ShopPINK @ Ana Muslim

Alang2 dah ke KL kan.. haruslah terjah tempat ni.. walaupun musim cuti masih panjang.. tapi aku tak nak beli keperluan Amiera last2 minute.. takut banyak item yg dah out of stock..

Asalnya kami pi kat Tmn Melawati kalau tak silap aku laaa... cari punya cari tak jumpa2 kedai yg dimaksudkan.. last2 en hubby beli Majalah Adik Muslim.. cari alamat kat dalam majalah tu.. aku ingatkan en hubby tau.. kalau tak aku salin siap2 alamatnya.. Nasib baik kedai Ana Muslim yg terletak di Desa Melawati ni en hubby tau.. senang sket nak cari kedai.. tapi kedai ni agak tersembunyi sket.. kalau orang luar yang tak biasa memang susah nak jumpa..

Nampak jerk kedai (aku lupa nak snap daaa... haish.. excited lebih!).. Amiera menjerit suka.. Nak pergi.. nak pergi.. nak pergi.. masuk jerk kedai.. haaa... ko.. melilau cari barang.. semua comel2.. aku pun suka..yg best tema semestinya color PINK.. semua Amiera nak.. tengok tu nak.. tengok ni nak.. kalau boleh gamaknya satu kedai dia nak angkut..

Pusing punya pusing.. si Fateh pun pusing sekali sampai naik jahanam patung tu di karate nya.. en hubby lah dok layan Fateh.. haishhh.. ligat sungguh lah anak teruna sorang ni.. keje aku cari barang.. semestinya kan.. aku ni cerewet sket.. huhuhuuuhu..

Sambil dok usha barang tu ada gaks kami tanya pasal pembukaan kedai di area Putrajaya.. sebab susah nak ke KL selalu.. dengarnya.. memang ada cadangan nak buka di Alamanda tapi belum ada kata putus sebab lokasi yg diberi oleh pihak pengurusan Alamanda agak tersembunyi sket..

So, nak tengok apa yg aku beli untuk Amiera.. layannnnnnnnnnnnn...





  
buku mewarna, pencil box, wallet, key-chain

T-shirt, paper bag (dpt free), set buku nota dan beg sekolah..

 mug 2 ketul..

Oh ya.. jika anda ada akaun Nuri boleh dapat less 15%.. dan kalau nak jadi ahli pun boleh.. pun dapat less yang sama.. alang2 kan.. terus jadi ahli.. dapat lah kad yg comel seperti di bawah in..

 
aku pilih kad ni ok! pics from http://www.anamuslimshop.com.my

Kalau uols nak beli secara online pun boleh.. klik kat website atas ya.. mesti anak2 suka..


2 omelan:

damia said...

cmne jadi ahli ana muslim?

Faina Arisya said...

damia..

tak sure proper registration utk jadi ahli.. dulu kat kaunter pembayaran Ana Muslim HQ memang diorg ada sediakan kemudahan untuk mendaftar sebagai ahli..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty