Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

First Day Amiera @ School

Seawal 6.30 pagi.. awal ke?? huhuhuhuu.. dah lambat aku rasa adalah.. semangat nak hantar Amiera ke sekolah..

Bila time nak kejutkan Amiera.. alahai.. liat sungguh.. dahlah malam sebelumnya tidur lambat.. suh tidur awal tak mau nya dia.. haa.. bangun pagi dah susah.. lepas mandi.. aku dengar Amiera nanges di sebalik towel yang ditelangkup kat kepala dia.. nak nyuruk dari aku ler tu.. bila aku tanya kenapa dia nanges... katanya.. tak nak pi sekolah.. nak ikut aku.. arhhh.. sudah.. dah wat hal ler pulaks.. kenalah pujuk..

Aku hantar Amiera dulu sementara en hubby hantar Fateh ke taska.. en hubby akan datang kemudian ke sekolah Amiera.. Nasib baik kat perhimpunan Amiera tak nanges2... huhuhuuh.. aku tengok ramai gaks parents yg hantar anak especially anak2 yang baru masuk Tahun 1.. teringat masa hantar Amiera tahun lepas.. kali ni murid2 Tahun 1 makin ramai sampai terpaksa tambah 1 kelas lagi..

kat depan lif.. kena paksa ngan mama berposing sebelum gi sekolah.. 



i love her so much!

Memandangkan hari pertama persekolahan jatuh pada hari Rabu.. so, takdelah lagu2 bagai coz perhimpunan formal hanya diadakan setiap hari Isnin.. bagus jugakkan.. cepat sket urusan kami di sekolah.. bila murid2 Tahun 2 hingga Tahun 6 dah masuk ke dalam kelas.. Tahun 1 cam biasa.. ada banyak lagi agenda di tapak perhimpunan.. aku dah lepas da azab menunggu di tapak perhimpunan... lalallalalla..

sib baik Amiera duk tengah2.. ingatkan dah lambat kena duk belakang..

ucapan ringkas dari pengetua..

ramai parents bersemangat hantar anak ke sekolah.. Amiera ngan kawan2 berangkat ke kelas..

Aku ajak en hubby cari kelas Amiera.. fuhhh.. letih ko.. kelas dia kat tingkat 2.. kesian budak2 yang kena naik tangga dengan bawak beg berat2.. ni yang aku sedih bila memikirkan Amiera.. dah lah keding.. bawak beg berat2.. kang tersilap langkah.. nauzubillah.. mintak dijauhkan lah.. moga Amiera lebih tabah dan kuat dalam menempuh alam persekolahan.. bak kata pepatah.. bersusah-susah dahulu.. bersenang2 kemudian..

Aku tengok ramai gak parents dah siap menunggu kat luar.. tujuan kami adalah sama.. selain memantau anak2.. kami nak bayar yuran persekolahan.. tapi aku tengok guru kelas tak bawa sebarang dokumen apa pun.. dia cuma layan budak2 ni jerk.. nampak cikgu tu sibuk jerk.. malas nak pergi tanya.. parents yg lain pun sama.. just tengok anak2 dari luar jerk..

awat susun atur meja peliks jerk.. bleh teleng leher dibuatnya.. macam nak jadi juri pun yer.. Amiera duk sit akhir sekali.. sebelah Amiera tu Mawaddah.. yg aku perasan kan.. dalam ramai2 rakan pompuan yg sekelas Amiera.. Amiera lah yang paling comel sekali (bila dia bertudung saja ok!).. bukan nak bangga anak sendiri ya.. tapi memang betul..

Masa cikgu nak susun atur meja.. aku dah risau.. sebab bila di susun 2 meja.. Amiera tak akan ada partner.. lagi pendiam Amiera jadiknya.. tiba2.. aku nampak.. ada rakan sekelas Amiera yg cerdik pandai.. yg jenis pandai bergaul.. aku tak tau namanya.. mintak pindah tempat ngan Mawaddah yg duk sebelah Amiera.. sorang yg sangat pendiam.. dia pun ngikut jerk.. tujuan budak tu buat macam tu sebab dia nak duk sebelah menyebelah ngan kawan baik dia kot.. then bila Mawaddah angkat beg nak pi tempat duduk tu yg sebelah Emelda.. cepat2 Emelda panggil Amiera duk sebelah dia.. huhuhuhuu.. Amiera ngikut jerk.. kesian Mawaddah.. dia diasingkan.. last2 Mawaddah terpaksa duk keseorangan.. takde partner.. mungkin kawan2 sekelas yang lain tak nak kawan dia sebab dia pendiam sangat2 compare ngan Amiera.. then tak lama lepas tu ada budak lelaki baru masuk duduk sebelah Mawaddah.. ada gaks partner dia walaupun lain jantina.. dan berita terkini yg aku dengar dari Amiera.. budak baru tu kena duk kat depan.. Amin terpaksa duk belakang sebelah Mawaddah.. kesian Amin..

Bila tengok gelagat budak2 sekolah ni kan.. teringat zaman aku sekolah dulu2.. kalau tak silap aku masa tu Darjah 6.. macam gitu gaks.. aku pernah nanges sebab takde partner.. rasa diasingkan.. tapi guru kelas aku baik sangat2.. dia yg pujuk aku.. coz why?? coz aku adalah pelajar favourite dia.. jangan mare yer kawan2 yg pernah sekolah ngan aku dulu.. aku rasa aku tau kenapa aku diasingkan.. sebab aku ni ketua kelas yang garang nak mampos! hari2 bulu ayam ada kat tangan aku.. nak pukul budak2 yang tak duk diam.. boleh gitu?? sorry yerk kawan2 yg pernah kena pukul ngan aku.. harap dimaafkan.. ada ke yang berdendam ngan aku?? tu cerita zaman kanak2.. umur pun dah lebih suku abad.. tu pun nak emo ke?? alahai.. tak macho lah beb!

Ok.. back to kisah Amiera.. bila dah lama sangat nunggu kat luar.. ada sorang parent tu tanya kat cikgu yg kebetulan nak jumpa guru kelas Amiera.. yuran tak perlu di bayar pada hari tu.. murid2 akan diberi surat jika ada sebarang yuran diperlukan.. lega.. sebab tak perlu beratur nak bayar yuran..

Lepas tu kami pi sarapan kat kantin sekolah.. then kami patah balik ke kelas.. tengok Amiera sebelum meninggalkan sekolah..

Tengaharinya.. kami pergi semula ke sekolah menunggu Amiera pulang dari sekolah.. tersenyum2 dia.. bila Amiera tau kami ada.. sah2 dia nak ikut kami.. lepas mention kat driver van.. kami bawak Amiera lunch dulu..

Masa nak hantar Amiera ke sekolah agama.. dia buat hal balik.. dia tak mau pi sekolah agama.. meraung2 dalam kereta tak mau pi.. nak tak nak aku pujuk dia lagi.. bila dah redha tangisnya.. muka tok sah cakaplah.. masam mencuka.. cuka pun kalah masamnya.. aku temankan Amiera mandi kat sekolah agama.. lepas dia siap.. baru dia bersuara.. nak ikut aku.. ho..ho.. ho.. ingatkan menda lah.. bila aku geleng kepala.. dia diam balik.. sedih ler tu.. bila aku nak balik.. baru dia bersuara.. nak gi kedai katanya.. layan gaklah.. asalkan dia happy.. bila dia jumpa kawan2.. baru ok sket.. macam biasa.. kena bagi macam2 amanah kat Amiera.. takut dia leka..

i like this pic.. she's so cute..

Memandangkan masih awal utk menunggu ke petang... kami ambik kesempatan lor berdua2an.. bila lagi kan.. tengok wayang ler tanpa anak2.. layan citer Bila Malam Kubur Berasap.. ingatkan best laaa.. jalan cerita biasa2 jerk.. lawaknya alahai.. takdelah kelakar sangat.. sound effect dia hancus.. sakit gegendang telinga aku ni.. aku bleh bagi 3 bintang jerk utk filem ni.. nasib baik hari Rabu kan.. so harga tiket murah sket.. kalau tak tu aku rasa rugi yang amat..

Petangnya.. kami just nunggu Amiera di rumah.. dia balik naik van.. alhamdulillah.. Amiera berjaya mengharungi ujian hari pertama persekolahan..

Dan macam biasa.. ada saja yang nak disampaikan Amiera.. antaranya yg menarik perhatian aku adalah.. kawan2 kelas dia usik dia.. usik tudung dia.. kata Amiera.. kawan2 dia cakap dia comel.. hohohoho... memang tak disangkalkan pernyataan aku tadi.. kawan2 dia sendiri pun puji dia ok!

Apa pun.. untuk Amiera.. if you read this blog bila dah besar nanti (if this blog still exist).. Mama dan Papa sentiasa nak kan yang terbaik untuk Amiera dan Fateh.. kami sentiasa mendoakan semoga Amiera jadi anak yang solehah dan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.. Mama & Papa sayang Amiera sangat2..

Comments

Suraya Baharun said…
amiera memang nampak cute bila pakai baju sekolah tu...seronok nye kak ina hantar anak g sekolah...tak sabau rasanya nak tunggu giliran zahraa pulak...kene tunggu 4 tahun lagi...
syalinda johari said…
alalalaa..cantik amiera..
tak sabaq nk hantar iris nanti masuk sekolah
Faina Arisya said…
su..

memang seronok nak hantar anak ke sekolah.. tapi kita sebagai parents yg bekerjaya.. memang besar dugaannya.. zahraa kasi dia main puas2 dulu.. nanti dah masuk alam persekolahan.. kesian tengok anak2..

syalinda..

nanti Iris dah start tadika bleh praktis dulu sebelum masuk alam persekolahan yg sebenar..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah