Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Crazy Price @ Fareeda

Hmmm..

Meh nak citer pasal crazy price baru2 ni di Butik Fareeda..


Ni semua penangan gambar2 model2 Fareeda kat fb.. buat aku teruja nak pi join sekali..

Bermula 20hb lepas.. kan lunch hour hari Jumaat lama.. so, aku mintak tolong en hubby hantarkan.. sampai2 jerk.. punyalah ramai.. aku beratur ambik no dulu.. dapat no berapa tau?? no. 264.. giler ramai yg datang first day.. nombor yg tengah syok shopPINK kat Fareeda tu baru no yg ke 120 lebih.. lagi seratus lebih baru sampai turn aku.. haishhhhh... kebetulan Amiera ikut aku sekali.. lepas kami lunch.. en hubby pi solat Jumaat.. aku ngan Amiera pi beratur.. dah ramai yg menunggu dan keluh kesah sebab lambat tunggu turn..

Bila jam dah kul 2.. aku bla.. memang tak sempat.. frust betul tak dapat masuk kan..



So, habis office hour aku pergi lagi.. tapi sayang.. dah tak pakai no2 giliran ni.. dan lebih kecewa sebab tak banyak dah tudung yang tinggal.. tapi beli gak ler selai dua.. walaupun hati meronta2 nak yg cantik2 macam dalam fb kan..

Amiera yg setia menunggu aku.. hehehhee.. dia pun nak jugak.. haishhh.. kecik2 nak pakai tudung mahal2.. tunggu mama wariskan tudung mama yer sayang..
Disebabkan tak puas hati tak dapat apa yg aku nak.. aku mintak en hubby hantar aku esok paginya seawal jam 8 pagi ke butik.. perghhh.. dah ramai yg menunggu.. aduuiiii... sib baik.. sementara nak menunggu kaunter buka pukul 9.. borak2lah ngan peminat2 Fareeda.. ada yang datang dari JB, Melaka, Kedah.. semuanya semata2 kerana Fareeda.. hebat sungguh lah hai..

Dan aku dapat no. 22... alaaa.. sket jerk lagi.. kalau tak.. dapat masuk kumpulan ke-2.. huhuhuhu.. dah kumpulan ke-3.. gamaknya kul 10.45 baru dapat shopPINK..

Lepas ambik no.. pi sarapan dulu ngan peminat Fareeda dari Nilai.. dia cikgu sekolah rendah.. sambil makan sambil berborak.. untung sungguh kedai makan yg berhampiran ngan butik..

Pastu kami berkumpul di depan butik.. lepak sambil borak2.. nasib baik masa tengah tunggu giliran tu tak ramai dari kumpulan 1 dan 2 yang beli tudung PINK... hehhehehhe.. masa diberi hanya 20 minit utk shopPINK.. bila kump ke-2 tengah membayar.. staff kat situ keluarkan stok tudung2 baru.. waaa... panas2.. memang tak sabar nak rembat ni..

Alhamdulillah.. dapat jugak yg cantik2 walaupun tak sama ngan fb.. jadiklah kan.. tapi moments masa beratur dan nunggu giliran.. berkenal2an.. memang best.. meriah!!..

Inilah hasil shopPINK aku kat butik Fareeda utk 2 hari..

dpt beg yg sangat ekslusif.. beserta ngan kalendar comel..

huhuhuuu.. rabak poket aku..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah