Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fateh

Cuaca kat luar agak tidak stabil.. petir dan berdentum.. kilat wallhualam.. mungkin dah sabung menyabung gamaknya..

Dah bosan2 ni aku nak story sket pasal Fateh.. dari aritu tak berstory2.. malas sungguhlah hai aku nak menaip... ni pun paksa diri gagah gaks nak menaip.. bosan sebenarnya bila n3 takde gambar.. tak syiok.. takde feel nak menaip..

Semalam Fateh demam balik laaa... baru jerk 2 minggu lepas dia demam teruk.. ni demam balik.. tapi nasib baiklah lepas aku bagi ubat demam.. demam dia dah kurang.. alhamdulillah pagi tadi badan dia sejuk.. risau gaks nak hantar ke taska kalau badan dia still panas.. tapi aku tetap suh en hubby bagi Fateh ubat demam.. takut2 dia demam time dia kat taska.. nak harap cikgu tu.. ntah di bagi nya ntah tidak.. tau2 anak aku panas semacam jerk petang karang.. aku pernah kena dulu.. masa ambik Fateh.. muka dia sedih jerk.. diam jerk.. tak happy.. bila aku peluk dia.. hmmm.. dah rasa hangat badan.. faham2 jerlah.. demam.. cikgu langsung tak bagitau.. sedih kan!

So, kalau hantar anak ke taska ni kena alert sket.. kalau dapat cikgu taska yg very the caring.. alhamdulillah.. kalau dapat yang maring aka mereng... huhuhuuuh... naya!

Oh ya.. sebelum tu aku nak bagitau..



semalam ada cerita hindustan.. tajuk dia Fateh.. huh! aku layan sebab tajuk dia special.. huhuhuuhu.. best gak citer aksi ni.. hero dia Sunjay Dutt.. cerita lama rasanya sebab Sunjay Dutt masih muda remaja ler.. aku dok bercerita ngan Fateh pun bukannya dia faham.. dalam cerita ni takde sorang pun watak namanya Fateh.. cuma jalan cerita berkisarkan kebangkitan perjuangan askar2 muda untuk membalas dendam atas kematian seorang mejar.. fulamak.. blehlah aku jadi pengulas filem2 hindi pasni.. amacam care?



Oklah.. berbalik cerita pasal Fateh..

2 minggu lepas..

Masa tu Fateh memang tengah demam panas.. demam dia turun naik.. sampaikan aku terpaksa el.. memandangkan appointment ngan pakar bedah jatuh pada hari tu.. so, terpaksalah aku pergi jugaks.. asalnya aku ingat lepas jumpa dr aku nak pi kerja sebab en hubby aku cuti.. blehlah dia jaga Fateh.. tup2.. dapat jumpa dr nak tau pukul berapa.. dah kul 1 lebih ko!! giler.. terpaksalah aku el.. berjam2 nunggu.. ni lah yang buat aku malas sesangat nak pi hospital kerajaan.. nasib baik Fateh demam.. asyik lah nak melekat ngan aku.. kalau tak tu.. hmmm.. siaplah.. satu hospital tu dia buat show!

Yerlah kan.. kalau dah nunggu berjam2.. kalau boleh aku nak jumpa yang betul2 pakar dalam bidang bedah membedah ni.. tapi al-malangnya.. masuk2 jer bilik rawatan tu.. ada 2 orang dr.. sorang chinese.. sorang indian.. yg hat chinese dok ngadap PC nak isi data sistem.. yg sorang tukang tanya soalan..

Bla2.. bla2.. bla2.. aku cerita dari awal sampai akhir.. malas nak story kat sini.. nak tahu kisah sebelum korang klik jerk kat Older Post..

Pastu dr nak check.. Fateh menangis2.. yerlah kan dalam keadaan demam tu.. mana naknya dia baring.. dahlah dia alergik ngan dr ni.. takut kena cucuk lagi.. nak tak nak paksa jugak.. peluk dia kuat2.. bila dr dua orang tu check.. diorang macam tak dapat nak pastikan penyakit Fateh sebenar.. aitttt.. aku kan dah explain tadi Hydrocele based on rawatan sebelum ni kat pakar kanak2 AnNur..  ni yang aku malas kalau deal ngan dr pelatih!

Last2 panggil jugak pakar bedah sebenar.. agak berusia dan nampak gaya nya macam pro!.. bila dia check terus dia kata Hydrocele.. then.. katanya.. tak perlu bedah!! what??? why???

Katanya lagi.. lama2 Hydrocele akan hilang dengan sendirinya.. gilo ko! (dlm hati aku ler.. tak pasai2 kena halau ngan dr tu kang!! mampuih!).. huhuhuu... katanya lagi.. kalau bentuk 'telor' Fateh masih membengkak dan membengkak.. dan membengkak.. baru proceed samada bedah atau tidak... katanya.. biasanya after 6 month..

Macam mana ni yerk.. dr pakar bedah dari HUKM sendiri yg suggest bedah.. tapi dr pakar bedah dari hosp Putrajaya kata tak perlu bedah incase dia membesar.. aku keliru!! naperlah takde decision yg tepat!!

Last2 dr pelatih tu suh kami datang lagi 2 bulan.. means bulan April nanti.. hmmmm.. ntahlah.. layan jerklah.. aku kena standby cuti time tu.. jangan haraplah ko nak gi keje pas gi spital..

So far aku tengok perkembangan Fateh setakat ni.. tang benda tu sama jerk.. takde perubahan pun.. cuma kadang2 bila aku tengok dia nak berak ke.. mesti dia akan pegang kat bawah pusat dia.. macam sakit.. risau gaks kan.. kadang2 tak semena2 dia pi ambik minyak yu-yi.. suh sapu kat perut dia.. hmmm.. kalau di tanya sakit kat mana.. dia tunjuk perut jerlah.. budak2 bukannya tahu sangat sakit2 ni.. yg dia tau.. dia sakit!!

Selagi takde solution pada penyakit Fateh ni. .selagi tu aku tak aman.. mesti sentiasa risau.. kalau boleh operate nak jugaks aku operate hari ni.. tapi memandangkan kosnya yg tinggi di hosp swasta.. terpaksa aku tangguh dulu.. nasib baik Fateh tak kena hernia.. kalau tak lagi kesian dia.. terpaksa aku berkorban apa sahaja utk anak2 terchenta!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah