Posts

Showing posts from January, 2012

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Misi ke Sauk

Image
N3 ni takde kaitan dengan anasir2 jahat ya.. Ahad lepas.. rombongan meminang anak dara Sauk.. first time ok aku ke Sauk ni.. Sauk yang menyimpan sejarahnya tersendiri.. Masa bujang2 dulu aku pernah pergi ke Kuala Kangsar.. masa tu masih berkhidmat di BTN.. ada kursus profesionalisme kepegawaian.. amboiiii.. susah sungguh nak nyebutnya... aku masih ingat lagi.. sampai jerk kat kem Ulu Kenas.. aku demam teruk.. seluruh badan aku sakit2.. urusetia bawak aku ke klinik.. dr suspect aku demam denggi.. gilos... lepas makan ubat.. barulah demam aku kebah.. tapi suara aku dah tak boleh nak keluar.. serak tak hengat.. yg bestnya.. bila kena present.. aku dikecualikan.. huhuhuhuhu.. best sangat2 sebab suara aku takde lor.. selamat aku.. memang aku penakut kalau nak kena buat presentation sorang2.. Berbalik pada misi kami ke Sauk..

Crazy Price @ Fareeda

Image
Hmmm.. Meh nak citer pasal crazy price baru2 ni di Butik Fareeda..   Ni semua penangan gambar2 model2 Fareeda kat fb.. buat aku teruja nak pi join sekali.. Bermula 20hb lepas.. kan lunch hour hari Jumaat lama.. so, aku mintak tolong en hubby hantarkan.. sampai2 jerk.. punyalah ramai.. aku beratur ambik no dulu.. dapat no berapa tau?? no. 264.. giler ramai yg datang first day.. nombor yg tengah syok shopPINK kat Fareeda tu baru no yg ke 120 lebih.. lagi seratus lebih baru sampai turn aku.. haishhhhh... kebetulan Amiera ikut aku sekali.. lepas kami lunch.. en hubby pi solat Jumaat.. aku ngan Amiera pi beratur.. dah ramai yg menunggu dan keluh kesah sebab lambat tunggu turn.. Bila jam dah kul 2.. aku bla.. memang tak sempat.. frust betul tak dapat masuk kan..

Emo tiba2..

Pagi2 ni tak sempat nak update blog laaa.. ada keje yg menunggu..   Baru sat aku hantar Amiera ke sekolah agama.. ada van yg datang ambik.. sek kebangsaan cuti seminggu.. so, macam biasa utk 3 hari ni pagi2 dia kena follow aku ke opis.. Bila van dah sampai.. salam dan cium dia.. masa aku nak bukak pintu van.. tiba2 Amiera peluk aku..so touching.. bergerak jerk van.. kami berbalas lambai dan flying kiss... ntah macam mana aku jadi sebak.. ya.. mungkin Amiera pun sama sebab cuti lamakan.. dia seboleh2nya nak papa dia hantar dan ambik dia dari sekolah agama.. siap call papa dia lagi masa tgh tunggu van.. Oh ya.. Aku dapat call dari pengusaha van pagi tadi.. dia tak dapat nak ambil Amiera dari sekolah agama dan hantar balik ke rumah.. alasan.. Amiera sorang jer yg naik van tu waktu petang dan jalan agak jem.. arghhhh... sudah.. jenuh nak cari van lain.. kalau takde jugaks.. terpaksa lah Amiera tunggu papa dia ambik..

Hernia vs Hydrocele

Image
Semalam... Disebabkan kerisauan yang amat akan keadaan Fateh.. kebetulan en hubby aku cuti... so, aku ajak dia ke Hosp Putrajaya... Sebelum nak ke hosp kami ke klinik swasta utk dapatkan surat recommendation.. malas nak ke klinik kerajaan takut lambat.. Sampai ke hosp.. cam biasalah.. tgg giliran utk daftar dulu.. pastu serah ke klinik Paediatric.. tak lama pastu.. diorang suh pi ke klinik pakar bedah pulaks.. Fateh dah mula buat perangai.. tak boleh duk diam2.. Staff kat situ bagi kami appointment date... lor.. aku ingatkan blehlah jumpa pakar terus.. lagi 2 minggu lebih baru boleh jumpa pakar bedah!! apa kes.. haiiishhhhh... sungguh berisiko kalau tunggu lama2.. hati tak tenteram selagi tak jumpa pakar bedah...

Hernia

Image
Semalam... Kami bawa Fateh ke klinik Pakar Kanak2 An-Nur.. mcm biasa mesti nak jumpa Dr Khairul coz dia dah kenal Fateh since Fateh kecik lagi.. nak2 pulak bila Fateh selalu masuk wad.. jumpa Dr sebab Fateh batuk dan selesema masih tak hilang.. dah lebih seminggu.. Dr pun dah kenal sangat ngan kami.. dah lama tak jumpa katanya.. huhuhuu.. last sekali tahun lepas masa Fateh genap 2 tahun.. masa tu ambik vaksin Hep. A..  Alang2 dah jumpa Dr pakar kan.. aku minta Dr Khairul check skrotum (buah zakar) Fateh sebab aku baru perasan ada sedikit kelainan.. ada perbezaan antara kedua-dua skrotum tu.. sebelah lebih besar.. tapi Fateh takde rasa sakit apa pun.. masa Fateh bawah umur setahun pernah gak tanya Dr.. tapi Dr kata biasa jerk.. lama2 dia akan hilang sendiri.. tapi kali ni agak besar.. sebelum2 ni memang aku tak delah perasan sangat.. rasanya macam ok jerk kedua2nya.. tapi dalam seminggu dua ni nampak ketara perubahan yang berlaku.. Bila Dr check..

Blog List

Haishhhh... ni yang maleh nak try cuba test template baru ni.. Aku tak upload file xml tu.. aku buat manually.. aku buka file xml tu guna WordPad pastu copy paste kat ruangan html.. Aku tak save pun.. just preview jerk template baru tu.. nak tengok rupanya.. pastu aku Cancel lah kan..  tau2 buka blog dah hilang aku punya blog list... eiiiiiiiiiiiiii... ^*%^^&%$#... Nak tambah balik blog list baru setakat yg aku follow tu bolehlah.. tapi yg lain2?? mana nak ingat.. sebab aku kadang2 suka jadi silent reader.. nak2 pulak blog yg famous2.. malu laks nak follow.. So, dengan tabah hatinya.. aku terpaksa add balik (itupun kalau ingat).. Pengajaran.. tak yah memandai nak preview template baru.. nak2 pulaks bukan dari blogspot sendiri.. haru!

Jaga adik..

Semalam.. Plan nak ke pasar malam lepas Maghrib.. Tapi Amiera dah pesan siap2 yang dia tak nak ikut.. ok.. aku bagi tapi dengan syarat.. kena mandi.. kemas beg dan cepat2 siapkan kerja sekolah.. ok.. dipatuhi.. pastu dia boleh fokus layan citer kartun sementara kami ke pasar malam.. Plannya jugak nak bawak Fateh.. memang tak berani nak tinggalkan dia ngan Amiera sebab Fateh very the lasak.. ntah macam2 yang dibuatnya nanti.. Amiera kalau dah tengok kartun memang tak endah dah apa yg berlaku sekeliling dia.. aku panggil sepuluh kali pun dia wat dono jerk.. tapi kalau aku jerit kat dia.. baru dia balas.. 'Apa??!!'.. sentap aku tau kalau dia balas camtu.. tapi aku dah biasa dah.. bagi nasihat pun tak makan dek saman.. dia dah besar nanti baru dia tau.. Ntah macam mana..

Jerawat!

Image
Aduhaiiii.. Tiba2 tengahari ni aku baru perasan.. jerawat aku naik.. kat tepi batang hidung laks tu.. semalam ok jerk.. tanda nak naik satu pun takde.. kalau naik bijik2 tu takpelah jugak.. tau2 dah bengkak.. hampeh tul! aku usik pun tak.. yg aku dok selalu tenyeh takde pulak nak naiknya.. ni yang aku geram ni.. dah tak comel hidung aku yang mancung mengembang ni.. kui..kui.. kui.. Kes yang sama pun berlaku seminggu lalu.. tiba2 naik mendadak 2 ketul.. satu kat kening.. satu kat tepi hidung.. aduiiii.. bengkak macam ni memang susah nak hilang.. sebabnya dia akan membengkak.. membengkak.. membengkak.. dan of course akan ketara bengkaknya.. nak di picit tak boleh.. sebab akan bertambah teruk.. so, aku tenyeh ngan krim fair and lovely sebab nak kurangkan bengkak.. tapi kesannya tak ketara sangat.. dia tetap akan membengkak dan berwarna merah.. sapulah compact powder berpuluh2 kali sekalipun.. bengkak tetap ketara.. dah macam kutu babi melekat kat muka aku ni.. korang tau tak kutu b@b!

Motor Smart

Image
Anak dara aku nan sorang ni... pantang nampak motor besar dan unik.. terus dia akan cakap.. fuyooo... motor smart! amboi.. kecik2 dah pandai.. high taste laks tu.. nasib badan.. Teringat masa aku sekolah rendah.. mana ada motor2 besar ni.. semuanya yg kapcai2 jerk.. kalau ada yg besar pun kalau tak silap aku motor RXZ.. kalau budak2 lelaki kat kampung aku tu pakai motor RXZ kira dah hebatlah.. kira kaya lah... Bila tengok ragam Amiera.. teringat aku.. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. dulu aku pun sama.. suka sangat tengok motor2 besar.. especially yang seangkatan dengan HD.. masa tu pelakon sensasi Awie tengah top.. aku siap beli kaset single album Awie.. dapat pulaks poster Awie ngan motor HD dia.. siap aku tampal kat dinding ko!! fanatik sungguh ngan motor 'smart' ni..   pics cari kat google..  agaknya bih kurang camni kot motor 'smart' Awie dalam poster.. aku dah tak ingat dah.. tak jumpalah poster tu kat google.. Bila aku sekolah m

Kes buang..

Image
Tabiat membuang ni since Amiera kecik lagi.. bukan buang uk uk eh.. tapi buang barang... geram sungguh lah hai.. kali ni dipelopori adik dia si Fateh ni.. adik dia lagi dasatttttttt... kalau boleh semua barang dalam rumah tu nak dibuangnya.. kalau takat buang kat tong sampah.. ok lagi laaa.. ni dak.. dia pi campak ke luar rumah.. samada dari balkoni atau dari yard.. mana ada ruang lapang.. dia akan campakkan barang2.. Sejarah... Amiera pernah buang kucing kesayangan masa umur dia dalam 2 tahun lebih gaks... pun dia campak dari balkoni masa kami duk kuarters lama dulu.. masa tu kami tingkat 10.. sedih tau.. dahlah mahal (time tu ler..).. comel laks tu.. kami tau kes dia buang kucing beberapa hari kemudian.. jenuhlah pi cari sekitar kawasan.. langsung tak jumpa.. sampai aku tampal iklan kat area lif.. tapi takde sesapa yg jumpa... last2 en hubby belikan yang baru yang sebijik.. mulai haritu memang kami monitor Amiera.. barang2 lain yang dibuang tu aku tak sure lah pulaks.. takde pulak

Wajarkah?

Salam pagi Isnin.. Sihat semua?? amboi.. amboi.. amboi.. mentang2 hari ni PA dapat gaji.. terus bersemangat nak datang kerja ya.. dah takde istilah Monday Blues laaa.. Monday whatever laaa.. hehehhehhe.. just joking ok.. Pagi ni aku nak luah sedikit info mengenai skim F dalam perkhidmatan awam ni.. tapi ada ke yang nak baca luahan aku ni?? setakat kawan2 pejabat, rakan dan kenalan2 di alam maya ni adalah.. Baru2 ni ada perjumpaan di MAMPU.. tapi aku tak pergi sebab nama tak naik.. lagipun kalau nak pergi jugak takde member.. Antara intipati utama yang dimaklumkan.. adalah cadangan utk mewujudkan satu jabatan sendiri dan mungkin akan dikorporatkan.. jangkaan dilaksanakan pada tahun 2014 or 2015.. dalam hal ni ada pro dan cons.. tapi aku rasa banyak cons lagi..

Pop Kuiz

Petang2 Jumaat yang tengah hujan lebat kat luar nun... Kat opis aku ni.. semua team projek ngan team development kena ambik kuiz.. Mula2nya aku ingatkan soalan2 kuiz pasal IT or yg berkaitan dengan coding yg aku tau lah kan.. sekali ko.. tup2.. semua soalan berkaitan Java.. mampuih.. kecoh sat kat opis.. masing2 kelu nak menjawab.. terpaksa google.. tu pun still tak faham2.. aduiiii laaaaaaaaaa.... dan akhirnya.. belasah jerklah.. kalau betul tu kira nasiblah.. kalau salah tu memang aku tak tau ok! Tapi risau gaks kalau jawapan2 aku tembak tu mengena.. mampus.. tergolek dok aku.. tak pasai2 kena masuk team Java... tulunnnnnnnnnnnnnnnnn.... aku tak mau... kenapalah otak aku ni tak boleh accept Java... dush.. dush kat kepala sendiri!

Perihal Jering

Image
Salam Jumaat.. Actually since semalam.. aku tak tau nak cerita apa.. takde idea.. lagipun sibuk sket ngan kerja coding aku yg takde kesudahan ni.. Hari ni pun tak tau nak cerita apa.. aku cerita pasal jering lah..   kredit to info-gallery.org Korang makan jering?? mesti ramai yg tak suka kan.. zaman aku dulu biasanya yg hidup di kg jerk makan jering ni.. kat bandar tak taulah..

Red Day @ KRR

Image
Fuhhhh... letih ko beratur.. nak kata panjang sangat tu idak lah.. tapi boleh lagi lah nak makan sebelum pukul 2.. Aku tau ni pun dari blog MrsK.. kebetulan ko.. memang aku hari ni pakai tudung merah.. baju aku bunga2nya takdelah color merah terang.. tapi bolehlah menepati tema hari ni.. tapi.. nak pergi tu macam malas jerk bila MrsK kata cam ramai jerk yg beratur panjang..

Impian Tertunai Sudah..

Image
Impian ni memang dah lama.. tapi asyik terbantut jerk.. asyik bertangguh2 jerk.. Sebelum ni aku pernah terbaca satu post MrsK aka rakan blogger merangkap x-jiran setaman pasal satu website yg bleh print photo.. nampak menarik.. tapi aku macam takde masa nak pilih2 gambar.. last2 terkubur macam tu jerk.. Then baru2 ni.. en hubby suh aku print gambar2 Fateh.. dan aku cadang kat en hubby print secara online.. lebih murah.. tapi aku dah lupa website tu.. gigih aku cari kat google balik.. jumpa website ni.. mungkin betul lah kot seperti mana yg dibagitau MrsK.. http://www.eoe.com.my/ ... harganya cukup murah.. 30 sen utk 4R, 50 sen utk 5R.. dan aku tengok harga bagi size2 yg lain pun lebih murah compare ngan kedai2 gambar kat Putrajaya ni lah kan.. kat kedai2 lain especially kat kawasan2 di luar bandar aku tak tau lah pulaks..

Pelopor KSSR

Image
Petang semalam.. Amiera sampai rumah dengan tanpa sebarang beg.. rupa2nya dia sampai sama waktu ngan en hubby.. en hubby yang sandang beg dia.. kesian.. dia dah dapat buku teks.. banyak lah tu.. 15 buah kesemuanya termasuk buku aktiviti.. Ni yang aku dok risaukan.. kan bagus buku teks diberi semasa hari pertama persekolahan.. ramai parents yg ambik cuti.. senang sket anak2.. biar kami yg bawak balik.. ini tidak.. kan dah menyusahkan budak2.. aku mintak en hubby bangkitkan isu ni masa mesyuarat PIBG nanti.. jangan jadikan alasan buku teks lambat sedangkan KSSR telah diumumkan since tahun depan.. takkan nak menghasilkan buku teks memakan masa setahun?? takkan nak mengecop buku2 baru tu memakan masa berbulan2.. masa Amiera Tahun 1 boleh jer dapat masa hari pertama.. konpius aku! takkan dalam tempoh sebulan lebih cuti akhir persekolahan.. kerja2 menguruskan buku teks tak boleh dibuat..

Kangkang??

Tajuk sensitip ka?? dak aihhh.... Aku bukannya nak cerita pasal nasi kangkang or what so ever yg berkaitan dengan ilmu2 tunduk menunduk ni.. tak kuasa aku nak layan.. kalau suka or tak suka.. terus terang aja.. habis cerita.. takde masa nak mandrem2 ni.. setiap pasangan kena ada 3 K.. aitt.. dah macam Dato CT kita laks.. suka sangat ngan huruf K.. ni bukan aku yg kata ok.. ni Adlin AR yg bgtau masa MLM (Maharaja Lawak Mega).. tau 3 K tu apa?? Kasih Sayang, Keikhlasan dan Kejujuran.. itu dah memadai.. kalau ada yg nak nambah ke berapa banyak K pun tak pe.. eg. Kebijaksanaan.. Kekayaan.. Kecantikan.. Keromantikan... kwang.. kwang.. kwang.. ikut suka hati masing2.. lain orang lain kehendaknya.. Actually.. aku nak cerita pasal Fateh..

Masih di SSM

Semalam tengok berita kat tv3.. nampak ada pernyataan kat skrin tentang bayaran gaji utk Januari 2012.. Buat masa ni gaji Jan 2012 ni akan di bayar mengikut gaji semasa di SSM.. dan dengar dari kawan opis kata.. lebihan gaji untuk sesiapa yang menerima SBPA akan diterima pada penghujung bulan Januari.. sahih ke tak?? aku tak sure.. tak jumpa pulak info kat mana2 paper Online.. Korang tau tak mengenai isu ni?

Ultraman in da House..

Image
Fateh adalah peminat tegar Ultraman.. walaupun banyak siri2 kartun mcm Boboiboy, Upin Ipin dan lain2.. tapi Ultraman tetap di hati.. ntah apa yg best sangat pun aku tak tau.. Dan untuk menggembirakan anak teruna sorang ni.. en hubby berbesar hati membuat jemputan khas.. Khusus untuk peminat Ultraman..

Berakhir sudah..

Image
Hmmm... Lama sungguh menanti.. akhirnya berakhir jugak kisah ni.. selagi tak habis selagi tu aku teruja nak follow kisah nya.. Tahu apa?? tak lain tak bukan... MasterChef Malaysia.. semalam.. di siarkan di Astro Ria.. 2 finale berentap utk merebut gelaran MasterChef Malaysia yang pertama.. Masa mula2 tu.. Ezani dan Wahidan diberi masa setengah jam utk sediakan resepi utk dihidangkan pada hari tu.. Lepas tu pulaks.. tetiba geng2 yg dah terkeluar sebelum ni masuk dengan senyum2.. hehehhehe.. ingatkan nak support Ezani dan Wahidan.. tup2 chef Zubir kata diorang akan bantu mereka memasak.. lor.. tak best lah kan.. dah nama pun finale.. nape nak kena bantuan orang lain.. bertanding 2 orang aja udahlah.. ni kira kerja berkumpulan balik.. hishhh.. sungguh aku tak setuju dengan konsep pertandingan akhir ni.. sebab bila masak berkumpulan.. walaupun resepi asal adalah dari peserta akhir sendiri.. walaupun pembantu tidak boleh beri sebarang idea untuk memperbaiki resepi.. tapi dari segi t

Awan yang terpilu

Image
Pics ni aku snap masa on the way nak gi sekolah Amiera dari Bangi.. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi ngan kawan2... keindahan ciptaan Allah yang maha Esa.. langit membiru.. cuaca panas terik.. pintalan awan yang jelas kelihatan.. indah tapi menyimpan seribu rahsia..

Badi Merah

Image
Lagi 2 hari.. MasterChef Malaysia yang pertama akan dinobatkan.. tapi dah tau sebenarnya cuma tak diwar-warkan jerk.. maklumlah semuanya dah dirakamkan siap2.. cuma belum disiarkan di Astro.. Uols tengok tak minggu akhir untuk menentukan 2 peserta yang layak ke pertandingan akhir?? Masa tinggal 6 orang tu.. aku ingatkan semuanya masuk final.. rupa2nya ada lagi pusingan penyingkiran.. Masa ujian berkumpulan.. aku ingat kata2 Zamir.. bila dia dapat apron Merah.. dia dah takut.. sebab sepanjang pertandingan MasterChef Malaysia ni.. hanya sekali jerk kumpulan Merah menang.. itu memang aku akui.. setiap kali aku nengok ujian berkumpulan.. asyik Kumpulan Biru jerk yg menang.. masa kumpulan Merah menang tu aku tak tengok rasanya.. seperti yg Zamir cakap.. aku setuju sebab color Merah memang takde Ong dalam MasterChef Malaysia.. Dan keputusan berkumpulan tu memang tak menyebelahi kump Merah.. kesian.. Zamir, Felix dan Emelda akan ke pusingan penyingkiran.. dalam pusingan ni diorang ken

First Day Amiera @ School

Image
Seawal 6.30 pagi.. awal ke?? huhuhuhuu.. dah lambat aku rasa adalah.. semangat nak hantar Amiera ke sekolah.. Bila time nak kejutkan Amiera.. alahai.. liat sungguh.. dahlah malam sebelumnya tidur lambat.. suh tidur awal tak mau nya dia.. haa.. bangun pagi dah susah.. lepas mandi.. aku dengar Amiera nanges di sebalik towel yang ditelangkup kat kepala dia.. nak nyuruk dari aku ler tu.. bila aku tanya kenapa dia nanges... katanya.. tak nak pi sekolah.. nak ikut aku.. arhhh.. sudah.. dah wat hal ler pulaks.. kenalah pujuk.. Aku hantar Amiera dulu sementara en hubby hantar Fateh ke taska.. en hubby akan datang kemudian ke sekolah Amiera.. Nasib baik kat perhimpunan Amiera tak nanges2... huhuhuuh.. aku tengok ramai gaks parents yg hantar anak especially anak2 yang baru masuk Tahun 1.. teringat masa hantar Amiera tahun lepas.. kali ni murid2 Tahun 1 makin ramai sampai terpaksa tambah 1 kelas lagi..   kat depan lif.. kena paksa ngan mama berposing sebelum gi sekolah.. 

Semangat Tahun Baru

As salam.. 3 hari bercuti yg lepas sempena tahun baru 2012.. rasanya puas gak lah sebab melepak jerk kat rumah.. kalau pi jalan2 confirm rasa tak cukup jerk cuti 3 hari tu.. asalnya nak melepak kat rumah tu sebab nak kemas2 rumah, nak wat preparation utk Amiera masuk sekolah nanti.. Pagi Sabtu.. aku ajak Amiera.. kemas beg sekolah.. masukkan apa yang patut kat dalam beg.. buka semua bungkusan barang2 sekolah yg dibeli sebelum ni.. kalau aku tak join sekali.. ntah apa yg di buatnya.. budak2 ni kalau kita tak suruh.. memang tak akan dibuatnya.. takde semangat langsung nak ke sekolah.. kalau time aku dulu tu.. bila nak masuk sekolah balik.. mesti excited.. dan kalau dapat keperluan barang2 sekolah yg baru lagi excited.. tapi Amiera.. biasa2 jerk pada dia.. sungguh aku tak faham! Ntah macam mana.. petang Sabtu tu aku rasa semacam.. kepala aku berat.. rasa tak sedap badan.. nak kata demam tu tak pulak.. tapi memang lemah selemah2nya.. tidur malam batuk2.. mungkin sebab kepanasan melan

Welcome 2012

Image
N3 Auto-Publish... Selamat Tahun Baru semua... semoga dengan kedatangan tahun baru ni.. akan lebih bermakna dalam kehidupan kita semua..   binatang2 pun suka nyambut tahun baru..   all pics from google.. HAPPY NEW YEAR!!