Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

MAFIST

MAFIST ialah Sek Agama & Tahfiz Muhammad Al-Fateh yg dulunya dikenali sebagai Darul Faqihin.. nama baru sekolah ni baru jerk diluluskan... kalau tak silap aku dalam tahun ni jugaks.. ni adalah sekolah agama Amiera.. rasa bangga siot sebab ada nama Muhammad Al-Fateh... hehehhehe.. sib baik Fateh tak sekolah tu.. kalau tak bleh jadi model sekolah ni.. huhuuuu...

Sabtu lepas sekolah  ni ada buat majlis graduasi dan penyampaian hadiah.. majlis 2 in 1.. sebab apa?? sebab majlis ni juga turut meraikan anak2 tadika.. pd aku majlis ni lebih kepada anak2 tadika sebab banyak aktiviti melibatkan anak2 tadika.. untuk pelajar2 Tahun 1 - 6 hanya penyampaian hadiah, khatam Al-Quran dan persembahan murid2 Tahun 1 dan Tahun 2..


Pukul 8 lebih kami cari dewan tempat berlangsungnya majlis ni.. jenuh pi mencari.. rupa2nya dekat ngan rumah my opismate.. dalam majlis ni Amiera terlibat dengan persembahan Nasyid..

Amiera ngan kawan2..


Ramai jugak para ibu bapa yg datang meraikan bersama2. dan majlis ni telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Tuan Asmawi b Tuan Umar selaku pengasas dan mursyid Imam Muda..

Lepas hantar Amiera.. kami pi sarap dulu.. yerlah kan majlis mungkin start lambat lagi.. pastu pulaks majlis berakhir dalam pukul 1.. kalau tak sarap dulu maun kelaparan kami nanti..

Sampai jerk semula kami kat dewan.. majlis baru bermula.. tengah menyanyi lagu Negaraku.. nak tau apa aktiviti seterusnya.. layan gambar lah yerk sambil aku story sket..


Alunan Tarannum..

majlis khatam Al-Quran..

penyampaian sijil & cenderahati kepada pelajar2 yang khatam Al-Quran..

tayangan multimedia.. aku tak nampak sangat sebab dewan tu cerah..

ucapan alu-aluan oleh Pengurus MAFIST..

sambil pengurus berucap ada muzik latar.. hehehhe.. budak2 ni suka sangat main kerusi ni.. si Fateh pulaks kejenya nyusun kerusi..

ucapan perasmi.. Al-Fadhil Tuan Asmawi.. bercerita sedikit tentang karier.. ada juga diceritakan perihal rancangan Imam Muda dan Ustazah Pilihan.. best bila dengar suara dia membaca doa selepas azan.. kat TV tu suara dialah tu..

majlis diteruskan dengan persembahan nasyid tahun 3, 4 dan 5

kemudian ada penyampaian hadiah untuk Tahun 1 - Tahun 6.. Amiera tak dapat ok! huhuhuu.. nak buat camna.. budak2 pandai2 belaka.. masa ni aku masih tak tau Amiera dapat no berapa dalam peperiksaan tempohari..

Pastu ada persembahan Tadika 6 Tahun iaitu Lakonan Gaza.. gambar tak clear.. malas nak tempek..

kemudian persembahan Tahun 1 dan Tahun 2.. aku terkejut sebab microphone tu ada kat Amiera.. dia yang mulakan persembahan dengan membaca tajuk persembahan pastu diikuti suara2 yang lain.. non-stop budak2 ni baca tajuk persembahan.. mereka nyanyi lagu Sepohon Kayu, Tanya Sama Pokok dan Solatlah Dulu.. aku bangga siot.. suara Amiera bergemang kat dewan tu.. huhuhuhu.. sempatlah aku rakam video..

lepas tu ada penyampaian hadiah Tadika 4 - 6 tahun..

kemudian  persembahan Tadika 5 tahun berjodol Nabi Yusuf a.s

 persembahan tadika 4 tahun berjudul bermacam2 binatang..

 acara kemuncak.. konvokesyen Tadika 6 tahun..

dan akhir sekali persembahan penutup Tadika 6 Tahun iaitu Rentak Bolly Chaya-Chaya.. aku tak snap sebab nak cepat..

kenangan Amiera ngan kawan2..

 
 teman tapi mesra.. chumel.. chumel kan??

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah