Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kisah macam-macam..

Hari ni takde mood sangat nak menulis..

Lagipun fail dah bertimbun atas meja utk di tatap satu per satu.. so, next week agak mem-bz ngan keje2 programming..

Sebelum mem-bz tu meh aku nak update sket pasal kisah hari ni..

Pagi tadi aku pi sekolah Amiera utk beli buku2 tulis dan buku2 aktiviti yang telah di sediakan oleh pihak sekolah..

Aku sampai pun dalam pukul 9 lebih sebab kedai buku dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari.. tengok2 dah ramai yang menunggu giliran.. hish.. ingatkan aku yg terawal..



Nak sampai ke giliran aku tu punyalah lama.. dah nak kul 10.. eiiiii.. mana tak lamanya.. ada parents yg nak beli buku utk 2 orang anak.. sib baik takde yang nak beli utk 3 ke 4 orang anak.. mampuih.. lagi lambatlah jawabnya.. dapat parents yg agak cerewet.. aduiii.. jenuh kakak tu dok melayan peel parents..

Style aku senang jerk.. senarai dah ada.. kita tick dulu mana yg nak dibeli.. mana yg kurang jelas.. kita tanya kemudian.. dah jelas.. akak tu akan sediakan buku2.. so, masa dia tgh sediakan buku tu kita perhatikanlah sambil tengok senarai.. cukup ke tak.. dah settle akak tu wat pengiraan utk bayaran.. pastu bayarlah kan.. senang cerita.. utk double check.. boleh kira balik jumlah buku.. kalau rasa confident tak payah dah nak belek2 buku tu.. dari segi bayaran.. kalau nak double check pun ikut suka koranglah.. tapi tadi aku tak check dari segi bayaran sebab akak tu dah prepare kalau item di seksyen sekian2.. ni totalnya.. kalau just nak ambik certain2 buku jerk.. dia akan calculate balik.. aku pun dah tengok cara dia kira.. kita pun kena cekaplah congak2 ni.. total aku kena bayar dalam RM90 lebih.. nasib baik sorang jerk..

Oh ya.. pics tak snap eh sebab mood aku kureng pagi tadi.. hidung aku wat hal..

Aku heranlah ngan sorang parent ni.. macam agak cerewet.. senarai dah ada.. masa akak tu nak sediakan buku tu pun kalut2.. relaxlah.. senarai dah ada.. checklah satu per satu.. itu baru utk 2 orang anak.. bila habis giliran sorang brother ngan giliran aku.. dia masih dok menepek kat kedai buku tu.. ntah apa yg tak puas hati pun tak tau lah.. yg brother ni lagi sempoi.. anak pun 2 orang.. senang keje dia.. haaa.. katanya.. ambik semua kecuali alat tulis.. huhuhuuu.. orang lelaki ni memang simple..

Selesai urusan buku2 Amiera utk Tahun 2 ni.. tunggu utk urusan kemasukan pada 4 Januari nanti.. aku ngan en hubby cuti ok.. mestilah cuti.. anak pompuan kesayangan dia nak masuk sekolah.. hehehhehe.. kebanyakan parents akan ambik cuti sebab nak settlekan urusan yuran dan buku teks..

Kisah yg menarik perhatian aku adalah SBPA.. dlm paper Utusan kata SBPA ditangguhkan.. Ceupacs dah jumpa PM pagi tadi.. so, atas apa yg dibangkitkan oleh Ceupacs.. PM setuju utk menangguhkan SBPA utk dirunding semula dengan penjawat awam.. aku sokong sangat2 ok! yg tak sokong tu lantak koranglah..

Kisah lain pulaks.. mengenai duit baru yang akan dikeluarkan pertengahan tahun depan.. cantik2 siot.. so, raya tahun depan confirm semua tukar duit raya baru.. huhuhuuhu..

kredit to utusan.com.my

Sebut pasal duit ni kan.. aku punya perangai.. aku suka simpan wang kertas yg nampak baru.. kalau withdraw kat mana2 ATM.. kalau dapat duit baru tu.. aduiiii.. lemah aku rasa.. sebab aku jenis sayang sangat2 nak guna duit2 baru ni (melainkan terdesak).. kadang2 bila dah terkumpul tu bleh lah diguna masa nak raya kan.. tak payahlah aku kalut2 nak pi bank tukar duit.. tapi kalau dah tak cukup tu kena gaklah minta tolong abang aku tukarkan..

tapi memandangkan tahun dpn dah nak tukar duit baru.. kenalah aku guna jugaks duit tu.. arghhhhh.. sayang sangat nak serah duit tu kat mana2 kedai.. ada sapa2 nak tukar ke??

En hubby aku pulak terpaksa EL hari ni sebab ada hal penting dia kena selesaikan.. so, Amiera follow dia sekali ke KL.. seronoklah Amiera tak pi sekolah agama..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah