Pelopor KSSR

Petang semalam..

Amiera sampai rumah dengan tanpa sebarang beg.. rupa2nya dia sampai sama waktu ngan en hubby.. en hubby yang sandang beg dia.. kesian.. dia dah dapat buku teks.. banyak lah tu.. 15 buah kesemuanya termasuk buku aktiviti..

Ni yang aku dok risaukan.. kan bagus buku teks diberi semasa hari pertama persekolahan.. ramai parents yg ambik cuti.. senang sket anak2.. biar kami yg bawak balik.. ini tidak.. kan dah menyusahkan budak2.. aku mintak en hubby bangkitkan isu ni masa mesyuarat PIBG nanti.. jangan jadikan alasan buku teks lambat sedangkan KSSR telah diumumkan since tahun depan.. takkan nak menghasilkan buku teks memakan masa setahun?? takkan nak mengecop buku2 baru tu memakan masa berbulan2.. masa Amiera Tahun 1 boleh jer dapat masa hari pertama.. konpius aku! takkan dalam tempoh sebulan lebih cuti akhir persekolahan.. kerja2 menguruskan buku teks tak boleh dibuat..



Cer korang bayangkan.. dengan nak turun tangga balik sekolah dari tingkat 2.. beg penuh ngan buku2 teks.. berebut2 turun tangga.. kalau tak berhati2 bleh tergolek ooooo... itu yang aku risaukan sangat dengan Amiera.. pastu nak kena pikul beg berat tu ke sekolah agama.. dah lah keding.. pastu pulaks.. habis sekolah agama nak kena pikul balik ke rumah.. hishhh.. siksanya laaa... siap Amiera bagitau aku.. dia dah rasa nak call aku tengahari tu sebab beg berat sangat.. tapi katanya van sampai awal.. so terbantut niatnya.. hishh.. sedih laks aku dengar.. aku jadi emo tau kalau anak2 aku nanges or sesuatu yang tak kena pada diorang..

Sungguh susah hati.. kalau aku pandai drive sekali pun.. kalau aku ambik dia dari sekolah rendah dan hantar dia ke sek agama.. semestinya aku akan ambik masa lebih masa lunch hour.. dan benda  ni akan jadi isu di opis aku.. yer lah kan.. sedangkan kalau EL sebab masalah anak2 sakit or something yg tak dapat kita elakkan pun bleh jadi isu displin.. apatah lagi kalau aku ambik masa lebih masa lunch hour.. aku sungguh tak faham ngan keadaan opis ni.. ni satu hal.. memang aku geram.. kalau EL tu weiiii.. takde kaitan ngan keje aku tau, ia effect cuti tahunan aku jerk.. takde kena mengena ngan cuti korang2.. lainlah kalau aku ambik masa lebih masa lunch hour..lainlah aku hilang menyepi camtu jerk macam chipsmore.. tu bolehlah di kira isu displin..  sebab tu aku sedaya upaya carikan van utk Amiera.. coz aku jenis yg berdisplin.. kalau aku lewat or buat sesuatu yg tak bagus.. aku tak senang duduk..

Oklah.. so, memandangkan Amiera dah dapat buku teks.. aku selaku PA Amiera.. kenalah tulis nama kat setiap buku dan balut buku tu.. kalau suruh Amiera buat sendiri.. hmmmm... kejap2 merengek.. ada jerk yg tak kena kat pembalut buku tu.. tapi kalau main game or tengok kartun.. takde pulak nak merengek nya.. geram tul aku..

buku2 teks ni macam buku Tadika.. kan konsep KSSR fun learning..

see.. masih kosong.. nama Amiera akan jadi yg pertama..


Seronok bila dapat buku teks tu sebab since Tahun 1 Amiera adalah salah seorang pelajar pelopor bagi KSSR.. dan semua buku2 teks adalah buku baru.. so, nasiblah yerk utk budak2 tahun kemudian yg dapat buku tu.. tapi so far buku2 teks Amiera dijaga rapi.. takde koyak2 ok! dibalut baik punya.. cumanya tahun ni aku ingat bila nak pulangkan buku tu.. kalau pembalut masih elok, aku nak ambik balik.. boleh recycle utk Tahun 3 nanti..

Oklah.. ni cerita utk pagi rabu.. dah takdeWordless Wednesday nya..


2 omelan:

Suraya Baharun said...

sian tengok budak2 skang bawa beg berat2...dah la diaorg tu fizikal kecik..rebeh bahu...

Faina Arisya said...

su..

tu aa.. nasib baik ada loker.. cuma tunggu dapat kunci jerk..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty