Posts

Showing posts from February, 2012

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Rania..

Image
Ehem... Kalau tudung eksklusif ku ini Rania Fareeda.. muka aku pun mestilah bersalut ngan Rania jugaks kan.. Safi Rania Gold.. baru padan.. baru naik serinya.. baru ngam2 soi.. huhuhuhuhu... amacam care?? Takde makna ok!! Kalau muka tu dah tak lawa.. ko pakailah apa pun.. totap tak lawa... banyak cantik! bajet artis konon! pigi dah.. muka dah berlubang ala2 bulan separa mengambang.. muka kurus mencengkung macam kanta cekung.. mata dah ke dalam macam tengkorak!! mata dah gelap macam Panda (opismate aku cakap!! huhuhu.. siap ko N)... ada hati konon! Eh.. pesal pulaks.. suka hati aku laaa... muka aku! duit aku! ada aku kesah! yang penting aku happy ngan muka aku!!.. kurus ke cengkung ke keding ke.. fedulik! dah Allah nak bagi camni.. nak wat camno!.. ko kesah?? ko nak kesah apanya.. aku tak pakai duit ko pun.. aku tak kacau ko pun.. syuhhh.. syuhhh.. syuhhh.. pi main jauh2.. kacau lah lalat ni..

Alhamdulillah.. impian ke-4 tertunai sudah..

Image
Syukur kehadrat Ilahi... dengan limpah kurnia-Nya.. telah memudahkan segala proses untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik untuk anak2 aku.. Memandangkan en hubby dah bertukar tempat kerja.. so, kemudahan dari segi perubatan amatlah terhad.. So, salah satu azam dan impian aku tahun ini adalah untuk mendapatkan perlindungan perubatan untuk anak2 aku.. Merata aku cari informasi mengenai perlindungan perubatan.. sampai ke forum di opis aku sendiri.. kat situ baru aku tau.. budak satu jabatan dah jadi agen.. aku agak berminat ngan insuran yang ditawarkan.. cuma hospital pakar An-Nur tiada dalam senarai panel.. mula2 aku frust jugaks.. last2 berdiskusi through email dengan dia.. aku berminat nak dengar secara detail.. dan melalui benefit yang ditawarkan.. terus aku setuju ambil pakej perlindungan, medical card dan pendidikan.. dan alhamdulillah... polisi dan medical card telah aku terima..

29 Februari 2012

Salam pagi Rabu.. Firstly, aku nak wish happy birthday to my old-bestfriend (tul ke?).. kawan baik aku masa aku sekolah menengah dulu.. tarikh keramat hari lahir dia ni memang senang nak ingat.. sebab ianya jatuh pada tahun lompat.. uols tau kan tahun lompat tu apa?? Best kan lahir pada hari bersejarah ni.. bukan senang tau nak dapat tarikh keramat ni.. 4 tahun sekali ok nak jumpa.. so maknanya.. 4 tahun sekali jerlah boleh celebrate birthday kan.. kan.. kan... Apa pun.. sekali lagi aku ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-???... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. semoga cepat2 ketemu jodoh ya.. lama sangat wei aku tak dengar cerita hang.. sepi jerk..

Fateh

Image
Cuaca kat luar agak tidak stabil.. petir dan berdentum.. kilat wallhualam.. mungkin dah sabung menyabung gamaknya.. Dah bosan2 ni aku nak story sket pasal Fateh.. dari aritu tak berstory2.. malas sungguhlah hai aku nak menaip... ni pun paksa diri gagah gaks nak menaip.. bosan sebenarnya bila n3 takde gambar.. tak syiok.. takde feel nak menaip.. Semalam Fateh demam balik laaa... baru jerk 2 minggu lepas dia demam teruk.. ni demam balik.. tapi nasib baiklah lepas aku bagi ubat demam.. demam dia dah kurang.. alhamdulillah pagi tadi badan dia sejuk.. risau gaks nak hantar ke taska kalau badan dia still panas.. tapi aku tetap suh en hubby bagi Fateh ubat demam.. takut2 dia demam time dia kat taska.. nak harap cikgu tu.. ntah di bagi nya ntah tidak.. tau2 anak aku panas semacam jerk petang karang.. aku pernah kena dulu.. masa ambik Fateh.. muka dia sedih jerk.. diam jerk.. tak happy.. bila aku peluk dia.. hmmm.. dah rasa hangat badan.. faham2 jerlah.. demam.. cikgu langsung tak bagitau..

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung

Salam pagi Selasa. Meh nak share info yg diambil dari email yg di forward oleh kawan2 utk semua para ibu2 yang sedang mengandung dan juga ibu2 yang sedang menyusu anak.... Walaupun bulan puasa lambat lagi.. tapi manalah tau tips ni berguna utk ibu2 yang mengandung dan menyusu utk ganti puasa dulu2 kan.. ******************************************************************************* Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.

Lalalalala... dapat balik..

Baru balik dari Alamanda.. menuntut hak bagi pihak anak2 aku.. Sampai kat KFC.. aku beratur.. pastu aku terfikir.. buat apa aku nak beratur walapun ada sorang kat depan aku tu je tengah di layan.. Last2 aku pi jumpa sorang staff yang tengah lap2 kerusi.. nak jumpa Manager kata aku.. aku bagilah nama Manager yang bertugas waktu tu.. Bila manager tu kuar.. aku sebutlah nama staff yang aku call semalam.. terus dia cakap yg pasal 2 ketul ayam tu.. so, senang banyak keje aku.. tak payah susah2 aku nak cerita panjang lebar.. pastu aku lupa laks nak minta original.. sebab aku ngan anak2 kureng sket ngan spicy..  tapi nak wat camna.. yg penting dapat balik.. alhamdulillah...

Kisah panas.. kisah bengang..

Image
Salam pagi Jumaat.. Aduilaaaa... tengah malam semalam panas yang amat kat rumah... tak lena aku tidur.. sekejap2 bangun.. Fateh pun merengek2 kepanasan.. kipas kat dalam bilik alahai... slow motion walaupun dah maximum.. ada kipas kecik tu pun belum tentu bleh dapat menyejukkan bilik.. dahlah aku tidur bukan di bawah kipas.. aduilaaaaaaaaaa... sekejap2 aku bangun baring kat sebelah Fateh.. pastu bangun balik tidur sebelah Amiera... hehehehhehe.. tapi tak lena gaks.. last2 tukar tempat tidur ngan en hubby.. terkejut en hubby aku agaknya sebab kena kejut tengah2 malam.. bila en hubby selak langsir.. barulah rasa sejuk sket... huhuhuhuu.. barulah lena hingga alarm aku berbunyi... Tu kisah panas.. ni kisah bengang laks..

Sedih.. cukup sedihh..

Rasa dah tak sanggup baca kisah adik Faris ni.. N3 terakhir En Mazidul setelah adik Faris menghembuskan nafas terakhir.. buat aku betul2 nanges.. sebak ko!! Tak sanggup lagi aku nak baca kisah2 seterusnya walaupun nak jugak tau.. istighfar.. istighfar.. Kalau uols nak baca leh klik kat link bawah ni.. http://www.mazidulakmal.com/2012/02/airmata-faris-mengalir-sebaik-menutup.html

Sayangilah anak anda..

Kali ni aku nak cerita pasal isu kedua pulaks.. Dalam masa yang sama.. aku geramkan ngan 'brother' dan wanita mengandung tu... aku toleh mata ke tingkap.. Dan.. satu keadaan di mana.. aku sangat2 bimbang dengan keselamatan seorang ibu dan anak perempuan di atas motor.. si ibu dengan lajunya menunggang motor.. si anak berada di bakul depan tanpa 'helmet'.. diulang.. tanpa 'helmet'..  berada di laluan kanan.. dengan jalan raya yang dah dibanjiri dengan kereta2 bermacam2 jenis.. semuanya memecut laju utk sampai awal ke rumah masing2.. Aku kalau tengok sesuatu yang mencurigakan... mesti aku akan berfikiran negatif.. tak kisahlah negatif pun.. sebabnya kalau terjadi sesuatu yang tak diingini.. nak salahkan siapa?? lebih baik mencegah dulu sebelum terjadi sesuatu yg buruk.. Aku mula bermonolog sendiri..

Update : Faris telah pergi buat selamanya..

Image
Innalillahiwainnailaihirojiun..  Sedih sangat2.. salam takziah buat keluarga adik Faris.. semoga tabah dan redha dengan pemergian adik Faris.. (adakah aku setabah mereka??).. n3 di bawah aku copy dari blog En Mazidul FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA ... AL-FATIHAH "Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital' Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris sebentar tadi. Takziah Sham dan Zuraine. Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah. Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.   Al-Fatihah. SILA HEBAHKAN

Update : Faris kritikal

Image
Berita yang aku baru baca dari blog En Mazidul.. dah mohon utk copy ke blog aku ni.. Doaku... semoga Allah berikan yang terbaik utk adik Faris.. sekiranya telah ditentukan olehNya utk adik Faris pulang kepangkuanNya.. maka berilah semangat ketabahan kepada kedua ibu bapa adik Faris.. dan sekiranya Allah masih memberi peluang untuk adik Faris berada di alam fana ini.. maka kuatkan lah semangat perjuangan adik Faris menentang penyakit yang dialaminya.. amin.. ya rabbal alamin.. Sama2lah kita berdoa yang terbaik buat adik Faris.. tak sanggup aku melihat penderitaan dia macam ni.. walaupun pada hakikatnya.. tidak ada ibu bapa yg sanggup berpisah ngan anak2 mereka.. FARIS AMAT KRITIKAL SEKARANG (9.43 PAGI INI) Itu catatan ayah Faris di laman Facebook nya kira-kira sejam lalu. Jam 9.43 pagi tadi, Sham menghantar pesanan ringkas berikut kepada saya ... ' He is very critical now ' Hemat saya, kedua ibu bapa anak terbabit telah melakukan usaha terbaik untuk melihat anak me

Seksi biar bertempat..

Image
Salam pagi Khamis.. Actualy.. aku ada 2 isu yang nak diceritakan... aku story isu pertama dulu.. ini bukan hal sendiri.. tapi hal di persekitaran aku.. bukannya nak jaga tepi kain orang tapi sebagai panduan untuk diri sendiri mahupun untuk semua yg baca blog aku ni.. Kisah semalam.. aku balik naik bas macam biasa.. dan semestinya bas aku tu dipenuhi dengan warga2 asing dari pelbagai negara.. Indonesia, Bangladesh dan mungkin juga Pakistan (ni aku tak berapa sure).. Sampai di satu hentian bas.. ada sorang wanita mengandung duduk di hadapan aku.. kebetulan sit yg dia duduk tu menghadap ke tepi.. means bukannya membelakangkan aku.. so, aku boleh nampak dia dari belah kiri.. memang jelas.. Dan selepas itu, naiklah beberapa orang lelaki warga asing.. dan salah seorang dari warga asing tu.. nak kata dari Bangladesh tu ntahlah kan.. muka dah ala2 Pakistan.. dan dia juga seorang OKU.. ada masalah pada kaki dia.. so, dalam kisah ni aku panggil dia 'brother' lah yer.. Memandang

Mimpi Arjun...

Image
Gilos kan??? memang aku giler...... ntah kenapa aku suker sangat tengok sorang pelakon ni.. suke tengok muka dia yg encem tu.. hehehhehhee.. aku selalu kena perli ngan en hubby.. hehhehehe... tak kira!! aku tetap suka tengok dia.. bukannya aku curang pun ngan en hubby.. alah.. bukannya boleh dapat pun.. apatalah lagi nak jumpa.. mimpilah!! huhuuhuhuhuu.. aku saja suka2 tengok.. artis kan... uols pun ada gak suka tengok mana2 selebriti or yg dikenali ramai.. kan.. kan.. jangan tipu aaaaaaahhhhh... Tengok nama jerk musti korang dah bleh agak pelakon mana kan?? mustilah artis Bollywood.. mentang2lah muka aku ni ada sipi2 kacukan sana.. huh perah santan!! kwang.. kwang.. kwang.. alah.. sipi jer pun.. bukannya betul2.. tapi kalau betul apa salahnya.. kan.. kan.. kan.. huh!! berangan! Berbalik pada tajuk n3 ni.. aku teringat baru2 ni.. aku mimpi dia laaa... cam tak caya jerk.. tak pernah2 ok!! tapi mimpi tu sekejap jerk.. ntah macam mana dia muncul dalam mimpi aku tu.. huh!! biar betul..

Atak unya.. Ateh unya..

Image
Ha.... dapat agak tak apa maksud n3 tu?? kawan2 yg dah tau tu.. sonyap2 udah ler yer.. kasi kawan2 kat luar teka sket.. Actually.. ni salah satu perkataan yg aku suka sangat dengar bila aku tanya kat Fateh..   kredit to bicarasumi.blogspot.com Kebetulan aku bawak balik playdoh pemberian dari seorang sahabat untuk anak2 ku.. sengaja aku letakkan atas meja makan.. konon2 nak wat surprise kat Amiera.. sementara aku nyibuk kat dapur menyiapkan juadah makan malam.. tup2.. Fateh nampak playdoh tu sebab kotak dia very colorfull.. cepat2 dia ambik.. sebolehnya dia bukak plastik tu walaupun aku melarang dari kejauhan.. tapi tak di endahnya.. berjaya jugak misi Fateh mengoyakkan bungkusan playdoh tu.. Lepas tu..

Apa nak cerita..

Salam pagi rabu.... Hari ni file baru belum sampai kat meja aku.. semalam aku dah submit file yang lepas.. biasanya aku target kalau program aku tu senang.. seboleh2nya aku cuba selesaikan kurang sehari.. dan kalau sederhana.. maybe dalam 1-2 hari.. dan kalau agak complex.. sebolehnya aku cuba selesaikan tak lebih dari 3-4 hari.. Sementara takde keje ni.. apa yer nak dicerita kat blog.. actually.. ada juga yg nak diceritakan.. tapi macam takde mood jerk nak menaip.. kepala otak aku ni macam2 tgh aku risaukan.. dengan penyakit Fateh yang ntah bila kesudahannya.. (nanti aku story masa aku jumpa pakar bedah hosp Putrajaya).. dengan kerisauan en hubby yg juga membuatkan aku risau.. dengan keadaan abah aku yg semakin uzur.. aku jadi gusar.. mampukah aku?? Hopefully.. doa ku semoga insan2 yg ku sayang sembuh seperti sediakala dan tabah menempuh dugaan hidup yang mendatang.. aminnn...

Alhamdulillah.. rezeki petang Selasa..

Image
Hari ni syarikat Nestle berbesar hati bagi percuma sekotak besar seorang kepada semua staff kat kementerian aku ni... nasib baik diorang bagi sebelum masa gaji.. jimat duit nak beli coco-crunch.. Alhamdulillah.. rezeki anak2 aku..   kredit to http://www.nestle.com.my Ni keluaran terbaru Nestle agaknya.. aku tak pernah nampak pulaks sebelum ni.. mana nak nampaknya kan.. mata asyik dok tertumpu kat Coco-crunch jerk.. hehhehehhe...

Durian @ Big Apple

Image
Lunch hour tadi jalan2 kat Alamanda.. Alang2 dah ke sana.. aku beli Big Apple kegemaran Amiera.. since last week janji kat dia nak belikan.. asyik tertangguh jerk.. Masa aku dok pilih topping yg sedap2 tu.. bila dah cukup 6.. then baru aku teringat.. aku pernah terbaca kat blog sapa ntah.. ada perisa durian.. cepat2 aku cari ada ke tidak.. tinggal lagi 2 ketui.. cepat2 aku mintak tukar.. konon nak rasa.. sedap sangat ke kan.. diorang bagi yg fresh baru kuar oven.. pesan salesgirl tu.. kalau nak makan duren-duren ni kena makan dalam tempoh 3 jam.. kalau tak dia akan jadi masam.. aittt... camtu pulaks.. Sampai kat opis.. cepat2 aku ngap ngan member opis.. nak menikmati kesedapan duren-duren ni..

8 Sekawan

Image
N3 takde kaitan dengan mana2 buku cerita.. Bila aku taip perkataan '8 Sekawan' kat tajuk tu.. aku teringat ngan buku cerita peberet aku masa sekolah rendah.. tapi tajuknya 5 Sekawan.. korang pernah baca tak?? best kan.. Berbalik pada topik.. Actually.. aku nak cerita pasal 8 sekawan.. yang baru dilahirkan ke dunia ini.. yg bakal menempuh cabaran hidup yg sebenar... mereka ni tersangatlah comelnya.. macam2 color ada.. kalau dah besar ni lagi meriah lah rumah mak aku tu.. hmmmm.. pasni makin susah lah mak aku nak keluar rumah.. sayang sesangat ngan 8 sekawan ni.. Nak tau sapa 8 sekawan ni?? mesti uols boleh agak kan..

Mohon Bantuan utk Adik Faris

Image
Aku baru baca blog En Mazidul.. Sedih sangat melihat keadaan adik Faris.. dalam usia 6 tahun.. Faris menghidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH iaitu barah darah.. sungguh besar dugaan kepada ibu dan ayah Faris..   pics dari blog En Mazidul Semoga adik Faris sentiasa dilindungi-Nya dan sembuh seperti sediakala..   Sama2lah kita membantu seadanya.. semoga Allah membalas jasa baik anda semua.. Untuk cerita selanjutnya boleh klik link di bawah ni:- http://www.mazidulakmal.com/2012/02/mari-bersama-kita-membantu-faris-untuk.html http://www.mazidulakmal.com/2012/02/gambar-terkini-faris.html http://www.mazidulakmal.com/2012/02/mata-faris-terbuka-tetapi.html

Permintaan anak..

Image
Crite ni dah lama.. since last week.. tapi aku nan ado masa nak update blog ok... So, pagi2 ni sebelum meja aku tersusun cantik ngan fail2 baru.. baik aku update blog sat.. Kisahnya si Amiera.. anak dara aku sorang tu.. request suh aku masakkan nasi ayam.. nak bawak bekal pagi2 katanya.. giler ko!! takde lah mak ko ni rajin sesangat nak bangun pagi semata2 nak masak nasi ayam ok!! Tapi kan.. permintaan anak.. ibu mana yg sanggup tak tunaikan hajat anak??
Image
Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia di pagi Isnin.. mari kita mulakan permulaan hari bekerja bagi setiap minggu dengan ilmu yang bermanfaat... Dapat dari email.. Sesuai utk di kongsi bersama..

Yang dibeli..

Image
Memandangkan motip ke Langkawi bukannya utk shopPINK beria2.. tapi alang2 dah sampai ke Pekan Kuah tu.. beli tetap beli.. tapi takdelah seghairah dulu.. masih boleh di kawal... hehhehehhee... Oklah.. nak tengok apa yg aku beli.. korang pun dah tau gamaknya.. yerlah kan.. apa lagi yg ada kat Langkawi.. benda yg sama jerk..

Holiday @ Langkawi Last Day : Mahsuri

Image
Lepas check-out,  kami meneruskan perjalanan semula ke daratan.. singgah makan tengahari dulu pastu singgah sat ke kedai Gamat.. aku cuma beli bam gamat jerk utk buat stok sebab aku suke..   sana.. sana.. tak sabar2 nak tarik beg sendiri..     sambil tunggu kawan en hubby yg tertidur.. huhuhu...

Holiday @ Langkawi Last Day : UnderWater World

Image
Hari terakhir kami di Pulau Langkawi.. sementara nak menunggu flight pukul 9 malam.. kami penuhkan masa dengan aktiviti2 lagi.. Lepas sarapan.. kami ke Underwater World yg memang dekat sangat2 ngan hotel.. member en hubby tak mau join.. maklumlah takde anak2 lagi.. diorang sambung shopPINK.. Tiket masuk RM28 utk dewasa dan RM18 utk kanak2 yg berusia 3 - 12 tahun.. nasib baik Fateh tak kena caj.. belum genap 3 tahun kan.. hehehhehe..   macam2 spesies ikan yg ada.. kalau pergi kat tengah2 lautan.. lagi best..

Holiday @ Langkawi Day 3

Image
Hari ke-3 kami dah prepare ngan macam2 aktiviti sepanjang hari... Kali ni kami join ngan sorang member en hubby.. Lepas breakfast kat hotel (makan kat Aseania tak sedaplah..).. kami naik kereta yang disediakan oleh agen pelancongan untuk ke jeti.. kami ambik pakej Island Hopping iaitu pakej ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Helang.. Pakej ni kami ambik coz kebetulan agen tu buka kaunter kat hotel.. so, malas nak cari agen lain.. ambik jerk pakej yg ada.. dewasa RM25 kanak2 RM20 (mahal.. kalau agen lain bleh dapat RM15).. bergambar kenangan di jeti.. ramai siot yg dah nunggu nak naik bot..

Holiday @ Langkawi Day 2

Image
Setengah hari di sebelah pagi di hari ke-2... aku dan anak2 hanya duk kat hotel berehat2.. en hubby ada kursus sampai tengahari.. petang dah free.. yeayyyy.. best kan.. berkursus jauh2 tapi kursus tak sampai sehari... hehehhehehe... Lepas en hubby habis kursus.. kami kuar lunch.. temankan aku makan.. en hubby dah makan siap2 kat hotel..  lepas lunch.. jalan2 sat kat deretan kedai di Pantai Chenang.. memandangkan panas terik.. kami patah balik ke hotel.. Amiera dah tak sabar2 nak mandi kolam..   sepanjang corridor nak ke bilik.. dihiasi dengan hiasan kain2 batik..

Holiday @ Langkawi Day 1

Image
Percutian pertama bagi tahun 2012... kali ni kami ke Langkawi.. dan pada kali ni ianya sangat menyeronokkan... bukan tujuan semata2 untuk shopPINK tapi meneroka sekitar Pulau Langkawi.. Kami dari rumah dalam pukul 5.. dah call siap2 teksi LCCT suh datang ambik kami kat rumah.. dari LCCT dengan menaiki pesawat Air-Asia dalam pukul 7.25 PM.. dapat sit kedua dari belakang.. ramai gaks yg nak cuti2 kat Langkawi ni..   kenangan bersama.. 

Benarkah??

Image
As salam.. Sihat semua?.. aku alhamdulillah.. sihat2 aja.. Banyak nak story pasal cuti2 Malaysia ni.. tapi kan.. pagi2 penyelia dah kasi fail baru.. huhuhuhu.. so, aku kena ngadap keje dulu baru proceed update blog.. lagipun gambar belum edit lagi.. Untuk permulaan n3.. meh nak share info pasal cadangan gaji baru SBPA oleh Ceupacs..   kredit to BeritaSemasa.com.. akan diluluskan ke?? Kalau JPA luluskan.. alhamdulillah... tapi En Ceupacs.. nape KGT still tak berubah yerk???

Salam Maulidur Rasul

Image
  kredit to mstar Online Salam Maulidur Rasul : 12 RabiulAwal1433H.. untuk semua Umat Islam.. samalah2 kita menghayati perjuangan dan pengorbanan junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang menyeru Umat Islam ke arah kebaikan.. Teringat zaman sekolah rendah.. masa aktif dengan kumpulan nasyid.. antara rangkap lirik nasyid yg masih aku ingat... 12 RabiulAwal Nabi Dilahirkan.. Di Kota Mekah Nabi Dibesarkan.. Itulah Nabi Yang Akhir Zaman.. Menyeru Umat Seluruh Alam..

Percutian Pertama & Kedua

Image
Percutian Pertama bagi tahun 2012.. InsyaAllah... esok kami sekeluarga akan berangkat ke sebuah pulau... melalui penerbangan Air-Asia (ambil yg murah jo.. tu pun mahal gaks tambangnya sebab musim cuti2 kan.. dan adalah kali Pertama untuk Amiera dan Fateh menaiki kapal terbang.. dan adalah kali Pertama aku dan en hubby menaiki Air-Asia.. sebelum ni kami naik MAS jerk.. tu pun sebab atas urusan kerja.. kalau tak.. takde maknanya kami nak naik sendiri MAS tu.. Percutian kali ni adalah disebabkan en hubby ada urusan kerja.. so, alang2 dah cuti lama kan.. kami follow sekali.. bukan selalu dapat pergi kan.. Percutian Kedua..

Seikhlas Hati..

Image
Tergerak hati untuk publish email yang diterima dari seorang kawan.. walaupun tidak mengenali beliau.. tapi sebagai kenalan sebangsa seagama dan sebagai seorang bergelar ibu.. aku rasa sangat bertanggungjawab untuk berkongsi email ni.. mudah2an.. ada insan2 atau kenalan2 di luar sana yang berhati mulia untuk memberi sumbangan walaupun RM1 dengan seikhlas hati.. hanya Allah saja dapat membalas budi baik anda semua... “Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 ) *************************************************************************** As Salam Semua,

Nyamuk Aedes mengganas..

Image
Since sebelum CNY lagi boleh dikatakan hampir hari2 aktiviti fogging dijalankan di kawasan perumahan aku.. Dan hari ni aku tertarik nak wat n3 pasal demam denggi kerana semalam aku telah dimaklumkan oleh en hubby melalui jiran2 sebangunan.. satu kes kematian telah berlaku akibat demam denggi di blok aku.. sebelum CNY.. juga telah berlaku satu kes kematian di blok sebelah.. ini sangat membimbangkan..   kredit to http://sgtv-mommies-club.blogspot.com kalau uols pi blog ni.. ada info mengenai fogging .. Aktiviti fogging ni diorang selalu buat pukul 6 petang ke atas.. dan kadang2 sampai ke maghrib.. dan selalunya waktu2 ni kaum2 ibu sangat sibuk nak uruskan rumah.. bertung-tang dengan lesung.. aku selalu dengar.. masing2 sibuk nak memasak..

Birthday Party

Image
Cerita lama.. agak lewat sket nak dipublish sebab sibuk ngan urusan2 kerja... Masa CNY tempohari... keluarga SIL ada buat majlis harijadi utk celebrate besday anak masing2.. Meh layan gambar sambil story ya...   Dimulakan dengan bacaan doa oleh FIL.. awat boboiboy Mama nanges ni..

Pekena Nasi Arab @ Saba

Image
Baru2 ni my SIL datang Putrajaya.. So, my en hubby berbesar hati nak belanja kami makan.. aku proposed ler makan Nasi Arab.. asyik dok dengar cerita2 orang jerk kan.. nak lah jugak rasa sendiri kan.. Lepas maghrib bergegas ke Cyberjaya.. dah lah first time nak makan.. jenuhlah cari kedai Saba.. kalau ikutkan Cyberjaya tu idaklah besar mana.. tapi bila dah malam ni.. susah sangatlah nak mencarinya.. Jumpa satu deretan kedai ni.. tak jumpa2 jugak.. tanya orang.. kata sana.. tanya orang lagi.. kata sinun.. ntahlah.. last2 ikut kata hati jerk.. sempat lagi aku google.. nak gps tak reti pulaks.. nak view google map.. slow motion.. aduiiiii... dapat alamat jerk.. bila jumpa satu deretan kedai ni.. en hubby perasan nama blok.. sib baik.. last2 jumpa jugak.. agak terkebelakang sket bangunannya dari jalan utama..

Syiling 2012

Image
Tahun 2012 dah masuk bulan yang ke-2... Hmm... sekejap jerk kan masa berlalu... apa pun tahun baru masih fresh lagi.. dan antara bulan Jan dan Feb ni banyak cuti2 Malaysia..  pasni siaplah ko... keje.. keje.. keje... takde cuti2 ni... huhuhuhuuu.. kalu nak cuti gaks.. isi borang tolak cuti tahunan ok! Dan sejarah negara tercipta pada awal tahun ni adalah keluarnya duit syiling malaysia berwajah baru.. tang duit kertas tu aku tak tau lagi.. maybe pertengahan tahun.. Actually aku tak tau pun duit syiling dah berada di pasaran.. aku tau pun masa kami on the way balik kampung.. jalan tak hengat!! mencik lah jem2 ni.. kul 9 lebih kami dari rumah.. kul 3 pagi baru sampai kampung... huhuhuhuhuu... sadisnya.. naik panas punggung aku ni.. rasa dah terbelit2 tulang punggung... dengan memangku Fateh yang dah tidur... aduiiiii... lagi jem tulang punggung aku..

Buah apa kah ini??

Image
As salam... Lama siot aku menyepi... huhuhuhu.. keje programming aku pening sket.. so, takde mood nak update blog.. alhamdulillah.. dah settle.. jap lagi aku submit.. kalau aku submit awal2.. mesti datang fail baru.. letih ooooo otak aku ni.. non-stop berfikir.. so, kasi segar dulu dengan update blog kesayangan aku ni.. Kan n3 sebelum ni pasal misi ke Sauk.. dan di Sauk kami disajikan dengan buah tempatan.. first time jugak aku tengok buah ni... rasanya not bad.. Fateh pun suka..   kulit dia yg tebal dan keras..