Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hernia vs Hydrocele

Semalam...

Disebabkan kerisauan yang amat akan keadaan Fateh.. kebetulan en hubby aku cuti... so, aku ajak dia ke Hosp Putrajaya...

Sebelum nak ke hosp kami ke klinik swasta utk dapatkan surat recommendation.. malas nak ke klinik kerajaan takut lambat..

Sampai ke hosp.. cam biasalah.. tgg giliran utk daftar dulu.. pastu serah ke klinik Paediatric.. tak lama pastu.. diorang suh pi ke klinik pakar bedah pulaks.. Fateh dah mula buat perangai.. tak boleh duk diam2..

Staff kat situ bagi kami appointment date... lor.. aku ingatkan blehlah jumpa pakar terus.. lagi 2 minggu lebih baru boleh jumpa pakar bedah!! apa kes.. haiiishhhhh... sungguh berisiko kalau tunggu lama2.. hati tak tenteram selagi tak jumpa pakar bedah...


Kul  6 lebih.. kami pi jumpa pakar bedah kat Hosp Pakar An-Nur.. lagi cepat.. semalam jumpa Paed... hari ni dah boleh jumpa pakar bedah.. senang cerita.. tak yah nak nunggu berminggu2.. kalau setakat bayar RM100 utk konsultan.. kami tak kisah demi anak2..

Masuk jer bilik.. nampak dr muda lagi.. mungkin 30 - 40 an.. terang kat dr masalah Fateh..

Bila dr check.. dr kata Fateh bukannya kena Hernia.. siap buat experimen lagi.. ditutupnya semua lampu.. then di suluh pada skrotum Fateh.. memang jelas.. hanya cecair..

Then dr tunjuk gambar2 perbezaan antara Hernia dan Hydrocele (nama penyakit spt Fateh ni)..

kredit to oumedicine.com.. inilah contoh gambar yang dr tunjukkan semalam.. beza Hernia dan Hydrocele.. penyakit Fateh macam gambar yg last sekali..


Lepas berdiskusi ngan dr.. barulah kami rasa lega sangat2.. bersyukur sangat2 kepada-Nya kerana makbulkan doa2 kami.. dr ni adalah pakar dari HUKM.. dia part-time kat situ.. tapi dia memang best.. setiap penjelasan dia memang detail.. memang kami berpuas hati..

Apa pun.. Fateh tetap perlu dioperate untuk menyedut cecair tersebut dan menutup lubang kecil tersebut..

Untuk makluman semua, Hydrocele ni terjadi semasa anak lelaki masih dalam kandungan kita lagi.. pada asalnya, buah zakar masih berada di pusat bayi.. dan apa bila dah cukup bulan.. buah zakar akan ke kantung zakar secara automatik.. kuasa Allah.. dan dalam masa yang sama.. akan ada juga cecair yang akan turut serta.. setelah buah zakar turun.. lubang akan tertutup dengan sendirinya.. dan sekiranya lubang tidak tertutup sepenuhnya.. inilah yang boleh menyebabkan berlakunya Hernia..

Dalam kes Fateh.. lubang tidak tutup sepenuhnya tetapi saiznya adalah terlalu kecil.. usus tidak boleh turun kerana lubang adalah sempit.. dan yang boleh turun adalah cecair.. lama-kelamaan cecair tu akan banyak.. sebab tu Fateh tak sakit kerana ianya adalah air..

Menurut dr, torehan kecil yg hampir bersaiz 1cm akan di buat dan proses pembedahan memakan masa 1 jam.. katanya lagi.. kalau pagi operate.. petang dah boleh balik..

Kami tanya juga mengenai kos pembedahan di Hosp Pakar An-Nur.. kata dr.. kos adalah dalam RM5K ke atas... perghhhh.. mahal siot.. dah hampir sama dengan kos aku bersalin secara ceaser..

Appointment untuk pembedahan belum dibuat.. ada hal yang perlu kami uruskan terlebih dahulu.. lagipun Fateh masih tidak sihat..

Apa pun aku bersyukur sangat2 selepas mengetahui penyakit yang sebenar.. takdelah aku risau nak hantar Fateh ke taska..

Comments

Suraya Baharun said…
Alhamdulillah...semua tanda tanye telah terjawab...
Faina Arisya said…
su..

alhamdulillah... baru lega rasanya..
Shima said…
Boleh tau..akhirnya anak puan operate jugak ke utk buabg air tu or hilang sendiri...
Faina Arisya said…
Shima..

Tak jadi buat operation.. sebab air tu hilang dgn sendiri.. alhamdulillah.. tak sanggup tengok anak kena operate..
Unknown said…
Assalam puan nak tanya,tempoh berapa lama ye cecair dalam kantung anak puan hilang?
Sebab anak saya juga mengalaminya.
Tq puan
Faina Arisya said…
This comment has been removed by the author.
Faina Arisya said…
Unknown..

Cer baca post ni.. dr pakar bgtau after 6 months.. saya pun tak berapa ingat bila hydrocele tu hilang sepenuhnya.. semoga anak awak cepat sembuh ya..

https://faina7748.blogspot.com/2012/02/fateh.html

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah