Anak dara aku nan sorang ni... pantang nampak motor besar dan unik.. terus dia akan cakap.. fuyooo... motor smart! amboi.. kecik2 dah pandai.. high taste laks tu.. nasib badan..
Teringat masa aku sekolah rendah.. mana ada motor2 besar ni.. semuanya yg kapcai2 jerk.. kalau ada yg besar pun kalau tak silap aku motor RXZ.. kalau budak2 lelaki kat kampung aku tu pakai motor RXZ kira dah hebatlah.. kira kaya lah...
Bila tengok ragam Amiera.. teringat aku.. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. dulu aku pun sama.. suka sangat tengok motor2 besar.. especially yang seangkatan dengan HD.. masa tu pelakon sensasi Awie tengah top.. aku siap beli kaset single album Awie.. dapat pulaks poster Awie ngan motor HD dia.. siap aku tampal kat dinding ko!! fanatik sungguh ngan motor 'smart' ni..
pics cari kat google.. agaknya bih kurang camni kot motor 'smart' Awie dalam poster.. aku dah tak ingat dah.. tak jumpalah poster tu kat google..
Bila aku sekolah menengah..
di usia remaja kan .. standardlah.. mulalah aku suka tengok motor2.. dunia pulak semakin maju.. dah banyak jenis2 motor di pasaran dari pelbagai jenama seperti Yamaha, Honda, Suzuki.. dan yang paling famous.. motor TZM.. sebut tentang TZM ni mengingatkan aku pada sorang brother kilang kat Nilai.. huhuhuhu.. malu pulaks nak cerita.. tapi alah kenangan lama.. best gak di rewind semula.. setiap kali lunch hour hari Jumaat.. brother tu ngan geng2 motor dia akan makan kat medan selera sebelah masjid.. kebetulan memang tempat lepak aku ngan kawan2 sambil nunggu bas.. merah menyala ko motor TZM dia..
bih kurang camnilah motornya.. dari segi design tu aku tak ingat.. tapi yg paling aku ingat logo TZM tu..
Aku kan pantang nampak motor 'smart' bak kata Amiera.. aku tengok motornya.. pastu tengok orangnya.. hehehhehe.. tak padan.. orangnya kecik.. motornya besar.. huhuhuhuhu.. tapi sib baik time tu brother tu lah yg paling hensem compare ngan kawan2 dia yang lain.. tapi tak sehensem en hubby aku nan sorang... kan abg kan..
Tiap2 Jumaat tengahari camtu lah.. datang jerk dia.. aku tengok motor ngan orangnya.. aku tunggu bas jerk.. dia pun datang.. cam ada instinct plaks.. dah macam takde tempat lain diorang nak pi makan gamaknya.. huhuhuhu.. lama2 brother tu pun perasan kot.. datang memberanikan diri jumpa aku ngan kawan2.. kwang.. kwang.. kwang... aku jadi malu ko!! padan muka.. dahlah aku ni tak biasa ngan kaum lelaki.. nak kata aku sekolah perempuan jauh sekali.. nak kata anti ngan lelaki tu tak jugak.. tapi malu tahap gaban aku ni terlebih sudah.. toing.. toing.. toing..
Cam biasalah kan.. sesi perkenalan.. kalau tak silap aku Azhar namanya.. just borak2 biasa jerk tak lebih daripada tu.. sampai bas aku bla laaa.. malu ko!
Itulah kenangan aku ngan mat motor 'smart'..
Walaupun aku minat ngan motor2 'smart' ni.. takdelah pulak aku berangan nak beli ke apa.. apatah lagi nak menunggangnya.. aku suka tengok jerk..
Comments