Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kisah Bawal Goreng & Parit Buntar

Tadi kata wishlist n3 terakhir kan.. tapi aku kata maybe... hehehhehe.. alang2 dah bosan sangat2 kat opis ni sebab keje2 semua dah settle.. meh nak citer sket kisah lepas pi Langkawi tempohari..

Umah my SIL kan kat Bagan Serai.. so, alang2 dah ada kat sana.. kami jalan2 di sekitar pekan Parit Buntar.. apa yang menarik di Parit Buntar?? uols pergi lah sendiri.. pekan dah makin besar.. banyak kedai2 di situ.. dan kedai yang glamer kat situ adalah Pasaraya Long Wan (if i'm not mistaken).. barang2 especially pakaian kanak2... memang murah compare ngan pakaian yang dijual kat pasar malam or gerai2 kecil kat Putrajaya ni.. memang berbaloi pi shopPINK sana.. contoh yang ketara... baju tidur Amiera bergambarkan Angry Bird.. aku pernah beli kat pasar malam rumah mak aku... dengan harga RM10.. di Putrajaya makin cekik darah.. dijual dengan harga RM20... tapi di Long Wan.. cuma RM8.90.. even baju sekolah pun murah giler.. alang2 dah murah.. kualiti pun not bad.. aku beli siap2 baju sekolah Amiera..



Lepas aktiviti perabih duit.. my SIL belanja kami makan kat suatu tempat yang agak menarik.. kedai dia memang sempoi.. biasa2 jerk.. dan menunya pulaks memang simple jugaks.. tapi sedap..

sempat lagi aku snap banner kedai ni..

Menu yang disediakan... set Bawal Goreng.. set Ayam Kampung Goreng.. dan lain2.. tak sempat nak salin daaa... istimewanya set ni... selain bawal atau ayam ada nasi putih, kuah kari, sambal belacan dan kicap serta ulam2an.. bawal ni bukannya digoreng macam yang kita goreng biasa2 tu.. tapi rupanya macam ikan goreng tepung.. tapi sedap sebabnya tepung tu rangup sangat2..

So, uols yang pi jalan2 atau nak balik ke Utara hujung tahun ni blehlah mencuba JJCM di gerai Bawal Goreng Parit Buntar..

Comments

Unknown said…
Longwan ade di Kota Damansara juga.

https://www.facebook.com/Longwan-Signature-Kota-Damansara-793166787501988/

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah