat jugaks.. kalau tak fenin layan peel budak2 ni..

Fateh yang very excited jln2 kat Dataran Lang..

waaa.. yoyo.. oooo.. jerk hero aku ni.. bersungguh teropong tu..

naper Mia nanges?? dari jauh MIL suh aku snap gambar diorang.. nak pujuk hati si kecil ni..

my SIL wt her family.. si tecik Firas happy jerk memanjang..

mascot Langkawi..

en hubby pun tak ketinggalan mengabadikan kenangan dengan si Helang..

bersama sebahagian family.. my SIL tidak kelihatan di situ.. 
masa snap gambar kat atas ni.. ada kisah yg tak akan dilupakan.. Fateh yang didukung oleh en hubby sedang memegang gula2 Smarties.. ntah macam mana.. tetiba2 terjatuh.. terus aku sambut.. then si Fateh merengek nak balik.. aku bagi lah kan.. ntah macam mana sekali lagi.. gula2 tu jatuh dan kali ni pulaks.. ngam2 jatuh terus masuk dalam lubang.. citttt.. jauh laks tu lubangnya.. huhuhuhuu.. memang takde rezeki..

see.. lemah longlai jerk aku jalan.. syahdu rasanya utk meninggalkan Pulau yang byk kenangan..

kenangan..

kalau apa saja mainan ada dlm tangan Fateh.. confirm berderai.. jenuh nak betulkan balik teropong ni.. en hubby yg betulkan ok.. aku satu apa pun tak tau.. tak mahir bab2 teknikal ni..

Seterusnya kami beratur untuk menaiki feri.. banyak siot barang2 kami.. terpaksa upah tukang angkat barang tu.. charge RM30.. feri pun charge RM10 utk barang2 kami.. huk aloh.. mentang2lah brg kami nampak banyak.. mana taknya kan.. dah kami kumpul semua barang2 seluruh keluarga.. cuba kalau kami asing2kan.. confirm tak kena punya..

sebahagian barang yg dibawa masuk ke dalam feri.. yg lain2 letak kat luar..

Sampai di jeti Kuala Perlis.. ambik kereta yg dipark di parking berbumbung caj RM15 sehari yerk.. sumbat barang2 semua ke dalam bonet mana yg boleh.. hehhehe.. then kami meneruskan destinasi seterusnya ke Padang Besar... hehehhee.. shopPINK lagi..

Sebelum tu kami singgah makan di satu kedai yg agak baru rasanya.. Nasi Ayam apa ntah namanya.. aku tak ingat.. tapi pemandangan sekitar memang cantik.. dengan sawah padi yg terbentang luas.. fuhhh.. nyaman siot makan petang2 cenggini.. nak2 pulak bila Fateh dah tidur lena.. lagi tenang aku rasa..

see.. cantikkan.. angin sepoi2 bahasa.. lautan sawah yang menghijau.. burung2 yang berterbangan rendah.. nak berpuitis2 ni confirm banyak idea.. tenang jerk..

Sampai di Padang Besar agak lewat sket.. so, kedai dah nak tutup.. beli pun tergesa2.. then kami pulang ke rumah SIL.. sebelum tu singgah dahulu di Kari Corner di Pulau Pinang utk makan malam.. perjalanan yg makan masa hampir 3 jam termasuk singgah sana sini.. akhirnya sampai jua.. fuhhh.. memang letih..

masa aku pergi padang besar 2 tahun lepas.. takde pulak gerai2 kat luar ni..

Oh ya.. kalau sesapa yg ke Penang.. dan peminat masakan berasakan kari.. blehlah cuba JJCM kat Kari Corner di No. 2169 Permatang Keling, Nibong Tebal, P.Pinang atau boleh layari laman web http://www.karicorner.com


2 omelan:

ComekCute said...

bestnyer kak ina..best sgt2..shoping la paling best... hapening je wat famli gathering camni kan..:-) nnt kalau ima pegi leh rujuk blog kak ina ni..banyak info..hihi..:-)

Faina Arisya said...

Ima..

takdelah banyak info sangat sebab tak pergi banyak tempat.. InsyaAllah kalau ada rezeki nak pergi lagi.. nak explore satu langkawi.. huhuhuuu..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (151) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty