Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Atak unya.. Ateh unya..

Ha.... dapat agak tak apa maksud n3 tu?? kawan2 yg dah tau tu.. sonyap2 udah ler yer.. kasi kawan2 kat luar teka sket..

Actually.. ni salah satu perkataan yg aku suka sangat dengar bila aku tanya kat Fateh..

kredit to bicarasumi.blogspot.com

Kebetulan aku bawak balik playdoh pemberian dari seorang sahabat untuk anak2 ku.. sengaja aku letakkan atas meja makan.. konon2 nak wat surprise kat Amiera.. sementara aku nyibuk kat dapur menyiapkan juadah makan malam.. tup2.. Fateh nampak playdoh tu sebab kotak dia very colorfull.. cepat2 dia ambik.. sebolehnya dia bukak plastik tu walaupun aku melarang dari kejauhan.. tapi tak di endahnya.. berjaya jugak misi Fateh mengoyakkan bungkusan playdoh tu..

Lepas tu..


Aku terus tanya kat dia..

Dialog :

Mama : Fateh.. ni sapa punya??

Fateh : atak unya.. (ni kakak punya.. pandai anak Mama.. tak sewenang2nya mengaku itu adalah kepunyaan dia)

Mama : eh.. bukanlah.. ni mama punya..

Fateh : atak unya...

Mama : ni Fateh ngan kakak punya tau.. kawan Mama bagi.. nanti main ngan kakak ya..

......................................................
dialog bila Amiera dah balik..

Mama : Amiera.. tu aunty Nita bagi.. main sama2 ngan adik..

Amiera : yeayyyyyyyyyyy... (terus Amiera meluru mendapatkan playdoh.. berebut ngan adik dia.. )

Fateh : Ateh unya... (Fateh jerit.. dah berebut... )

Sampai ke malam Fateh main playdoh tu.. pantang sapa2 tekap ngan acuan yg sedia ada kat rumah.. confirm dia mengamuk sambil baling2 playdoh tu...

Actually.. perkataan 'Ateh unya' ni kami perasan masa en hubby tanya Fateh pasal bantal.. terus dia jawab 'Ateh unya'.. dengan cara dia bercakap ala2 kepelatan tu sangat menarik perhatian kami.. walaupun Fateh dah berusia 2 tahun setengah.. dan masih belum fasih bercakap.. tapi alhamdulillah.. sekurang2nya dia boleh bercakap cuma cepat dan lambat jerk..

Kalau ikutkan majoriti parents akan risau kalau anak2 tak boleh bercakap bila usia dah menjangkau 2 tahun lebih.. aku harap Fateh boleh bercakap bila dah berusia genap 3 tahun nanti.. doa2kan yer.. risau gak sebenarnya coz tahun depan dah kena hantar ke tadika..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah